Kesilapan Apandi Mendedahkan LEBIH BANYAK BUKTI Semasa Sidang Media Bertujuan Untuk Membersihkan Najib! EKSKLUSIF

Kertas yang ditunjuk-tunjukkan Apandi mendedahkan lebih banyak keterangan yang tidak dilaporkan RM27 juta yang dikesan oleh MACC ke dalam akaun peribadi Najib!

Kertas yang ditunjuk-tunjukkan Apandi mendedahkan lebih banyak keterangan yang tidak dilaporkan RM27 juta yang dikesan oleh MACC ke dalam akaun peribadi Najib!

Kesilapan luarbiasa oleh Apandi telah menyebabkan dia mendedahkan lebih banyak bukti untuk menentang Najib semasa sidang media bertujuan untuk membersihkan Najib dan menggugurkan kes itu!

Sarawak Report telah berjaya merakamkan dokumen-dokumen dalam bentuk pandangan dekat yang dipegang oleh Apandi pada masa itu, yang menunjukkan bahawa para penyiasat telah dapat mengesan RM33 juta lagi di atas RM42 seperti didakwa, yang diakui PM telah disedutnya keluar dari KWAP ke dalam akaun banknya.

Para pemerhati tertanya-tanya kenapakah PM tidak membawa penjelasan hari ini untuk menutup semua wang yang telah dimasukkan ke dalam akaunnya dan hanya menunjukkan jumlah yang telah didedahkan?

Apandi yang kekok itu kelihatan telah menunjuk-nunjukkan betapa menyeluruhnya siasatan SPRM ke dalam ke situ, dengan menayang-nayangkan dokumen-dokumen di hadapan para wartawan.

Nampaknya si peguam tua itu tidak mengambil kira kanta zoom moden yang digunakan oleh para wartawan dan malang bagi dia, carta-carta yang penuh warna dan gambarajah yang disediakan oleh para penyiasat dapat dilihat dengan jelas di tangan kirinya yang mendedahkan jaringan yang kompleks bayaran-bayaran seterusnya sebanyak RM27 juta tambah RM6 juta ke dalam akaun Perdana Menteri – suatu jumlah yang belum pernah dilaporkan.

Dia kemudiannya telah menyalurkan bayaran-bayaran menerusi dua lagi akaun untuk membiayai dua keping kad kredit yang digunakan semasa percutian musim panas dalam 2014 dan juga bayaran kepada apa yang dinamakan sebagai 17 penerima, yang menerima lebih RM23 juta di antara mereka.

Menurut SPRM dokumen yang ditunjukkan kepada wartawan oleh Apandi bahawa RM27 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Najib menerusi syarikat Putrajaya Perdana Bhd yang dikaitkan dengan UBG

Menurut SPRM dokumen yang ditunjukkan kepada wartawan oleh Apandi bahawa RM27 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Najib menerusi syarikat Putrajaya Perdana Bhd yang dikaitkan dengan UBG

Untuk tujuan penjelasan Sarawak Report telah melakarkan carta versinya berdasarkan pengenalpastian yang sebaik mungkin angka-angka, berikut:

Versi carta yang lebih jelas seperti dilukis oleh Sarawak Report

Versi carta yang lebih jelas seperti dilukis oleh Sarawak Report

Ianya dapat dilihat dengan jelas bahawa pergerakan baru wang itu membabitkan syarikat yang berhubung-kait dengan Jho Low, seorang kroni paling rapat dengan Najib dalam skandal 1MDB. Putrajaya Perdana Bhd, di mana Pengerusinya merupakan Pengerusi Tabung Haji, Abdul Azee Abdul Rahim, yang telah dikenalpasti terbabit dalam skandal 1MDB.

Dokumen SPM, walaupun butir-butirnya kurang jelas, menunjukkan bagaimana sejumlah RM33 juta telah dipindahkan kepada SRC (yang telah menerima pinjaman asal daripada dana persaraan KWAP) dan Putrajaya Perdana Bhd dan anak-anak syarikatnya, sebelum dipindahkan lagi ke dalam akaun peribadi Najib di AmBank bernombor 2112022011880 dan 2112022011906 dalam bulan Julai dan Ogos 2014.

Pindahan-pindahan ini berasingan dengan bayaran RM42 juta ke dalam akaun-akaun yang sama selepas itu dalam bulan Disember dan kemudian dalam bulan Februari, yang diterima menerusi syarikat-syarikat yang berasingan seperti Ihsan Perdana dan Gandingan Mentari dan telah diakui oleh Najib.

Carta itu juga mengesahkan laporan-laporan yang berasingan yang telah diterbitkan oleh Sarawak Report dalam bulan Ogos tahun lepas dan pada minggu lalu, memperincikan bagaimana wang SRC digunakan untuk menjelaskan dua keping kad kredit yang telah digunakan oleh Perdana Menteri pada percutian ke Eropah dalam tahun 2014.

Sarawak Report telah memperincikan nombor-nombor kedua-dua kad kredit itu dan jumlah yang dibelanjakan.

Dan dokumen SPRM yang ditunjuk-tunjukkan oleh Apandi mengesahkan butir-butir kad yang sama dan perbelanjaan yang menggunakan pada kedua-dua kad itu. Tuduhan melulu dari BN minggu lalu bahawa Sarawak Report telah “berbohong” dalam perkara ini boleh ditunjukkan sebagai tidak berasas oleh dokumen-dokumen yang ditujukkan oleh Apandi semasa sidang medianya itu.

RM2.8 juta dibelanjakan menggunakan MasterCard dan RM4 juta pada kad Visa dalam bulan Ogos 2014 – kedua-dua kad berakhir dengan 3 angka yang sama

RM2.8 juta dibelanjakan menggunakan MasterCard dan RM4 juta pada kad Visa dalam bulan Ogos 2014 – kedua-dua kad berakhir dengan 3 angka yang sama

Butir-butir yang menyerlah dapat dipetik dari carta yang telah ditunjuk-tunjukkan Apandi. Dapat diperhatikan bahawa sejumlah RM12 juta telah mengalir dari akaun PM yang berakhir dengan angka-angka 880 ke dalam akaun AmBank yang berakhir dengan 906 (yang digunakan untuk menerima wang yang dibayar kemudiannya dari RM42 juta).

Sejumlah besar wang itu dipindahkan menerusi akaun ketiga yang nombornya berakhir dengan 898 dan dapatlah diperhatikan bahawa bayaran berasingan RM6 juta telah dijelaskan ke dalam akaun dari anak syarikat PPB yang bernama Putrajaya Perdana Construction.

Akaun yang bernombor berakhir dengan angka telah ditunjukkan dalam carta sebagai digunakan untuk membayar “17 penerima” yang kesemuanya menerima RM23,520,610 juta. Identiti ke semua 17 penerima itu harus diterbitkan jika Apandi ingin mengatakan bahawa mereka yang dituduh itu bersih?

Lagipun pendakwaraya bagi SPRM Kevin Morais, yang telah pada asalnya menjalankan siasatan telah memberitahu Sarawak Report bahawa wang itu bukan hanya digunakan untuk kad kredit tetapi untuk membiayai kegiatan berkaitan pilihanraya yang lalu.

Persoalan yang ditimbulkan sekarang dari maklumat adakah Najib mempunyai alasan yang sama bagaimana wang itu dimasukkan ke dalam akaunnya bahawa dia baharu sahaja menjelaskan kemasukan RM42 juta kemudiannya? Najib telah mengatakan bahawa dia tidak mengetahui bagaimana RM42 juta itu dimasukkan ke akaunnya atau wang itu datangnya dari SRC menerusi Ihsan Perdana dan Gandingan Mentari. Sebaliknya dia ingat dia telah memindahkannya dari wang yang ‘didermakan’ US$681 juta yang dijangka datangnya dari seorang kerabat Raja dari Arab Saudi.

Adakah dia mempunyai alasan yang sama untuk jumlah wang yang berlainan yang juga datangnya dari SRC tetapi menerusisyarikat yang berlainan, untuk membayar ini dan itu dari tiga akaunnya?

Pembabitan baru syarikat awam yang sensitif ini, yang telah menerima kontrak-kontrak awam yang mewah-mewah beberapa tahun kebelakangan ini, membuka sebuah dimensi baru dalam skandal 1MDB/SRC.

Para pengikut perkembangan skandal itu akan tahu bahawa PPB adalah salah sebuah anak syarikat UBG milik Taib, yang dibeli oleh taikun Jho Low dalam 2008. Dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh Sarawak Report telah membuktikan apa yang ramai jangkakan pada waktu itu, di mana wang itu telah disalurkan dari 1MDB untuk menebus UBG yang akhirnya memberikan pulangan yang amat lumayan kepada Jho Low dan Abdul Taib Mahmud.

PPB dituduh telah dibeli oleh PetroSaudi tetapi kemudian dijual balik kepada UBG dan kemudian kepada pimilik barunya Cendana Destini. Pengerusi Lembaga Pengarahnya adalah Abdul Azeez yang juga merupakan Pengerusi Tabung Haji yang dibelengu skandal menebus hutang untuk 1MDB dalam satu urusniaga tanah yang berkontroversi tahun lalu.

Perwatakan yang sama timbul pada urusniaga-urusniaga kewangan Najib – Azee bukanlah pemegang MBA yang sah dari ijazah dari Preston University yang bunyinya menyamai Princeton

Perwatakan yang sama timbul pada urusniaga-urusniaga kewangan Najib – Azee bukanlah pemegang MBA yang sah dari ijazah dari Preston University yang bunyinya menyamai Princeton

Secara ironinya bahawa diumumkan hari ini di mana Peguam Negara Apandi Ali akan menyertai Azeez dalam Tabung Haji, setelah Sarawak Report mendedahkan bahawa Gabenor Bank Negara Malaysia telah melahirkan rasa risaunya mengenai kepincangan pengurusan dan kerugian dana yang mengesa agar pengurusan dikendalikan oleh orang-orang yang lebih arif.

Di Malaysia tadbiran Najib musang-musang berkumpulan kecil ini telah mengawal reban ayam dan mereka merancang untuk membiarkannya begitu.

Sila lihat lagi versi kami yang dijelaskan dari carta SPRM berikut:

Versi yang lebih jelas dari carta yang disediakan oleh Sarawak Report

Versi yang lebih jelas dari carta yang disediakan oleh Sarawak Report

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments