Yak Enggan Dibabitkan

Dunia telah difahamkan apakah jenis gaji yang akan diharapkan oleh seorang pengurus bank di Singapura, apabila Yak Yee Chee mengemukakan kertas mahkamahnya semalam.

Tidak kurang daripada SNG$27 juta gaji dan bonus-bonus bagi kurang dari empat tahun bekerja telah menjadi tajuk-tajuk utama akbar.

Wow!

Gaji $1 juta dan bonus $10.4 juta dalam tahun 2014 – tapi, untuk apa?

Gaji $1 juta dan bonus $10.4 juta dalam tahun 2014 – tapi, untuk apa?

Satu lagi pendedahan yang ditimbulkan oleh kertas mahkamah Yak adalah, walaupun dia diarahkan untuk bercuti tanpa gaji sejak bulan April 2015, bank masih lagi menghantar gajinya dalam bentuk cek-cek bernilai $83,000 sebulan.

Cek-cek itu, selain pindahan bank biasa, merupkan kaedah bayaran yang dilaksanakan bank kerana Yak dapat menunaikannya di luar negara, di mana akaun-akaunnya tidak dibekukan seperti di Singapura.

Yak mengemukakan kertas mahkamah berserta salinan-salinan cek itu sebagai menujunkkan betapa murah hatinya majikannya di BSI. Dokumen-dokumen itu juga menunjukkan perjanjian cuti tanpa gaji dalam bulan Mei dan terus memberikan kerjasama kepada majikannya.

Perjanjian yang menjadi ‘masam’

Perjanjian yang menjadi ‘masam’

Namun, pergeseran telah berlaku antara penasihat undang-undangnya dengan pihak bank, dengan Yak dalam bulan April bahawa dia faham langkah-langkah diambil untuk menyediakan bank menghadapi sebarang pertuduhan dan juga untuk melindungnya dari dipertanggungjawabkan.

Pasukan penasihat undang-undang Yak mendakwa dia telah diabaikan oleh majikannya yang menjangkakan sebarang tindakan terhadap BSI

Pasukan penasihat undang-undang Yak mendakwa dia telah diabaikan oleh majikannya yang menjangkakan sebarang tindakan terhadap BSI

Yak terus diberi gaji untuk memastikan dia memberikan kerjasama kepada bank. Namun kandungan emel-emel jelas menunjukkan motif-motif tidak sihat majikannya jika mereka cuba menyalahkannya.

Adakah ini sebabnya dia mengemukakan kes ke pengetahuan umum?

Kertas-kertas mahkamah kini semakin banyak mendedahkan bagaimana bank-bank Singapura mengendalikan akaun-akaun yang berkaitan dengan Jho Low dan dalam prosesnya berbohong dan penafiannya berhubung 1MDB selepas 2009, sebagaimana dilakukan oleh CEO Arul Kanda dan Jho Low sendiri.

Kertas mahkamah yang sedang dirundingkan antara Yak dan majikannya dalam BSI untuk mengemukakan kedudukan bank itu kepada pihak penyiasat, merangkumi beberapa fakta yang mengejutkan.

Dengan kata lain bank BSI mengesahkan bahawa urusan 1MDB, Brazen Sky dan Jho Low saling berkaitan … termasuk anak syarikat Aabar Investments PJS yang palsu Aabar, yang turut disebut oleh Yak dalam kenyataannya (lihat berikut).

Apa yang dirundingkan oleh bank itu dengan Yak untuk disebut dalam kenyataannya

Apa yang dirundingkan oleh bank itu dengan Yak untuk disebut dalam kenyataannya

Namun di sebelah Malaysia Perdana Menteri dan para penyokong tegarnya terus menyekat laman web ini dan membuli penulis-penulis komen atas talian dengan undang-undang ‘anti-pengganas’, dengan alasan bahawa kami mempromosikan “pembohongan”.

Secara kontranya, menurut bank 1MDB, apa yang telah kami katakan dalam perkara ini (seperti juga turut dikatakan oleh yang lain) kini disahkan sebagai benar. Mungkin ini yang menyebabkan Peguam Negara yang telah dijinakkan oleh PM itu telah sebaliknya mengancam sesiapa yang ‘mendedahkan rahsia negara’.

Yak telah membuat pendedahan kepada mahkamah, dengan tujuan untuk menyahbekukan akaun-akaunnya, bagi membolehkannya menjelaskan bil-bilinya di Singapura. Namun Jabatan Urusan Komersil (CAD) Singapura telah menjawab dengan kasar.

Sebagai maklum balas mereka pada permohonannya, CAD telah menunjukkan bahawa Yak telah menyelewengkan lebih $5 juta ke dalam bank-bank luar negara sebelum mereka berjaya membekukan akaun-akaunnya dan bahawa mereka telah menemui $7.91 juta daripada $27 juta yang didakwanya sebagai pendapatannya.

Yak masih ada $9 juta, kata mereka, bagi membolehkannya menjelaskan bil-bilnya.

CAD mengesahkan bahawa dakwaan BSI mengenai cuti tanpa gaji Yak itu adalah tidak benar

CAD mengesahkan bahawa dakwaan BSI mengenai cuti tanpa gaji Yak itu adalah tidak benar

Pihak berkuasa itu telah bersetuju dengan Yak pada hari Jumaat lalu, dan bahawa dia dapat membawa balik wang untuk menjelaskan bil-bilnya, tanpa harus membekukan akaun-akaunnya.

Ianya telah membiarkan hakim tertanya-tanya kenapa semua masa mahkamah telah dibazirkan … dan media dunia mempunyai kebebasan untuk memeriksa dokumen-dokumen Yak yang dikemukakan ke mahkamah dalam proses itu.

Nampaknya alasan Yak itu mungkin sebagai tindak balasnya terhadap majikannya yang menjadikannya sebagai korban. Sebagai mana disahkan dalam kertas mahkamahnya bahawa pada bulan Januari pengurus perhubungan untuk Jho Low dan 1MDB yang telah digantung telah bersengketa dengan para majikannya.

Tuntutan berterusan dari pengurusnya, Hanspeter Brunner, CEO Asia, bahawa Yak telah bersetuju untuk hadir di bank untuk disoal mengenai pertuduhan kerana didapati menahan maklumat dari para majikannya mengenai sebuah ‘notis keselematan berhubung salah seorang klien bank mereka’.

Hanspeter Brunner dan pasukan guamannya telah beberapa bulan lalu cuba mengajar Yak bekerjasama dalam perbualan tak rasmi di bank itu

Hanspeter Brunner dan pasukan guamannya telah beberapa bulan lalu cuba mengajar Yak bekerjasama dalam perbualan tak rasmi di bank itu

Dokumen-dokumen jelas menunjukkan bahawa ‘notis sekuriti’ yang dimaksudkan itu adalah sebuah pinjaman yang amat besar dibuat oleh Deutsche Bank pada jumlah hampir US$1 billion kepada 1MDB, untuk membiayai bayaran balik hutannya pada lewat 2014.
Pinjaman itu telah diperolehi yang berjumlah US$1.03 billion dikatakan sebagai dimasukkan ke dalam akaun anak syarikat 1MDB, Brazen Sky di BSI di Singapura.

Apabila Sarawak Report mendedahkan dalam bulan Mei lalu bahawa pihak berkuasa Singapura telah mendapati tiada sebarang wang tunai dalam akaun Brazen Sky, pihak Deutsche Bank telah menarik balik pinjaman itu.

Dalam surat-menyuratnya dengan BSI, Yak sendiri mendakwa bahawa dia tidak berbuat apa-apa di bank itu tanpa kelulusan para ketuanya dan bahawa dia tidak merujuk pada notis itu kerana kliennya menyuruhnya untuk tidak meneruskan tindakannya.

Saya mungkin telah bertanya pada pihak pengurusan jika klien (1MDB) telah mengesahkan jika mereka ingin urusan itu diteruskan ..... Yak menjelaskan kenapa dia tidak memberitahu ketua-ketuanya mengenai ‘semakan sekuriti’ yang diminta oleh pihak Duetsche Bank pada akaun Brazen Sky bagi pinjaman satu billion dollar untuk 1MDB

Saya mungkin telah bertanya pada pihak pengurusan jika klien (1MDB) telah mengesahkan jika mereka ingin urusan itu diteruskan ….. Yak menjelaskan kenapa dia tidak memberitahu ketua-ketuanya mengenai ‘semakan sekuriti’ yang diminta oleh pihak Duetsche Bank pada akaun Brazen Sky bagi pinjaman satu billion dollar untuk 1MDB

Dalam kesemua surat-menyuratnya, sebenarnya, Yak telah banyak kali mendakwa bahawa ketua-ketua di bank itu sedar akan semua pindahan dengan klien-klien besar di bank itu.

Rasa marah semakin membara dengan keengganan Yak hadir untuk disoal oleh pihak bank dan menurunkan tandatangannya pada ‘nota-nota’ mereka berhubung prosiding-prosiding tanpa sebarang perlindungan undang-undang, rakaman penuh dan soalan bertulis mendahului sebarang soal-siasat.

Yak menjelaskan bahawa dia dihantui oleh perasaan bahawa para majikannya akan menggunakan apa yang disebutnya secara tidak formal untuk menyalahkannya.

Sebagai tindak balas, para majikannya, yang kami tahu masih menyogoknya dan menawarkan bayaran bonus jika dia memberikan kerjasama, telah menjadi semakin marah kerana Yak enggan akur, kecuali berdasarkan terma-terma pada soalan-soalan bertulis terlebih dahulu dan rakaman penuh perbualan yang diatur.

Tuduhan kesat daripada BSI kerana Yak ‘engkar perintah’ ketika ‘bercuti tanpa gaji’

Tuduhan kesat daripada BSI kerana Yak ‘engkar perintah’ ketika ‘bercuti tanpa gaji’

Namun Yak tidak percaya bahawa majikannya tidak membuat rakaman yang adil. Jika BSI telah terus membayarnya dan membincangkan bonus semasa dia menjalani ‘cuti tanpa gaji’ maka ianya tidak menghasilkan kerjasama yang diharapkan.

Surat-surat mahkamah yang dikemukakan oleh Yak mengandungi bukti yang cukup untuk menyokong fakta bahawa dia bukannya seorang pegawai bank yang curang sebagaimana didakwa, dia telah menjadi pengawai bank yang cemerlang hingga ke saat apabila pihak-pihak berkuasa mulai menyiasat akaun-akaun bank Jho Low.

Malah, dokumen-dokumen menunjukkan dia telah mendapat kepujian dari majikan tertingginya kerana kecemerlangan kerjayanya daripada Dr Alfredo Gysi, ketua kumpulan BSI di Switzerland, yang mengutuskannya surat peribadi mengucapkan tahniah di akhir tahun 2011.

Secara kebetulannua, sebaik sahaja Yak menyertai BSI dalam bulan September 2009 bahawa Jho Low telah membuka akaun ADKMICdan beberapa akaun peribadi dan perniagaannya di BSI dan mula memindahkan setengah billion dollar dari akaun Good Star di RBS Coutts Zurich ke BSI.

Adakah ini maksud ucapan tahniah itu?

CAD merakamkan bahawa akaun syarikat Jho Low telah membawa masuk ke dalam BSI dalam tahun 2011, termasuk akaun peribadi $11 juta

CAD merakamkan bahawa akaun syarikat Jho Low telah membawa masuk ke dalam BSI dalam tahun 2011, termasuk akaun peribadi $11 juta

Pujian bersifat peribadi dari ketua BSI di Switzerland pada musim Krismas 2011

Pujian bersifat peribadi dari ketua BSI di Switzerland pada musim Krismas 2011

Perlukan kita ingat bahawa Yak berpindah ke BSI dari RBS Coutts Singapura, dari mana dia telah menguruskan akaun-akaun Jho Low dan dapat dirumuskan mengapa dia telah dilantik dengan bayaran gaji yang lumayan sebanyak $500,000 setahun, kerana dia berjaya mempelawa satu set klien-klien yang kaya raya.

Anda akan bertugas sebagai Pengurus Kanan Perhubungan – gaji tahunan permulaan adalah $500,000

Anda akan bertugas sebagai Pengurus Kanan Perhubungan – gaji tahunan permulaan adalah $500,000

Sesiapa saja boleh merumuskan bahawa kenaikan gaji tahunan yang luar biasa yang telah dinikmati oleh Yak ada hubungkait dengan amaun perniagaan kliennya yang kaya raya, sehingga kini bukan hanya Jho Low, tetapi mereka yang terbabit sama dengan Low seperti 1MDB, Aabar dan SRC.

Kenyataannya, yang direka bersama-sama dengan para majikannya di bank itu, bahawa dia tidak pernah menerima sebarang pujian dari para kliennya kerana mengendalikan akaun-akaun itu mungkin kelihatan munasabah sepenuhnya. Lagi pun Yak terus menerima pujian daripada majikannya kerana mengendalikan pindahan-pindahan wang itu, maka apa lagi bentuk insentif yang dia perlukan?

Maka Sarawak Report seterusnya menjangkakan bahawa alasan kenapa Yak Yew Chee telah memutuskan untuk mengemukakan dokumen-dokumen ini di mahkamah adalah bertujuan untuk melindungi dirinya dari dikorbankan oleh BSI dan pendakwaraya sebagai seorang ‘pegawai bank yang korup’ dalam skandal ini.

Salahlakunya, jika pun ada salahlaku, dalam usahanya mengendalikan pindahan-pindahan oleh individu-individu yang ada hubungkait dengan orang-orang politik yang dikaitkan dengan dana awam yang telah diketahui dan diluluskan oleh pihak-pihakpihak atasan dalam bank BSI dan sebelum itu, RBS Coutts, menurut Yak.

Jangan korbankan saya – pengurusan peringkat atasan tahu segalanya kata Yak!

Jangan korbankan saya – pengurusan peringkat atasan tahu segalanya kata Yak!

Jelaslah, rekod-rekod menunjukkan bahawa Coutts atau BSI bukannya pencetus prosiding untuk menyiasat pindahan-pindahan yang meragukan yang dikendalikan oleh Yak. Malah sebaliknya mereka telah mengupahnya.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments