Adakah Jho Low Akan Menjualkan Semua Lukisan Termasuk Lukisan Termahal Di Dunia?

Dunia perniagaan hasil seni dan para pemerhati 1MDB telah dikejutkan oleh berita bahawa Jho Low telah berubah dari ‘pengumpul hasil seni’ ke seorang penjual koleksinya seperti hasil karya Monets, Picassos and Basquiat pada harga diskaun berjuta-juta dollar beberapa hari yang lalu.

Menurut laporan Boomberg, Jho Low melakukan itu sebagai usaha mendapatkan pulangan pada pinjaman US$100 juta dari pusat lelongan itu.

Keadaan-keadaan menjadi semakin rumit. Lagipun, akaun-akaun Jho Low di Singapura telah dibekukan dan dia turut disiasat di Hong Kong, US, UK dan Switzerland, yang diandaikan juga akaun-akaunnya di sana turut dibekukan.

Pada keadaan-keadaan itu, bank mana yang sanggup memberipinjamkan wang kepadanya?

Perkembangan itu telah membongkar lebih banyak hasil seni berharga yang telah dibeli oleh Jho Low, memandangkan dia kini menjualkan item-item yang tidak diketahui orang bahawa dia pernah memilikinya – semua pada kadar yang merugikan.

Hasil karya Picasso dijualnya pada harga $27.6 juta iaitu 45% lebih rendah dari harga beliannya, Baskuiat pada harga $6.2 juta iaitu 33% lebih rendah dan Monet $11.6 juta, lebih rendah dari harga yang telah dianggarkan. Terdapat juga jualan-jualan yang lain.

Turut dilaporkan bahawa dalam bulan Oktober adalah hasil karya pada kanvas “black, punctured egg” oleh Lucio Fontana yang berharga 1115.9 juta pound di London

Turut dilaporkan bahawa dalam bulan Oktober adalah hasil karya pada kanvas “black, punctured egg” oleh Lucio Fontana yang berharga 1115.9 juta pound di London

Namun apa yang menjadi tanda tanya setiap penggemar seni, adakah Jho akan menjual “Women of Algiers” hasil Picasso yang telah memecah rekod abad ini sebagai hasil seni paling mahal pernah dijual, yang dibelinya pada bulan Mei lalu pada harga US141 million?

Hasil karya itu telah dibeli oleh “pembeli misteri” pada sebuah lelongan seni di Christies di New York. Kami tahu bahawa Jho Low hadir pada majlis lelongan itu kerana dia juga turut menjual koleksinya, Rothko, di majlis itu.

Joey McFarland bersebelahan koleksi Jho Low, Rothko, pada hari itu!

Joey McFarland bersebelahan koleksi Jho Low, Rothko, pada hari itu!

Selain Rothko, McFarland juga bergambar bersebelahan Women of Algier yang memenangi rekod hadiah!

Saya dan karya seni yang memecah rekod jualan – Joey McFarland

Saya dan karya seni yang memecah rekod jualan – Joey McFarland

Jika Jho Low bukan si pembelinya, maka tiada orang lain yang telah dikenalpasti.

Pembelian yang dilakukan dengan harga yang terlampau tinggi dalam pasaran lelongan hasil karya seni sejak 2010 seperti yang dikenalpasti oleh para penganalisa adalah “pelabur kaya dari kalangan ekonomi yang sedang bangun”. Siapa lagi yang kita tahu menjadi kaya tiba-tiba dalam tahun 2010?

Pengunjung majlis lelongan di New York yang menarik perhatian kita adalah rakan Jho Low yang juga merupakan rakan karib anak-anak Najib – penggemar Instagram dari Thailand, ahli keluarga Songatheepol.

Dia juga turut meletakkan entrinya mengenai koleksi hasil karya yang sama!

Nampaknya ramai dari kalangan rakan karib Jho Low menghadiri majlis lelongan ini sambil melaporkan pengalaman mereka dalam tweeter mereka!

Nampaknya ramai dari kalangan rakan karib Jho Low menghadiri majlis lelongan ini sambil melaporkan pengalaman mereka dalam tweeter mereka!

Pada musim panas tahun lalu di San Tropez, Jho Low menghadiakan arka Lichtenstein kepada Leonardo di Caprio untuk yayasannya Eco Foundation

Pada musim panas tahun lalu di San Tropez, Jho Low menghadiakan arka Lichtenstein kepada Leonardo di Caprio untuk yayasannya Eco Foundation

Jika Jho Low merupakan ‘pembeli’ karya seni mahal yang telah sanggup membelanjakan US$141 juta untuk sebuah hasil karya, seseorang akan tertanya-tanya betapa dia memerlukan wang itu balik untuk menutup kerugian yang dialaminya.

Terdapat alasan-alasan lain mendorong sikap berbelanja lebih dalam pasaran lelongan hasil karya, selain “selera yang baik” untuk hasil karya yang mahal-mahal di kalangan ahli keluarga Low.

Rakan-rakan di sekeliling Jho Low termasuk Khadem al-Qubaisi penggemar pengunjung kelab-kelab malam, telah mendedahkan kepada Sarawak Report bahawa terdapat kata-kata bongkak di kalangan mereka pada karya lukisan mahal-mahal, kereta-kereta klasik dan harta benda sebagai satu cara mengubah wang dengan cepat.

Kedua-dua La Qubaisi dan Jho Low merupakan pelabur yang boros dalam tiga jenis komoditi menurut siasatan kami dan kedua-duanya juga sama disiasat oleh pelbagai penguatkuasa undang-undang dari Abu Dhabi hingga ke US.

Pasaran hasil karya seni dijangka akan mengalami kerugian dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, sesiapa yang ingin membeli sebuah kapal layar mewah pada harga yang telah didiskaunkan harus mengembara ke Aukland di New Zealand, di mana ianya sedang dilabuhkan.

Jho Low juga pemilik lukisan “Dustheads” hasil karya Basquiat – adakah koleksi itu akan turut dijualnya?

Jho Low juga pemilik lukisan “Dustheads” hasil karya Basquiat – adakah koleksi itu akan turut dijualnya?

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments