Sirul, Anda Yang Menyebutnya – Kenapa Pula Ianya Bohong?

Mangsa Sirul, Altantuya Shaariibuu

Mangsa Sirul, Altantuya Shaariibuu

Sekali lagi, usaha dan cubaan untuk menutup isu-isu yang membara di Malaysia dilihat menyimbah minyak untuk menyemarakkan lagi apinya.

Pembunuh yang dituduh, bekas pengawal peribadi Najib, Sirul Azhar Umar, telah dirakan secara misteri bebarapa hari lalu, bersama kenyataan-kenyataannya dari sel penjaranya di Australia, dengan tujuan untuk menghilangkan persoalan-persoalan yang mengaitkan Perdana Menteri Malaysia yang timbul dari ke situ.

Pada mulanya Sirul telah bertegas menolak cadangan dalam persoalan bahawa wanita yang ditembak mati dua kali dan kemudian mayatnya diletupkan menggunakan bahan letupan ketenteraan (yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh Najib ketika dia menjadi Menteri Pertahanan ketika itu) sedang hamil.

Kenyataan-kenyataan ini telah menambahkan konteks yang lebih luas pada ceritanya, disampaikan selepas beberapa tahun dipenjarakan di pusat tahanan migrant Australia, yang digunakan oleh beberapa pihak yang cuba ‘menggunakannya’ untuk menanam fitnah terhadap seseorang yang tidak diketahui, tetapi dianggap oleh umum sebagai Perdana Menteri.

Bersekedudukan di Paris bersama kekasihnya Razak Baginda semasa proses pembelian kapal selam Scorpene

Bersekedudukan di Paris bersama kekasihnya Razak Baginda semasa proses pembelian kapal selam Scorpene

Rakan-rakan sejenayah Sirul kini telah menerbitkan empat dari lima segmen kenyataan bervideo dari penjara, yang dijangkakan akan digunakan untuk menamakan pihak-pihak yang bertanggungjawab yang dituduh cuba memaksanya untuk mengaitkan Najib secara bohong atau palsu.

Namun penafiannya bahawa tuduhan yang mengatakan mangsanya, Altantuya Shariibuu sedang hamil adalah luar biasa, kerana pada pengakuan asalnya ketika dia ditahan mengatakan bahawa si mati itu sememangnya hamil.
Pengakuan ini dikeluarkan pada tahun 2006, namun kejujurannya sukar untuk ditolak. Kenapa harus dia membangkitkan isu itu jika ianya tidak benar?

Kami melampirkan pengakuannya pada bahagian bawah laman ini dalam bahasa Melayu, kerana, dengan alasan ianya sukar difahami secara biasa, pendakwaraya telah mengabaikannya dari pendakwaannya.

Dalam kenyataan asal, yang dibuat dengan teliti kepada pihak polis (yang telah mengesan panggilan-panggilan telefon bombitnya hingga ke tapak jenayah, menemubual para saksi penculikan Altantuya dan akhirnya menahannya) Sirul telah membangkitkan isu bahawa mangsa sedang hamil ketika dia menceritakan pengakuannya itu.

Maka, sejak 2006, Sirul, yang memberitahu pihak polis bahawa mangsa telah merayu untuk tidak dibunuh kerana dia sedang hamil. Dan, namun demikian Sirul yang sama pula menyalahkan orang lain dan ‘media’ kerana mereka-rekakan cerita, yang disasarkan kepada Perdana Menteri Najib Razak?

Sejak Sirul telah mendedahkan bahawa dia telah diugut oleh orang-orang UMNO menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan berbayar sehingga berjuta ringgit, supaya “tidak menyebut apa-apa lagi”. Kerana “dengan cara ini saya takkan menjatuhkan PM”, utus Sirul sebaik sebelum dia ditahan pada lewat 2014.

Bukankah Sirul sendiri yang menjadi dalang semua ini dan kemudiannya dia menyalahkan pihak media kerana membuat laporan?

Di bawah arahan atau hanya jenayah yang tiada tujuan?

 “Semua ini membosankan” Razak Baginda – seorang dengan tujuan yang cuba mengelakkan tuduhan atau dipanggil untuk menjadi saksi

“Semua ini membosankan” Razak Baginda – seorang dengan tujuan yang cuba mengelakkan tuduhan atau dipanggil untuk menjadi saksi

Banyak rasa risau yang berkisar pada pembunuhan Altantuya di Malaysia berkait rapat dengan beberap faktor luar biasa berikutan kes mahkamah, yang menghianati tanda-tanda campurtangan dari peringkat yang tinggi dalam kerajaan.

Pendakwaan, pembelaan dan para hakim (ke semuanya ditukar dari yang asalnya) dilihat telah berpakat, untuk tidak merangkumi saksi-saksi penting dan menutup bukti-bukti penting. Sebenarnya peguambela yang asalnya telah meletak jawatannya kerana mengadu kerana menghadapi tekanan dari campurtangan.

Jika perbicaraan telah dibenarkan untuk mengandungi pengakuan asal Sirul sendiri, sebagai contoh, mereka akan mendengar pengakuan mudahnya, bahawa dia telah bertindak di bawah arahan seseorang. Dia sendiri tidak tahu anam wanita yang dibunuhnya di bawah arahan dan dia ingat bahawa si mangsa itu berketurunan Cina, walhal Altantuya adalah berbangsa Mongolia.

Dalam pengakuan asalnya Sirul memperincikan bagaimana dia, selaku seorang pegawai Unit Gerak Khas ditugaskan untuk mengawal Menteri Pertahanan ketika itu, Najib Razak di samping orang-orng kenamaan lain, telah dihubungi oleh ketuanya, Azilah dan mengajaknya menyertainya, di mana dia telah diberitahu untuk membunuh “seorang wanita yang sering mengganggu ahli perniagaan Razak Baginda”.

Ada dua cubaan. Pada cubaan pertama mereka cuba menembak Altantuya dan rakan-rakannya di sebuah bilik hotel, namun mereka takut dapat dikesan oleh kamera CCTV.

Pada hari berikutnya mereka telah menculiknya di luar kediaman Razak Baginda yang pada ketika itu selaku ketua perunding untuk pembelian kapal selam Scorpene bagi pihak Najib Razak, dan membawa wanita malang itu ke sebuah kawasan hutan untuk melakukan pembunuhan ngeri itu.

Setiap orang di Malaysia tahu bahawa Altantuya telah menuntut setengah juta dollar daripada Razak Baginda untuk berdiam diri mengenai wang sogokan dari urusniaga kapal selam Scorpene, di mana dia bertindak selaku jurubahasa dan juga sebagai kekasih Razak Baginda.

Altantuya menghendakkan wang itu untuk membiayai anaknya yang bakal dilahirkannya, menurut bukti yang berasingan dia telah diperkenalkan kepada Razak Baginda oleh bosnya Najib Razak.

Razak Baginda memberitahu Penyiasat Persendirian, PI Bala, bahawa dia telah diperkenalkan kepada Altantuya oleh Najib

Razak Baginda memberitahu Penyiasat Persendirian, PI Bala, bahawa dia telah diperkenalkan kepada Altantuya oleh Najib

Dalam pada itu, kes rasuah dalam pembelian Scorpene (yang turut menamakan Najib Razak selaku pihak yang disogok) telah kini dibawa ke mahkamah secara rasmi di Perancis.

Malah, pada tahun lepas Razak Baginda telah berulang kali mengulangi ayatnya, bahawa pengawal-pengawal peribadi itu tiada motif untuk bertindak – mereka hanya merupakan “pegawai polis yang kasar. Dia sendiri pada mulanya telah didakwa, kemudian akan dipanggil sebagai saksi dan kemudian ke situ ditamatkan begitu sahaja.

Namun, pengakuan Sirul dari awal hingga akhir jelas menunjukkan bahawa dia melakukan pembunuhan itu kerana dia telah dihubungi oleh ketuanya dan diarahkan untuk “menembak untuk membunuh”. Pada setiap peringkat proses itu dia telah bertindakbalas pada arahan ketuanya, yang memberinya alasan bahawa “wanita: itu sering mengganggu seseorang yang bernama Baginda.

Sirul menjadi tumpuan drama pembunuhan itu di tengah-tengah mahkamah pada pembicaraannya tahun 2008,abila dia menangis dan mengatakan bahawa dia telah dijadikan “kambing sembelihan” oleh orang yang berkuasa yang tidak hadir ketika itu.

Maka, semenjak Sirul sendiri menjadi sumber utama pertuduhannya yang menjadi aduannya, kenapa pula dia menyalahkan orang lain – diandaikan, pemangkin konspirasi – untuk meletakkan tanggungjawab kedua-dua pengawal peribadi itu menurut arahan-arahan daripada ketua-ketua mereka yang lebih berkuasa, yang kini menarik balik semua halangan untuk menutupi peranan mereka?

Adakah peguam-peguam upahan UMNO, yang mengawal Sirul di penjara, menganggap bahawa rakaman video kenyataan terkini akan dapat membersihkan longgokan bukti dengan tujuan meyakinkan dunia bahawa kes Altantuya hanyalah suatu kisah yang direka-reka oleh para pemangkin konspirasi yang mencari jalan untuk menumbangkan Najib Razak.

Sila ikuti apa yang disebut oleh Sirul pada asalnya, kemudian bandingkan dengan apa yang dia nyatakan sekarang, selepas setahun dirundingkan antaranya dan orang-orang UMNO di sel penjaranya di Australia.

sirul1

sirul2

sirul4sirul5

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments