1MDB Negeri Sarawak – Dana NCR Milik ASSAR Menyembunyikan Kerugian Setengah Billion Ringgit EKSKLUSIF UTAMA!

Teraniaya sekali lagi – keluarga orang asal Sarawak

Teraniaya sekali lagi – keluarga orang asal Sarawak

Jumlah wang yang besar telah hilang begitu sahaja dari dana rasmi negeri yang seharusnya digunakan untuk menguruskan simpanan orang asal yang berpendapatan rendah, golongan pemilik tanah-tanah NCR, menurut dokumen-dokumen yang berjaya diperolehi oleh Sarawak Report.

Penemuan itu telah menghakis kepercayaan pada kerajaan negeri yang sentiasa mendakwa dirinya sebagai penjaga kebajikan golongan miskin di negeri itu dan menimbulkan rasa risau berkenaan kebolehpercayaan pada dana ASSAR, dan dana-dana lain negeri itu, yang telah gagal mengemukakan kedudukan aset-aset mereka kepada umum.

Sememangnya bahan bukti pada kami menunjukkan selain membina nilai untuk simpanan, menerusi pelaburan, wang telah diambil secara paksa dari keluarga-keluarga orang asal, dan telah dilaburkan dalam perusahaan merugikan yang ada kaitan dengan golongan kaya dan elitis, beroperasi di sebalik kerahsiaan pengurusan kewangan ASSAR.

Angka-angka menunjukkan pada masa kini * nilai unit Amanah Saham Sarawak Berhad (ASSAR) diasaskan pada 17 sen sahaja, berbanding jaminan tahap paling minima kepada para pelabur sebanyak RM1.00 oleh negeri itu.

Penemuan ini telah menunjukkan bahawa setelah menabung selama beberapa tahun, keluarga-keluarga orang asal hanya dapat mengharapkan pulangan yang amat kecil bagi pelaburan mereka.

Laporan Suruhanjaya Sekurit tahun 2012 menunjukkan situasi dana yang membimbangkan.

Sarawak Report telah memperolehi hasil penilaian ASSAR oleh Suruhanjaya Sekuriti, yang telah didedahkan oleh rasa risau umum berkenaan dana yang tenat itu. Laporan itu, yang telah dirahsiakan sejak ianya diterbitkan dalam bulan Julai 2012, menunjukkan bahawa nilai aset bersih dana itu (iaitu nilai aset-asetnya dalam pasaran saham) telah menurun secara ketara kepada 25% dari liabilitinya pada waktu itu.

Dalam rumusan pada prestasi dana itu menunjukkan bahawa 83 daripada 90 pelaburan terpilih mereka (‘kaunter-kaunter’) telah kehilangan wang berjumlah RM46.7 juta sejak beberapa tahun lalu, membiarkan dana itu berada pada keadaan prestasi yang tidak baik bernilai hanya 25.5% dari harga minimanya yang dijamin oleh kerajaan negeri pada harga RM1.00 seunit.

NAV bermakna Net Asset Value (iaitu Nilai Aset Bersih) – Laporan Suruhanjaya Sekuriti 2012.

NAV bermakna Net Asset Value (iaitu Nilai Aset Bersih) – Laporan Suruhanjaya Sekuriti 2012

Dengan kata lain, selain memberikan pulangan pelaburan yang bertambah untuk kalangan keluarga miskin, kerajaan negeri telah membiarkan lebih 80% dari wang yang dilaburkan oleh 72,000 orang pelabur Sarawak dalam ASSAR.

Kebanyakan dari individu terbabit adalah para pemilik tanah-tanah NCR, yang telah dipaksa menyumbangkan wang untuk dilaburkan dalam dana yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri.

Tidak cukup aset untuk membayar balik wang 72,000 pelabur Sarawak

Tidak cukup aset untuk membayar balik wang 72,000 pelabur Sarawak

Sarawak mendapat angka yang seterusnya yang menunjukkan bahawa pada ahkir bulan Disember 2014 krisis kewangan dalam ASSAR semakin membarah, walaupun telah disuntik dua kali sebanyak RM50 juta oleh kerajaan negeri Sarawak dalam tempoh campurtangan.

Angka-angka yang jatuh menjunam menunjukkan aset-aset ASSAR telah dinilai setakat 17 sen setiap RM1.00 unitnya pada bulan Disember 2014

Angka-angka yang jatuh menjunam menunjukkan aset-aset ASSAR telah dinilai setakat 17 sen setiap RM1.00 unitnya pada bulan Disember 2014

Kejatuhan angka itu menunjukkan beza antara angka minima yang dihutang dari pelabur berjumlah RM541,712,004 (berdasarkan jaminan sebanyak RM1.00 seunit oleh kerajaan negeri), dan aset bersih sebenar dana itu, yang telah jatuh sehingga ke RM95,084,694 – 17% dari nilai yang dijamin.

Di manakah keuntungan yang dijanjikan kepada orang-orang asal Sarawak?

Di manakah keuntungan yang dijanjikan kepada orang-orang asal Sarawak?

Geraf mewakili kerugian sebanyak hampir setengah billion ringgit, dari dana yang seharusnya digunakan untuk menjaga wang pampasan sebagai ganti tanah-tanah NCR yang diambil (dalam banyak kesnya adalah tidak sah, dilakukan oleh Pelita).

Nilai yang jatuh menjunam

Nilai yang jatuh menjunam

Akibat yang dialami oleh orang-orang asal adalah sangat teruk.

Ketika ASSAR ditubuhkan pada tahun 1993, bekas Ketua Menteri Sarawak yang juga Menteri Kewangan dan Menteri Sumber dan Perancangan dan kini Gabenor Sarawak, Abdul Taib Mahmud, memperkenalkan dana itu sebagai amalan menabung moden kepada orang-orang asal yang terjejas.

Taib gemar dikenali dengan jolokan CEO Sarawak – bergambar bersama penggantinya Adenan Saten yang kini berdepan dengan krisis kewangan dalam ASSAR

Taib gemar dikenali dengan jolokan CEO Sarawak – bergambar bersama penggantinya Adenan Saten yang kini berdepan dengan krisis kewangan dalam ASSAR

Kerajaan Taib waktu itu telah memaksa dan secara haram merampas tanah-tanah NCR milik orang asal, untuk diberikan kepaddda konsesi pembalakan dan perladangan yang lumayan, yang pada asasnya diserahkan kepada syarikat-syarikat keluarganya dan juga kroni-kroninya.

Bayaran-bayaran pampasan kepada orang-orang asal itu mewakili sebahagian kecil dari nilai sebenar tanah-tanah mereka, suatu bayaran yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri, namun Taib pada waktu itu tidak membenarkan mereka untuk mendapatkan wang itu secara langsung.

Sebuah sekim yang ditubuhkan untuk mengalihkan bayaran-bayaran pampasan mereka ke dalam ASSAR, di mana mereka tidak dibenarkan mengeluarkan wang simpanan itu selepas tidak kurang dari lima tahun.

Mereka yang rapat dengan dana itu telah memberitahu Sarawak Report bahawa selama beberapa tahun wang yang dibayar kepada pelabur-pelabur yang mengeluarkan pelaburan mereka datangnya dari wang pelabur yang baru yang telah dipaksa melabur, dan bukannya dari keuntungan pelaburan yang sepatutnya – suatu definisi skim pelaburan yang dinamakan Skim Ponzi.

Kerugian itu bermakna jika sebahagian kecil pelaburan meninggalkan dana itu maka tiada lagi wang yang tinggal untuk dibayar kepada pemegang saham yang tinggal yang telah dipaksa melaburkan wang mereka.

Alasan-alasan di sebalik krisis itu ditunjukkan dalam laporan 2012 yang menghampakan, berikutan siasatan oleh Suruhanjaya Sekuriti, setelah rasa risau mengenai salahtadbir urus dana itu dikemukakan oleh para staf dalam dana itu.

Sarawak Report kini telah memperolehi sesalinan laporan itu, yang diandaikan untuk dirahsiakan dari pengetahuan umum. Kenyataan dari Juruaudit Negara pada tahun lepas telah menunjukkan masalah yang sama dalam dana itu.

Dalam laporan itu Suruhanjaya Sekuriti telah memperincikan pelbagai salahtadbir urus pada dana itu termasuk kurangnya pengawasan dan seliaan dan kehadiran para ahli lembaga pengarahnya. Ahli Parlimen Alexander Nanta Linggi, sebagai contoh, dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tarmizi bin Sulaiman telah direkodkan sebagai gagal hadir beberapa kali mesyuarat dana itu.

Ahli-ahli Lembaga Pengarah dari kalangan kroni BN sering gagal hadir mesyuarat

Ahli-ahli Lembaga Pengarah dari kalangan kroni BN sering gagal hadir mesyuarat

Gagal patuh termasuk kurangnya pengawasan pada kemungkinan wujud percanggahan kepentingan di kalangan ahli lembaga dan para eksekutif dalam dana itu sedang disiasat.

Tiada semakan ke atas pelaburan dalam dana itu yang menguntungkan para pembuat keputusan

Tiada semakan ke atas pelaburan dalam dana itu yang menguntungkan para pembuat keputusan

Ini bermakna tiada suatu sistem untuk menghalang pelaburan berasuah dalam dana yang dilanda kerugian itu.

Pemberi maklumat yang sama juga menambah bahawa pelaburan yang berkepentingan sendiri dalam syarikat-syarikat kroni yang dikaitkan dengan pihak-pihak yang ada kepentingan merupakan sebab utama kehilangan ratusan juta ringgit wang para pelabur.

Akibat yang dialami oleh para pelabur Sarawak, seperti diperincikan oleh laporan Suruhanjaya Sekuriti yang menyebaut bahawa terdapat banyak kes bayaran lewat atau tergendala kepada mereka yang cuba mendapatkan balik wang pelaburan mereka.

Ibupejabat ASSAR – bangunan salahtadbir urus pelaburan

Ibupejabat ASSAR – bangunan salahtadbir urus pelaburan

Nilai dividen yang seharusnya lebih tinggi dari kadar asas kini telah menjadi semakin rendah, walaupun kerajaan telah mula campurtangan bagi menyokong pembayaran balik pelaburan yang dijual.

Dalam tahun 2012 dividen sebanyak 1.5% telah dibayar, di mana 66% telah disokong oleh sabsidi oleh syarikat PASB milik kerajaan negeri.

Tanpa keuntungan dari dividen yang amat kecil yang telah disabsidi

Tanpa keuntungan dari dividen yang amat kecil yang telah disabsidi

Golongan orang asal (yang seharusnya dididik cara-cara menyimpan dengan bijak) telah dibiarkan dalam serba kegelapan oleh dana itu, di mana mereka tidak pernah menerima apa-apa dividen, menurut para pengadu, selain pemberian bantuan berkala, biasa oleh ahli-ahli politik BN pada musim Krismas atau pilihanraya.

Menurut pejuang kempen hak orang asal, Peter Kallang, perkampungannya di Ikang-Banyok, yang telah “dibangunan” lebih 10 tahun lalu, telah tidak menerima apa-apa pulangan dari pelaburan mereka dalam ASSAR.

Sekurang-kurangnya dengan pilihanraya yang semakin hampir para pelabur dalam ASSAR boleh mengharapkan pemberian-pemberian kecil. Tetapi sebagai pembayar cukai juga mereka diperlukan untuk menebus balik dana itu, yang telah secara misterinya kehilangan puluhan juta ringgit dalam syarikat-syarikat kroni yang disaspek di Sarawak.

Adenan memuji ASSAR di kala dana itu dirundung kerugian sehingga mencecah angka sifar

Adenan memuji ASSAR di kala dana itu dirundung kerugian sehingga mencecah angka sifar

Pengerusi Eksekutif ASSAR yang bertanggungjawab pada Lembaga Pengarah adalah Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Mohd Nor (yang juga Pengerusi dalam syarikat pembalakan Harwood Timber yang berkontroversi dan juga selaku ahli dalam Lembaga dalam STIDC).

Juga turut bersama dalam Lembaga itu adalah JC Fong, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan penasihat undang-undang kepada Taib Mahmud.

Dilindungi oleh kerahsiaan, para pengurus ini telah membenarkan kehilangan hampir keseluruhan wang pelaburan orang-orang asal Sarawak sebagai pewaris tanah-tanah asal mereka.

Selamat datang ke skandal kewangan versi Sarawak – yang hampir serupa dengan masalah yang melanda 1MDB.

*angka terkini seperti diperolehi pada akhir 2014

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments