Kereta-Kereta Mewah Khadem – Pembeli Secara Tunai Diperlukan?

Berada di atas trek perlumbaan – Qubaisi si penggemar kereta lumba

Berada di atas trek perlumbaan – Qubaisi si penggemar kereta lumba

Sarawak Report kini telah mengetahui dari pelbagai sumber maklimat bahawa warga Arab yang paling kaya di dunia ini telah menghadapi beberapa halangan dalam tindak-tanduknya.

Bekas bos IPIC/Aabar itu telah cuba berbuat baik semula di Abu Dhabi, sebagai seorang penderma yang dilahirkan semula, dilihat sebagai tidak berproduktif, di mana bekas lelaki kaya mendapati dirinya telah dipulaukan oleh bekas majikannya dari kalangan kerabat di-Raja Arab.

Laporan selanjutnya menunjukkan bahawa bekas penjawat awam yang telah menjadi kaya raya secara bermisteri itu telah menjadi mangsa kehilangan maruah diri setelah beberapa akaun peribadi utamanya telah dibekukan.

Dana kedaulatan Abu Dhabi telah dikatakan sebagai menuntut kebanyakan dari wang mereka yang telah hilang daripada Khadem yang telah mengendalikan International Petroleum Investments Company (IPIC) dan anak syarikat mereka, Aabar, yang berusahasama dengan kebanyakan urusniagan1MDB yang dibelengu kontroversi kini.

Wang berbillion-billion dollar yang telah hilang sebahagian besar darinya telah dilencongkan keluar dari 1MDB. Hanya pada hari ini Aabar telah dipaksa meminjam US$4 billion dengan kadar yang tinggi, dijangkakan bertujuan untuk mengapungkan 1MDB di bawah komitimen yang dibuat pada tahun lalu, terima kasih pada Qubaisi.

Al-Husseiny memasukkan wang Aabar ke dalam rancangan Virgin Galactica Branson, disokong oleh Jho Low dan rakan sehiburan Khadem, Leonardo Dicaprio

Al-Husseiny memasukkan wang Aabar ke dalam rancangan Virgin Galactica Branson, disokong oleh Jho Low dan rakan sehiburan Khadem, Leonardo Dicaprio

Juga turut bersekongkol adalah orang kanan Khadem dan bekas CEO dalam Aabar, Mohd Al-Husseiny yang telah dipecat dari jawatannya tahun lalu apabila skandal 1MDB mulai terbongkar.

Al-Husseiny pernah memberitahu rakan kharibya bahawa dia merasa ‘lebih selamat dan selesa’ duduk di US, di mana dia kini memegang kerakyatan US.Namun, dengan pihak penguatkuasa undang-undang perbankan antarabangsa, bekas budak penghantar pizza ini, yang berasal dari Kenya, mungkin akan menukar paspotnya.

Maka begitu juga dengan para pengarah dalam syarikat Red Granite Pictures (RGP), yang turut menerima tajaan Al Husseiny beberapa tahun lalu.Pemilik RGP adalah anak tiri Najib Razak, Riza Aziz, yang kini menghadapi kesan-kesan dari tindakannya yang jelas bercanggah dengan para dermawannya.

Dalam pada itu pemilik kelab malam Hakkasan, Khadem Al Qubaisi dikatakan sedang berada di Selatan Peranchis bersama-sama harta kemewahannya, di mana dia masih mempunyai pengaruh kuat kerana kekayaannya.

Pemilikan harta Khadem telah diperincikan oleh Sarawak Report dan dia turut memiliki sebilangan besar harta di Cote d’Azur dan juga di Paris, terlepas pandang oleh bekas pengurus banknya di Edmond de Rothschilde di Luxembourgh, Marc Ambroisien.

Pengurus bank untuk Khadem di Edmond de Rothschilde

Pengurus bank untuk Khadem di Edmond de Rothschilde

Marc Ambroisien telah mencapai keputusan untuk ‘meninggalkan’ bank majikannya sebaik sahaja Sarawak Report membuat pendedahan peranannya memindahkan setengah billion dollar ke dalam akaun dana ‘Vasco Trust’ milik Khadem dalam tahun 2012 dari sebuah syarikat yang bernama Blackstone Asia Real Estate Partners Ltd (BVI).

Dalam perbualan yang dirakamkan Ambroisien menyebut bahawa bank utama mungkin telah menolak atau membekukan wang sebanyak itu.

Sarawak Report telah berulangkali melaporkan bahawa para penyiasat antarabangsa telah mengesahkan bahawa syarikat Blackstone itu ditubuhkan oleh peniaga Malaysia, Jho Low yang berperanan selaku proksi kepada Perdana Menteri Najib Razak dalam 1MDB – dan bahawa beberapa bayaran daripada Blackstone BVI yang sama itu telah dibuat dalam masa yang sama ke dalam akaun peribadi di AmBank milik Najib Razak di KL.

Dengan wang yang boleh diperolehi dengan mudah, mungkin KAQ, singkatan nama yang digemari oleh Khadem, tergoda untuk membeli banyak kereta mewah kegemarannya.

Lagi pun, pada bulan lalu, rakan Khadem, Jho Low, yang mengalami isu-isu pembekuan aset-asetnya, telah diketahui menjual banyak koleksi hasil seninya di New York pada harga yang amat rendah.

Kini Sarawak Report menfokuskan laporanya pada koleksi kereta mewah rakannya itu:

1) Pirelli Pagani Zonda

Dibeli oleh Khadem pada tahun 2011.

Pemberi maklumat dalaman mengandaikan kereta itu berharga US$5 juta, yang direka untuk seorang pemandu:

Khadem bersiar-siar di St Tropez dalam kereta mewahnya Pagani pada tahun 2012 – perhatikan nombor plat keretanya daftaran Geneva

Khadem bersiar-siar di St Tropez dalam kereta mewahnya Pagani pada tahun 2012 – perhatikan nombor plat keretanya daftaran Geneva

‘KAQ’ (Khadem) sering dilihat bersiar-siar dalam kereta mewahnya di Selatan Peranchis. Ucapannya turut menyebut, sekurang-kurangnya jumlah kandungan dana Aabar yang dikendalikannya:

Isi teks ucapan KAQ dalam tahun 2011

Isi teks ucapan KAQ dalam tahun 2011

Dalam ucapannya dia juga merujuk pada suatu nombor ‘barang mainannya’ yang lain, yang mungkin juga akan turut dilepaskannya:

2) Veyron SuperSport blue carbon KAQ

Kami telah melaporkan mengenai kereta ini, dengan plat nombor yang menonjolkan pemiliknya – ianya berharga sekitar US$2 juta. Dia juga memiliki versi berkembar bersifat kegadisan berwarna merah jambu:

Versi kembar dalam warna merah jambu dengan nombor plat KAQ

Versi kembar dalam warna merah jambu dengan nombor plat KAQ

3.) Di sini Khadem memandu bersama-sama seorang teman wanita dan pengawal peribadinya yang mengikuti mereka dari belakang:

KAQ bersama teman wanitanya dan pengawal peribadi mengikuti mereka – Veyron Supersports berwarna biru – nombor plat Geneva

KAQ bersama teman wanitanya dan pengawal peribadi mengikuti mereka – Veyron Supersports berwarna biru – nombor plat Geneva

4) Veyron SuperSport orange/black KAQ

Bugatti Veyron berharga US$2.6 juta – KAQ pada nombor platnya dari Geneva

Bugatti Veyron berharga US$2.6 juta – KAQ pada nombor platnya dari Geneva

6) Koenigsegg

Koenigsegg milik KAQ – nombor plat Geneva juga

Koenigsegg milik KAQ – nombor plat Geneva juga

Senarai kenderaan Khadem yang berjaya kami perolehi – para pembaca digalakkan mengemaskini dan menambahbaik senara kereta-kereta milik Khadem:

Veyron SuperSport biru karbon KAQ
Veyron SuperSport jingga/hitam KAQ
Veyron GrandSport karbon
Veyron GrandSport kelabu/keperak-perakan
Huayra karbon
BMW X6M hitam
Benz G55 AMG hitam keseluruhannya
(semuanya didaftarkan dengan plat nombor Geneva)

The Huyara, yang dilancarkan Khadem dalam tahun 2012

The Huyara, yang dilancarkan Khadem dalam tahun 2012

Khadem mungkin akan berasa lebih selesa dan lapang fikirannya setelah menjual secara lelongan pada peringkat ini. Harga kesemuanya harus menghampiri US$10 juta atau lebih.

Apa yang harus disedari bakal pembelinya adalah ‘awas’.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments