Kempen Selamatkan Hutan Hujan Jerman Memberitahu Gergasi Gergaji Berantai Stihl Untuk Putuskan Hubungan Dengan KTS

Sebuah petisyen utama dan kempen yang dilancarkan oleh NGO Jerman Rettet den Regenwald (Selamatkan Hutan Hujan) telah menggesa pembuat gergaji berantai Jerman Stihl untuk memutuskan semua bentuk usahasama dengan kumpulan KTS Sarawak kerana telah membangkitkan rasa risau terhadap pemusnahan alam sekitar dan hak-hak orang asal.

Kumpulan KTS merupakan kepentingan pembalakan dan perladangan utama yang dimiliki oleh keluarga Lau. Bos mereka Henry Lau dikenalpasti sebagai kroni rapat Ketua Menteri Sarawak yang terkini Adenan Satem dan merupakan pembiaya utama PBB yang selaku parti pemerintah.

Syarikat itu menjual gergaji berantai Stihl menerusi anak syarikatnya, KTS Trading Sdn Bhd, yang memiliki saham pasaran yang berdominan pada pasaran peralatan berkuasa di Malaysia Timur.

Seperti yang ditunjukkan dalam petisyen itu, KTS mempunyai rekod buruk pada pemusnahan alam sekitar dan pencerobohan tanah-tanah orang asal di Sarawak. NGO itu telah menyerlahkan dua kes amalan salah syarikat itu, seperti yang pernah didedahkan oleh Sarawak Report tidak lama dahulu.

Tebangan haram oleh Isotimber berhampiran Julau, Sarawak

Tebangan haram oleh Isotimber berhampiran Julau, Sarawak

Kes pertama adalah pembalakan haram berhampiran Julau, oleh Isotimber Sdn Bhd yang ada kaitan dengan KTS, mana kala kes kedua adalah pembukaan tanah paya kaya karbon untuk perladangan yang dijalankan oleh Bintulu Lumber Development (BLD) milik KTS di Sibu.

Dalam bulan September 2014, Sarawak Report telah berjaya memperolehi suatu dokumen perjanjian rahsia antara Isotimber dan dua orang penduduk kampung, yang telah membenarkan secara haram tanah-tanah NCR mereka di Julau untuk tujuan pembalakan.

Kami juga turut menerbitkan beberapa laporan polis yang telah dibuat terhadap syarikat itu.

Para wakil dari perkampungan Sungai Lijan telah memberitahu Rettet den Regenwald bahawa “Isotimber telah menebang pokok-pokok hutan kami tanpa kebenaran kami”. Matek Geram dari NGO Sarawak, SADIA berkata “Kami akan memenangi perjuangan untuk hutan kami ini”.

Gabungan NGO-NGO alam sekitar itu masih menunggu tindakan dari Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem mengenai penerangan hutan paya di Sibu yang dilakukan oleh BLD. Pengarah NGO Friends Of The Orangutans (FOTO), Upreshal Singh, suatu ketika dahulu telah memberitahu Sarawak Report bahawa:

Selepas mesyuarat kami dengan Ketua Menteri dan para pegawainya pada awal bulan Oktober lalu kami telah mengutuskan dua buah emel bagi menunjukkan bukti pemusnahan hutan paya dilakukan oleh BLD pada konsesi mereka di Sibu dan menggesa pejabat Ketua Menteri untuk menghentikan tindak-tanduk BLD, dengan mengesa tindakan keras harus diambil terhadap syarikat itu. Tetapi kami tidak menerima sebarang jawapan daripada sesiapa. Ketua Menteri telah mengisytiharkan bahawa tiada lagi penebangan baru untuk tujuan membuka ladang baru di Sarawak namun hutan paya dan orang-orang asal terus menjadi mangsa BLD.

Bergambar (Henry Lau dan isteri dikanannya)? Adakah keluarga Lau dikecualikan dari sebarang tindakan kerana keakraban mereka dengan Satem suami isteri itu?

Bergambar (Henry Lau dan isteri dikanannya)? Adakah keluarga Lau dikecualikan dari sebarang tindakan kerana keakraban mereka dengan Satem suami isteri itu?

Dalam kenyataannya hari ini, FOTO telah menegaskan bagaimana rakan-rakaniaga BLD telah menyedari dan beberapa buah lagi telah menggantung aktiviti mereka dengan syarikat itu sehingga isu-isu kepentingan itu diselesaikan.

Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem bersama bos KTS Henry Lau

Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem bersama bos KTS Henry Lau

Keakraban antara KTS dan Stihl telah ditegaskan dalam beberapa artikel dalam akhbar Borneo Post milik KTS. Satu dari artikel itu menunjukkan bahawa KTS dan Stihl telah bekerja keras untuk “mengekalkan usahasama itu selama 44 tahun” dan bahawa “keakraban itu telah berkembang”.

Dengan hubungan sedemikian, Rettet den Regenwald menjadi “ragu-ragu” bahawa Stihl mungkin tidak menyedari pembabitan KTS dalam angkara pemusnahan hutan hujan.

Ramai orang tertanya-tanya kini mengapa Adenan Satem telah tidak bertindak ke atas KTS dan syarikat-syarikat lain yang pernah dikawal oleh bekas Ketua Menteri, yang kini selaku Gabenor Sarawak, Abdul Taib Mahmud.

Adenan telah menerima pujian banyak pihak dalam tahun 2014, apabila dia menghimpunkan taiko-taiko dari enam syarikat pembalakan terbesar Sarawak, termasuk KTS dan berjanji untuk mengenakan tindakan tegas terhadap pembalakan haram dan pembukaan ladang untuk kelapa sawit.

Secara berironinya, Henry Lau dari KTS telah menyertai rombongan ke London bersama Adenan Satem tahun lalu, di mana mesyuarat diadakan bersama-sama NGO-NGO alam sekitar dan para wartawan (termasuk Sarawak Report) di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia. Mesyuarat itu telah menegaskan cadangan Adenan untuk menumpaskan pembalakan haram dan pembukaan dan pengembangan perladangan kelapa sawit di Sarawak.

Sehingga tindakan sebenar diambil dan syarikat-syarikat seperti KTS didenda, janji-janji Adenan untuk berubah akan dipandang sebagai janji sahaja.

Adakah dia akan mendengar gesaan ini untuk bertindak?

Untuk menyertai petisyen ini sila [KLIK]

Sempena hari jadi Adenan, Henry Lau turut hadir bersama ahli keluarganya. Adakah ini bermakna janji-janji untuk menghentikan pembalakan haram tidak terpakai pada syarikat utama ini?

Sempena hari jadi Adenan, Henry Lau turut hadir bersama ahli keluarganya. Adakah ini bermakna janji-janji untuk menghentikan pembalakan haram tidak terpakai pada syarikat utama ini?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments