Yayasan Jynwel Milik Jho Low – Dicuri Dari Dana Pembangunan Malaysia Untuk Didermakan Kepada Amerika

Jho Low, anak kelahiran Pulau Pinang telah menjadi terkenal dalam 2009, apabila gambar-gambar fotonya menunjukkan dia berpesta bersama selebriti-selebriti antarabangsa seperti Paris Hilton terpapar dalam kolum-kolum gossip di US. Ini timbul selepas dia mencuri US$700 juta dari dana pembangunan Malaysia (1MDB).

Pada tahun-tahun berikutnya Jho Low dilihat membiaya dan mengadakan pesta-pesta mewah yang belum pernah disaksikan di Las Vegas, Hollywood dan San Tropez.

Jho Low gemar menunjukkan imejnya sebagai penggemar pesta

Jho Low gemar menunjukkan imejnya sebagai penggemar pesta

Bagi membaiki kesan dari songsangan perlakuannya pada umum, apabila skandal 1MDB mula dirungkai dan menjadi amat merbahaya bagi dirinya, maka Jho Low menggunakan PR berofensif untuk mengubah imejnya kepada seorang penderma, dengan membeli sokongan para penyokong yang berpengaruh dalam proses itu.

Dalam tahun 2012, Jho melancarkan Yayasan Jynwel Charitable bersama-sama saudaranya Zhen Low.

Semenjak itu dia telah bertungkus lumus merahsiakan gaya hidup jutawannya – di masa akan datang pesta-pestanya akan mengutamakan keselamatan tinggi, maklumat pada borang-borang penyertaan yang tidak didedahkan dan mengharamkan telefon-telefon bimbit dari peserta-peserta pesta termasuk para wartawan media hiburan.

Dengan merahsiakan pesta-pestanya, Jho Low telah mempromosikan dirinya menerusi media-media sosial dengan watak yang berbeza. Sarawak Report telah mengikuti kegiatan-kegiatan pendermaannya dan telah berjaya menyenaraikan derma dan sumbangan beramal yang telah diumumkan oleh Jynwel.

Walaupun Yayasan Jynwel beribupejabat di Hong Kong, laman web mereka menunjukkan bagai mana wang telah disalurkan sebagai derma kepada oraganisasi-organisasi di Amerika Syarikat. Kebanyakan badan kebajikan dan amal ini amat memerlukan sumbangan, namun orang-orang Malaysia bertanyakan jika wang mereka itu dibelanjakan di negara mereka sendiri. Di kawasan-kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak, sebagai contoh, di mana masyarakat kedua-dua buah negeri itu amat memerlukan infrastruktur asas, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Rakyat Malaysia menggunakan Twitter untuk menyoal Jho Low mengapa dia tidak menghulurkan derma di Malaysia

Rakyat Malaysia menggunakan Twitter untuk menyoal Jho Low mengapa dia tidak menghulurkan derma di Malaysia

Antara organisasi-organisasi yang dibantunya adalah Pathera, National Geographic, MC Anderson Cancer dan menambahbaik komunikasi global dan pelaporan pada isu-isu berkaitan kepada sasaran-sasaran global PBB dan proses pembangunan selepas 2015 (dengan Yayasan PBB).

Kami percaya bahawa senarai berikut bukanlah yang sepenuhnya dan oleh itu kami menjemput para pembaca kami menambahkan maklumat kepada senarai itu.

Tetapi adakah berbaloi jika wang itu dibelanjakan di Malaysia?

Tetapi adakah berbaloi jika wang itu dibelanjakan di Malaysia?

– Children’s National Hospital,
– Earth To Paris,
– Gabriel’s Angels Foundation,
– Global Daily,
– IRIN News,
– Keep A Child Alive,
– Mashable Social Good Summit,
– MD Anderson Cancer Care,
– Motion Picture Television Fund,
– National Geographic Pristine Seas,
– Panthera,
– United Nations Foundation,
– We Are Here Movement.

Yayasan Jynwel tidak menerbitkan jumlah derma mereka di atas talian maka tidak jelas berapakah yang telah dibelanjakan sejak beberapa tahun ini, namun maklumat berikut mungkin boleh membantu para pembaca berapa banyakkah wang mereka yang telah mengalir ke Amerika Syarikat.

– Dalam tahun 2014 Jynwel telah berjanji untuk menyalurkan sumbangan sebanyak US$80 juta untuk 10 tahun untuk usaha menyelamatkan kucing-kucing liar dunia dan sistem ekologi haiwan itu.

– Dalam tahun 2014 Jynwel telah berjanji untuk menyumbangkan US$50 juta kepada pusat MD Anderson Cancer untuk rancangan Moon mereka.

– Dalam tahun 2014 Jynwel telah berjanji untuk menyumbangkan US$1 juta di Sidang Kemuncak Mashable Social Good Summit.

– Dalam tahun 2015, Jynwel telah berjanji untuk menyumbangkan “pendahuluan US$25 juta” bagi menyokong laman web Media Kemanusiaan dan Analisa IRIN.

– Jho Low dan Jynwel telah disenaraikan dalam laman web Dana Motion Picture Television kerana telah menyumbangkan sokongan tahunan sebanyak US$20,000.

Baru-baru ini Jho Low telah tampil di khalayak ramai di majlis-majlis sumbang amal di US

Baru-baru ini Jho Low telah tampil di khalayak ramai di majlis-majlis sumbang amal di US

Sumbangan dari Jynwel juga telah menjadikan Jho Low meletakkan dirinya dalam banyak lembaga pengarang di organisasi-organisasi di atas termasuk dalam IRIN, The Anderson Assembly, Children’s National Health System, Panthera, Gabriel’s Angel Foundation dan juga Lembaga Penasihat National Geographic.

Baru-baru ini Jho Low juga membabitkan dirinya dalam acara jual beli hasil seni pada harga-harga yang menakjubkan termasuk pembelian lukisan “Dustheads” karya Basquiat pada harga US$49 juta dan penjualan hasil karya Richter pada harga US$46 juta. Di San Tropez dalam bulan Ogos, Jho Low telah mendermakan patung Lichtenstein yang mahal untuk tujuan amal yang dikendalikan oleh rakannya Leonardo Dicaprio.

Jho Low dipersembahkan sebagai penderma di laman web yang dibiayainya

Jho Low dipersembahkan sebagai penderma di laman web yang dibiayainya

Dalam bulan April 2015 Jynwel Foundation dan Thomas Reuters te;ah mengumumkan usahasama mereka dengan Yayasan PBB.

Laman web Global Daily telah dilancarkan dan kegiatan pendermaan Jho Low telah dicerminkan pada laman web itu.

Rakyat Malaysia berhak untuk bertanyakan apakah syarat yang mereka kenakan sebelum mereka menerika secara bulat-bulat sokongan kewangan daripada Jho Low dan Jywel Foundation.

Sarawak Report telah menghubungi UN Foundation dan Global Daily tetapi tetap gagal mendapatkan respon daripada mereka. Kami juga telah mengemukakan syor dan pertanyaan kami pada laman Facebook mereka:

Dalam bulan Disember lalu Sarawak Report telah memberitahu Global Daily bahawa dengan cara mempromosikan Jho Low mereka juga menghadapi kritikan-kritikan dari rakyat Malaysia

Dalam bulan Disember lalu Sarawak Report telah memberitahu Global Daily bahawa dengan cara mempromosikan Jho Low mereka juga menghadapi kritikan-kritikan dari rakyat Malaysia

Mereka telah bertindak balas dengan pantas dengan memadamkan pos kami itu … maka kami faham bahawa mereka telah memahami amaran-amaran kami tetapi kami anggap bahawa mereka enggan mendengar. Sebenarnya mereka masih gembira bekerjasama dengan si pencuri ini, yang masih takut menyaman dan mendakwa kami kerana memanggilnya dengan gelaran itu.

Yayasan UN itu harus sedar bahawa Jho Low dan pembabitannya dalam salah satu perbuatan kleptokrasi terbesar dalam sejarah yang sedang disiasat oleh agensi-agensi penguatkuasa undang-undang antarabangsa, termasuk FBI.

Bila tiba masanya untuk menjalankan perbicaraan nanti para pegawai yang bertanggungjawab akan didedahkan kerana bersekongkol dengan Jho Low si pencuri dan penyangak ini.

Mereka harus sedar bahawa Jho Low yang belum pernah dihadapkan ke muka pengadilan itu adalah seorang kaya yang mana punca wangnya meragukan dan menjadi kerisauan umum di Malaysia.

Menuliskan tweetnya mengenai sumbangannya pada UN Foundation

Menuliskan tweetnya mengenai sumbangannya pada UN Foundation

Siasatan akan menunjukkan peranannya melarikan wang yang amat besar jumlahnya dari dana pembangunan Malaysia, 1MDB.

Sarawak Report tidak akan berdiam diri tentang bagaimana UN Foundation, yang seharusnya berperanan untuk kempen alam sekitar dan juga kemanusiaan, telah menerima sumbangan dari sekumpulan kleptokrat yang telah menikmati keuntungan dari kemusnahan Hutan Borneo dan mengeksploitasi orang-orang asalnya.

Bagaimana pula dengan masyarakat pedalaman di Malaysia yang sangat memerlukan kemudahan kesihatan dan pendidikan?

Bagaimana pula dengan masyarakat pedalaman di Malaysia yang sangat memerlukan kemudahan kesihatan dan pendidikan?

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments