Yak Menamakan Eric Tan dan Jho Low Sebagai Disiasat Pihak Berkuasa Singapura

Dokumen-dokumen pegawai bank yang berkhidmat untuk Jho Low dan 1MDB

Dokumen-dokumen pegawai bank yang berkhidmat untuk Jho Low dan 1MDB

Dengan 1MDB dan Jho Low yang secara bersungguhnya mengatakan bahawa peniaga itu tiada peranan dalam dana pembangunan itu, setelah dana itu ditukar nama dari Terengganu Investment Authority dalam tahun 2009, adalah sungguh memalukan mereka bahawa pegawai bank yang begitu mesra dengan mereka telah mengemukakan kenyataan-kenyataan yang mengaitkan mereka di hadapan mahkamah Singapura.

Afidavit-afidavit dan dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh Yak Yew Chee menambah kepada himpunan bahan bukti yang mengesahkan bahawa Jho Low pada kontrari itu, sebagai suatu pasak dalam pelbagai operasi pelaburan 1MDB.

Lagipun, mereka kini sukar untuk menafikannya.

Lagipun dalam kenyataan yang dikemukakan oleh Yak dalam kolaborasinya dengan ketua-ketuanya dalam BSI, Yak mengakui dirinya ditugaskan untuk menjadi pengurus perhubungan untuk Jho Low dan 1MDB Global dan anak syarikat mereka, Brazzen Sky, dan juga Aabar Investments PJS Limited yang palsu, yang berpejabat di BVI.

Kenyataan yang diluluskan itu seterusnya menjelaskan bahawa Jho Low, syarikat-syarikat ini sebagai saling berhubung kait – SANGAT berbeza dengan penafian-penafian Jho Low bahawa dia mempunyai hubungan dengan 1MDB.

Yak juga dilaporkan sebagai pengurus akaun-akaun bekas anak syarikat 1MDB yang samar-samar, SRC International, yang dipengerusikan oleh rakan karib Jho Low, Nik Faisal Ariff Kamil, yang kini di bawah naungan langsung Kementerian Kewangan Najib Razak.

RM4 billion wang dana persaraan KWAP telah hilang ke dalam akaun SRC dan kebanyakannya belum lagi diakaunkan.

Maka jurucakap 1MDB belum lagi memberikan maklumat terkini tentang peristiwa-peristiwa itu, yang boleh digunakan untuk memecahkan pembohongan bahawa 1MDB dan Jho Low tiada hubungan selepas 2009.

Yak telah menamakan seorang lagi dalam afidavit-afidavitnya selain Jho Low.

Pengurus bank itu mejelaskan, sebagai seorang yang sedang disiasat, dia sedar bahawa kliennya Jho Low dan seorang lagi yang bernama Tan Kim Loong, atau dikenali sebagai Eric Tan, sedang disiasat secara aktif oleh pihak-pihak berkuasa Singapura.

Maka, siapakah Eric Tan ini yang turut disiasat dalam kes skandal Jho Low / 1MDB di Singapura?

Sarawak Report boleh mendedahkan dokumen-dokumen kritikal yang menunjukkan bahawa Yak, Jho Low dan Eric Tan sememangnya terbabit dalam kerja-kerja pindahan wang yang telah dilaporkan di Singapura.

Dalam bulan April tahun lepas berita dibocorkan bahawa sebuah syarikat dengan nama ACME Time Ltd telah memindahkan US$20 juta menerusi Coutts Bank di Singapura kepada sebuah akaun dalam Swiss Bank yang dipegang oleh Pengarah Tarek Obaid dari PetroSaudi, rakaniaga dalam usahasama dengan 1MDB.

Pemindahan itu dilakukan pada 30hb September 2009 iaitu sehari selepas usahasama itu dimeterai. Salinan pindahan wang yang ada pada kami merujuk pada Yak (yang masih bertugas pada saat-saat terakhirnya dengan Coutts Bank di Singapura) dan seorang lagi rakan setugasnya dalam bank itu.

Dihantar dari RBS Coutts kepada sebuah akaun di JP Morgan Suisse

Dihantar dari RBS Coutts kepada sebuah akaun di JP Morgan Suisse

Tiada rasa ragu-ragu lagi bahawa pembayaran itu dibuat kepada Tarek Obaid, kerana nombor akaun bank di JP Morgan itu bersepadan dengan surat-menyurat yang berjaya diperolehi oleh Sarawak Report dari komputer pelayan PetroSaudi sendiri, terima kasih kepada Xavier Justo.

Jonathan Connor dari JP Morgan Swiss memaklumkan kepada Tarek Obaid mengenai kedudukan akaun pada tahun berikutnya

Jonathan Connor dari JP Morgan Swiss memaklumkan kepada Tarek Obaid mengenai kedudukan akaun pada tahun berikutnya

Pembabitan Eric Tan itu jelas membuktikan bahawa dia telah mengutuskan dokumen di atas kepada Tarek Obaid dan rakan sejawatannya dalam PetroSaudi, Patrick Mahony, sebagai sebahagian ari rangkaian emel yang berjaya dikesan oleh Sarawak Report.

Rangkaian emel itu yang bertajuk “Re: Wire Instruction to Sheikh Tarek Obaid” (Perkara: Arahan Pindahan Kepada Sheikh Tarek Obaid), di mana Eric Tan yang mengutuskannya dan sebuah lagi dokumen, yang jelas mempunyai hubung kait.

Perjanjian Pengurusan Pelaburan dikepilkan

Perjanjian Pengurusan Pelaburan dikepilkan

Dokumen ke-dua yang dikepilkan adalah Perjanjian Pengurusan Pelaburan, IMA, yang pernah dilaporkan oleh Sarawak Report sebelum ini.

“Perjanjian IMA” ini yang rupa-rupanya telah dibuat oleh Eric Tan dan bertarikh 30hb September 2009, adalah di antara syarikat Good Star milik Jho Low dan Patrick Mahony, dengan memberikan 2% yuran pengurusan kepada Patrick untuk menyelia US$85 juta bagi pihak Good Star Ltd.

Maka, jelas pada kita. Jho Low, 1MDB dan PetroSaudi saling bersabit dalam suatu “matriks” kegiatan, yang kini sedang diperiksa oleh pihak-pihak berkuasa Singapura.

Adakah ini merupakan bayaran yuran untuk Patrick Mahony dan Tarek Obaid, yang dilantik untuk mengendalikan pelaburan US$85 juta, yang dipindahkan oleh Jho Low kepada Tarek Obaid selepas pemeteraian perjanjian itu?

Jika benar, maka pengurusan Patrick Mahony amatlah mengkagumkan, yang beberapa minggu kemudian, seperti yang telah kami laporkan, memasukkan US$33 juta lagi ke dalam akaunnya di JP Morgan Swiss dan kemudian meletakkan lebih US$6 juta untuk membeli sebuah rumah mewah di Notting Hill.

Good Star Ltd milik Jho Low nampaknya tidak mempedulikan itu.

Lagi pun, seperti yang diketahui oleh semua rakyat Malaysia, syarikat Good Star Ltd milik Jho Low itu telah, pada 29hb September telah memasukkan (dengan bantuan bank RBS Coutts tempat Yak Yew Chee bekerja) sejumlah $700 juta yang dilarikan dari 1MDB, terima kasih pada bantuan Patrick Mahony dan Tarek Obaid, yang telah membenarkan syarikat mereka, PetroSaudi, bertindak selaku ‘wakil” dalam urusniaga itu.

Semuanya terbabit bersama

Semuanya terbabit bersama

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments