Tuan Segala Alam ... Tapi Bukannya Doktor Falsafah?

Yuran pengajian sekeping Doktor Falsafah - £2,695 untuk mendapat ijazah itu dari ‘University of Somerset’

Yuran pengajian sekeping Doktor Falsafah – £2,695 untuk mendapat ijazah itu dari ‘University of Somerset’

Para pegawai tertinggi dalam Goldman Sachs gemar menganggap keuntungan lumayan hasil mengendalikan wang orang lain adalah kerana mereka lebih bijak dari orang lain.
Bagi sesiapa yang mensaspek mereka hanya bercakap kosong, mereka akan menunjukkan serangkaian ijazah yang hebat-hebat, di samping mengendalikan wang-wang pelanggan mereka.

Tetapi bagi beberapa kes, semua ini bukan seperti yang diharapkan. Bos Goldman bagi rantau Asia yang sedang bercuti, kelayakan Doktor Falsafah ‘Dr Tim Leissner’ dalam bidang Pengurusan Perniagaan, sebagai contoh, mungkin sukar untuk dipercayai – iaitu, tiga tahun belajar di sebuah institusi pengajian tinggi yang terkenal.

Mungkin penyelesaian pada masalahnya dapat ditemui pada pengumpulan yang pantas anugerah-anugerah akademiknya – sebuah ijazah sarjana pada tahun 1992 di US dan sebuah ijazah kedoktoran PhD dalam tahun 1993 dari UK – Wahh!

Para pemerhati telah menunjukkan kepada Sarawak Report bahasa Leissner mendapatkan ijazah kedoktorannya dari sebuah institusi ternama yang dikenali sebagai University Of Somerset, yang dikenali sebagai “kilang ijazah”, sebelum ianya diarahkan ditutup dalam tahun-tahun 1990-an dahulu.

Calon Timbalan Canselor dari US ini telah menyalahgunakan PhD dari Somerset University

Calon Timbalan Canselor dari US ini telah menyalahgunakan PhD dari Somerset University

Sila ikuti kehadiran University of Somerset dalam senarai Institusi Pengajian Tinggi yang Tidak Diiktiraf. Atau baca lebih lanjut sisipan Times Hight Education yang menamakan universiti itu sebagai mendatangkan masalah menganugerahkan ijazah-ijazah palsu yang diterbitkan dalam tahun 2000.

Somerset University telah didedahkan sebagai kilang ijazah dalam tahun 2000

Somerset University telah didedahkan sebagai kilang ijazah dalam tahun 2000

Leissner telah dikenalpasti sebagai hanya membeli ijazah kedoktorannya dari Somerset University pada harga £2,695 sahaja – suatu angka yang terlalu kecil bagi seorang pengurus bergaji terlampau besar sepertinya.

Tetapi Tim tetap mempergunakan ijazahnya. Dia telah mengambil bahagian dalam suatu majlis berucap di Hong Kong pada tahun 2008, dan dia masih mempromosikan kelulusan akademiknya dalam CVnya. Mungkin inilah yang dikatakan sebagai ‘bijak’ oleh segelintir orang-orang penting industri perbankan sepertinya.

Sila dengar pada Dr Leissner..

Sila dengar pada Dr Leissner..

Sememangnya Leissner kini berada pada kedudukan yang meragukan kerana dunia kini mempersoalkan urusniaga luarbiasa pada bon-bon yang diterbitkan untuk 1MDB dengan atas kehendak PM Malaysia Najib Razak, yang telah menyebabkan dana itu mengalami kerugian US$650 juta, sebelum mereka dapat melihat pulangan walaupun satu sen pertamanya yang diterbitkan dari bon US$6.5 billion yang seharusnya untuk projek-projek pembangunan.

Yuran US$590 juta yang dikenakan oleh Goldman tidak sedikitpun membantu. Boleh dirumuskan bahawa ‘bonus’ Leissner mungkin boleh dirundingkan.

Tim dan saya bersama-sama PM ...

Tim dan saya bersama-sama PM …

Sebagai menambahkan perisa pada cerita, adalah gaya hidup Leissner dan perkhawinannya dengan peragawati Kimora Lee Simmonds, nampaknya cerita-cerita yang berkisar di KL adalah sejarah penuh warna Leissner dengan wanita-wanita ternama tempatan.

Salah satu darinya adalah kegagalan pertunangnya dengan anak buah Taib Mahmud, Elia Geneid, berlaku pada masa Leissner melantik bekas pegawai Duetsche Bank Roger Ng, yang mempunyai hubungan baik di Sarawak yang telah.

mengendalikan penerbitan bon yang amat besar menerusi Labuan – seperti yang dikritik oleh pihak pembangkang sebagai yuran perkhidmatan yang terlalu tinggi.

Nampaknya perkenalannya dengan Roger Ng telah memberi peluang kepada Leissner berkenalan dengan Taib yang kaya raya (di mana Duetsche Bank itu merupakan pemegang saham utama dengan CMS dalam syarikat pelaburan Kenanga Holdings sehingga tahun lepas). Dan juga menerusi Taib, UBG milik Jho Low dan juga ibu Elia, Raziah Geneid yang berkuasa. Malah rakan Raziah, Rosmah Mansor juga turut dikenalinya.

Pada masa Leissner mengahwini Kimora, pasangan itu telah berbangga dengan keakraban mereka dengan PM Najib Razak, yang turut mempunyai akses eksklusif dalam perniagaan.

Maka, mungkin pegawai-pegawai bank yang ‘bijak pandai’ sedar bahawa menjana pendapatan yang amat lumayan itu tidak semestinya banyak sedikit yang anda tahu, tetapi siapa yang anda kenali dan apakah yang harus anda lakukan?

Terlalu mementingkan PdD.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments