“Penyumbang Derma” Putera Turki Menerima US$77 Juta Daripada 1MDB Eksklusif

Nawaf Obaid – sentiasa bersedia untuk memberi penjelasan mengenai ‘pemberi maklumat dari Arab Saudi’ kepada para wartawan barat

Nawaf Obaid – sentiasa bersedia untuk memberi penjelasan mengenai ‘pemberi maklumat dari Arab Saudi’ kepada para wartawan barat

Apabila para wartawan di luar negara bertanya kepada penyelaras berita untuk Najib, bekas orang APCO Paul Stadlen, pada minggu lepas, nama penyumbang derma dari kalangan bangsawan Arab, yang didakwa telah mendermakan RM2.6 billion untuk membantu kempen pilihanraya untuk Najib, dia telah mengecewakan mereka.

Sedihnya, keluarga di-Raja Arab itu enggan identiti mereka didedahkan, jelasnya.

Sebaliknya, Stadlen telah mencadangkan kepada para wartawan agar melihat semula artikel BBC, yang mendakwa penderma itu adalah almarhum Raja Abdullah, yang telah mangkat pada bulan Januari lalu, berperanan sama dengan putera ketujuhnya, Putera Turki.

Sebahagian wang itu datang dari simpanan raja dan sebahagian dari dana negaranya Arab Saudi, kata wartawan pertahanan Timur Tengah bagi BBC, yang kemudiannya mengakui bahawa dia tidak tahu menahu mengenai Malaysia kepada Sarawak Report.

Sebilangan kecil wartawan di KL merasa ragu-ragu tentang siapakah penderma dari Arab yang enggan dikenali itu.

Namun ramai yang bersetuju bahawa Nawaf Obaid, salah seorang dari penganalisa berstrategik, yang sering berhubung dengan wartawan barat di Arab Saudi.

Sememangnya para wartawan barat yang sering menuliskan laporan mengenai Arab Saudi amat bersyukur kepada Nawaf kerana kelayakan akademik Ijazah Sarjananya mengenai Jabatan Pertahanan di Kings College London dan kini telah beroleh fello di Harvard.

Wartawan Con Coughlin dari Telegraph pula menyanjungi Nawaf sebagai sumber terbaik dari Timur Tengah dan pada hari berikutnya dia sendiri telah menuliskan artikel menggunakan ayat-ayat yang serupa dari artikel BBC, di mana dia merujuk pada “seorang sumber senior dari Arab Saudi”.

Biar betul?

Dakwaan satu sumber Coughlin amat berkontra dengan dokumen-dokumen maklum balas para wartawan seperti dari Wall Street Journal, di mana para pegawai Arab Saudi mengetakan bahawa mereka menafikan tentang bayaran dari mana-mana individu negara mereka, dan mereka menganggap dakwaan itu sebagai “belum pernah terjadi atau dilakukan sebelum ini”.

Cerita mengenai Nawaf telah dicedok oleh Telegraph sebagai bahan untuk menyerang musuh politiknya di UK

Cerita mengenai Nawaf telah dicedok oleh Telegraph sebagai bahan untuk menyerang musuh politiknya di UK

Namun dua buah akhbar utama telah menelan bulat-bulat cerita bahawa Raja Abdullah telah menyumbang secara rahsia kepada Najib wang peribadinya sebanyak US$681 juta menerusi akaun BVI luar negara, suoaya dia dapat menipu pilihanraya, merupakan dalih-dalih para pemutar-belit UMNO dan ‘rakan-rakan’ BBC membanjiri artikel-artikel di luar negara.

Sarawak Report sememangnya pernah mendedahkan Nawaf Obaid sebagai salah seorang dari agen-agen yang diupah oleh Pejabat Perdana Menteri untuk memutar-belitkan cerita untuk menentang musuh-musuh politik Najib di media-media barat.

Jho Low, kiri, Putera Turki ke dua dari kiri dan Tarek Obaid ke dua dari kanan – bergambar di atas kapal layar yang mereka sewa dan mengatakan ianya milik Putera Arab Saudi!

Jho Low, kiri, Putera Turki ke dua dari kiri dan Tarek Obaid ke dua dari kanan – bergambar di atas kapal layar yang mereka sewa dan mengatakan ianya milik Putera Arab Saudi!

Bulan lalu kami telah menulis dengan terperinci bagaimana pemberi maklumat, telah mendapat upah yang lumayan, yang mendakwa dirinya sebagai wartawan agung, berbanding dengan pasukan rasmi media Najib.

Kami mempunyai bukti bahawa bayaran sebanyak US$1.7 juta kepada Nawaf yang merupakan corak pemindahan wang daripada saudaranya Tarek Obaid, sebagai balasan pada pembabitannya dalam kempen untuk mencemarkan ketua pembangkang Anwar Ibrahim dalam media dan di kalangan orang-orang politik US selepas 2010.

Berikan saudara saya sejuta dollar dari wang yang saya dapat dari 1MDB

Berikan saudara saya sejuta dollar dari wang yang saya dapat dari 1MDB

Dengan wang itu juga Nawaf, yang memegang jawatan awam di Arab Saudi pada masa itu, telah digunakan sebagai upah melakukan tugas untuk Najib, yang cuba mencipta pandangan umum bahawa wujudnya hubungan baik dengan Raja Arab Saudi.

Malah apabila Najib dan Jho Low cuba melantik Nawaf untuk membuat satu rancangan mengatur kunjungan Raja Abdullah ke Malaysia dan meminta supaya Raja memberi-pinjaman kepadanya berjumah US$10 billion pada tahun 2011 pada kadar yang rendah, Nawaf telah mempersendakan usaha mereka itu sebagai berfantasi akibat dadah.

Lima tahun kemudian watak-watak yang sama masih mencuba untuk meyakinkan dunia bahawa Raja Abdullah memang merupakan ‘penderma’ RM2 billion kepada Najib.

Ini kerana saudara Nawaf, iaitu Tarek Obaid, yang merupakan Pengarah dalam PetroSaudi, syarikat yang kini disiasat oleh pihak-pihak berkuasa Switzerland dan Singapura, dan juga oleh pihak-pihak FBI dan Jabatan Jenayah Penipuan, kerana bertindak sebagai agen untuk menyedut keluar ratusan juta dollar dari 1MDB.

Wang itu telah dibayar kepada Nawaf oleh Tarek dapat dijejaki kepada puluhan juta dollar yang disedut oleh Tarek menerusi sogokan daripada penasihat Najib, iaitu Jho Low, yang pada asalnya dicuri dari 1MDB.

Gambarajah yang jelas – dipetik dari dokumen-dokumen oleh The Edge

Gambarajah yang jelas – dipetik dari dokumen-dokumen oleh The Edge

Dengan alasan ini Sarawak Report telah memberi amaran kepada BBC bahawa sebarang dakwaan dari satu sumber Nawaf Obaid harus diambil dengan penuh berhati-hati.

Putera Turki bin Abdullah, anak ketujuh almarhum Raja Abdullah, sememangnya terbabit dalam sumbangan derma murah harti kepada Najib. Ini kerana Turki adalah pemegang 50% saham dalam PetroSaudi dan, seperti Tarek, dia juga telah disogok dengan wang yang disedut dari 1MDB.

Aliran wang (di atas) yang diperolehi dari data emel-emel PetroSaudi sendiri (terima kasih pada peniup wisel Justo Xavier) menujukkan bahawa Petera Raja itu, yang pada asalnya bukan orang yang kaya sebagaimana digambarkan, telah menerima sekurang-kurangnya US$77 juta dari urusniaga itu.

Berikut adalah pengesahan-pengesahan yang dikirimkan oleh JP Morgan Switzerland kepada PetroSaudi setelah mereka mengendalikan bayaran-bayaran itu:

Bayaran seterusnya berjumlah US$77 juta dari akaun JP Morgan milik Tarek Obaid yang telah menerima ratusan juta dollar dari syarikat Good Star dan 1MDB

Bayaran seterusnya berjumlah US$77 juta dari akaun JP Morgan milik Tarek Obaid yang telah menerima ratusan juta dollar dari syarikat Good Star dan 1MDB

Notis bayaran kepada Tarek Obaid oleh JP Morgan

Notis bayaran kepada Tarek Obaid oleh JP Morgan

Maka artikel BBC yang mengatakan bahawa Putera Turki dikatakan sebagai mempunyai kepentingan perniagaan meluas di Malaysia, adalah ‘penderma’ kepada Najib itu sukar diterima.

Jauh dari menderma kepada Najib, Turki merupakan salah seorang perompak kandungan dana pembangunan Malaysia 1MDB!

Ini telah menyebabkan Turki terdedah pada tekanan, terutama dari kalangan orang di sekeliling Najib yang telah berputus asa untuk mencari seorang warga Arab untuk mendedahkan dirinya sebagai penderma.

Tanpa disokong oleh bukti berterbit, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dan pasukan SPRM telah mengumumkan bahawa mereka telah ‘menemui penderma’ itu dan mereka berpuas hati’.

Putera itu juga dikatakan enggan menghadapi umum mengenai perkara itu. Tiada bukti bahawa wang itu datang daripada baginda, lebih dari kata-katanya, seperti yang telah kami dedahkan telah dibeli dengan US$77 juta.

Maka maklumat satu sumber yang diperolehi oleh BBC dan The Telegraph dilihat sebagai tidak berguna kepada orang-orang yang amat mengetahui tentang Malaysia.

Kebanyakan wang yang diterima Najib adalah untuk membeli undi semasa pilihanraya Sarawak untuk mendapatkan sokongan kerana sokongan mereka di tanah Semenanjung sudah kian terhakis. Hanya Sarawak (dan Sabah) merupakan ‘simpanan tetap’ bagi UMNO-BN untuk berpaut pada kekuasaan.

Ianya tiada kaitan langsung dengan pembiayaan kerajaan Islam Malaysia untuk menentang ekstremisma dan terorisma seperti difokuskan oleh media barat.

Label Muslim Brotherhood mempunyai bekas jari Nawaf. Ianya adalah tuduhan yang telah digunakan orang-orang PR Najib untuk mencemar imej ketua pembangkang Anwar Ibrahim di kalangan ahli-ahli politik di barat.

Sarawak Report telah membekalkan emel-emel yang menunjukkan bahawa Nawaf Obaid juga diupah untuk memutar-belitkan tuduhan bagi pihak Najib. Maka tidak hairan juka Nawaf juga diupah untuk mereka-reka cerita mengenai sumbangan derma itu.

Ada juga pada beberapa ketika Nawaf kurang bernasib baik dalam usahanya meyakinkan wartawan-wartawan barat yang lebih bertanggungjawab dan berhati-hati dalam menuliskan artikel untuk menentang Anwar Ibrahim.

Maka akhirnya Nawaf yang menemui kebuntuan telah mengutuskan emel kepada saudaranya untuk menjelaskan “betapa sukarnya untuk meyakinkan media professional untuk menerbitkan sabjek ini”

Show email
Date:

23/12/2010 11:57

To:

[email protected]

Close email

TO :-

You should at some point also show this to your “accidental” friend to show him

how difficult it has been to get serious news organization to run with this subject.

Only do this when the stories start coming out!

NO

—–Original Message—–
From: Jeremy Bowen <[email protected]>
To: [email protected]
Sent: Thu, Dec 23, 2010 2:51 pm
Subject: Re: Update

Nawaf

Sorry for delayed reply.

Unfortunately I have been rather ill, not working now for almost a month (though I did do an obituary for my colleague Brian Hanrahan).

Anyway I’m now much better, and have found your email. My chasing of your dossier was on hold while I was on my sickbed.

As yet, the most common response I am getting is from people who suggest this is another attempt to damage Anwar Ibrahim’s reputation.

I am also struck by the fact that Saleh Kamel appears to be as much the subject of the dossier as Anwar Ibrahim.

Anyway I continue to try to corroborate but thus far don’t have anything I can take to air.

Even if I did, I would not be able to get it on until the New Year. Our news programmes shrink during the holiday period and won’t be back to normal until the first week of January.

Hope you escaped our snow.

Best wishes to you and your family

Jeremy

From[email protected] [mailto:[email protected]]
Sent: Thursday, December 16, 2010 09:26 AM
To: Jeremy Bowen
Subject: Update

Jeremy :-

Any updates? I have not heard back at all from you and wondering

what happened? Please let me know cause this is a priority for us

especially with the backdrop of the cables leaks and the sensitivity

of the assessment?

Thanks,

NAWAF

Tetapi pada minggu lepas Nawaf telah menghubungi Con Coughlin dari Daily Telegraph, yang membangunkan tema untuk membantah dasar luar negara Parti Buruh Britain yang ditentang oleh organisasi medianya.

Inilah yang dikatakan oleh pemutar media antarabangsa mengenai Nawaf sebagai sasaran yang terkena dan seseorang akan meneka nilai invois yang diletakkannya di atas meja Perdana Menteri. Penyelaras Media Paul Stadlen mungkin merasa gembira untuk membayarnya, apabila dia gunakan sumber itu pada jaringan media di Malaysia.

Satria cyber upahan Najib, Raja Petra Kamaruddin, RPK, telah memperhebatkan analisa the Telegraph

Satria cyber upahan Najib, Raja Petra Kamaruddin, RPK, telah memperhebatkan analisa the Telegraph

Namun sedihnya apabila Sarawak Report cuba menelefon Con Coughlin untuk mengesahkan artikel terbitan medianya itu, dia telah menghempas gagang telefonnya sebelum kami sempat memperkenal diri kami kepadanya.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments