Krisis Di Abu Dhabi?

Minggu lalu di syarikat 1st Energy

Minggu lalu di syarikat 1st Energy

Sarawak Report diatu udah nemu dua iku orang ti ngatur kaul dagang 1MDB enggau wang turu Aabar (ti anak kompeni IPIC) udah diketuka ari pengawa seduai ba kompeni bukai ti endur seduai gawa sepengudah seduai ninggalka Aabar suba.

Pada minggu lalu Khadem Al Qubaisi telah dilucutkan jawatannya sebagai Pengerusi di bank First Energy, di mana syarikat Tasameem miliknya adalah pemegang utama saham di situ. Begitu juga dengan rakannya Mohamed Al Husseiny telah dipecat dari lembaga pengarah.

Ahli-ahli dalam lembaga pengarah di 1st Energy pada minggu lalu

Ahli-ahli dalam lembaga pengarah di 1st Energy pada minggu lalu

Kedua-dua mereka itu telah dimuatkan dalam laman web sebagai ahli-ahli lembaga pengarah bank itu sehingga beberapa hari yang lalu.

Namun tiada sebarang pengumuman dibuat dan tidak juga pasti sama ada Khadem telah menjual saham-sahamnya dalam bank itu, atau sama ada semua itu telah dibekukan di samping siasatan-siasatan dijalankan oleh para penguatkuasa undang-undang perbankan berhubung kehilangan wang yang amat banyak dari usahasama Aabar-1MDB. Apa yang jelas adalah kedua-dua mereka telah hilang dari lembaga pengarah bank itu dan belum ada pengganti mereka diumumkan.

Barisan pengarah yang baru – Timbalan Pengerusi yang selaku penguasa bersama dengan Khadem didapati hilang dari senarai

Barisan pengarah yang baru – Timbalan Pengerusi yang selaku penguasa bersama dengan Khadem didapati hilang dari senarai

Kedua-dua Khadem dan Al Husseiny telah dipecat dari Aabar dan tugas-tugas mereka dalam IPIC pada tahun lalu, berikut berlakunya beberapa penyelewengan yang dikaitkan dengan kehilangan berbillion-billion dollar dari 1MDB, di mana Aabar telah melaksanakan beberapa urusniaga bon pada usahasama itu.

Hilang – tiada lagi nama Husseiny dalam senarai itu

Hilang – tiada lagi nama Husseiny dalam senarai itu

Kedua-dua lelaki iyu diketahui sebagai mempunyai hubungan rapat dengan peniaga muda dan penasihat Jho Low dan juga dengan Perdana Menteri Malaysia, Mohd Najib Abd Razak.

Al Husseiny juga mendakwa dirinya sebagai pembiaya berjuta-juta dollar untuk pembikinan banyak filem anak tiri Najib, Riza Aziz.

Penjawat awam bergaji bulan itu tetap belum menjelaskan bagaimana dia mempunyai akses pada sejumlah dana yang amat besar.

Hari-hari kegembiraan dalam bulan Mac 2013 – Al-Husseiny (kiri) dan Al-Qubaisi (ke-dua dari kiri) berjabat tangan pada suatu usahasama dengan Pengerusi 1MDB Loden Wok Kamaruddin, yang telah dicabar untuk berundur dari 1MDB kerana wang yang dipinjam dari dana Bekas Parajurit oleh 1MDB (Lodin adalah ahli Lembaga Pengarah pada kedua-dua organisasi itu) – PM Najib Razak memerhatikan

Hari-hari kegembiraan dalam bulan Mac 2013 – Al-Husseiny (kiri) dan Al-Qubaisi (ke-dua dari kiri) berjabat tangan pada suatu usahasama dengan Pengerusi 1MDB Loden Wok Kamaruddin, yang telah dicabar untuk berundur dari 1MDB kerana wang yang dipinjam dari dana Bekas Parajurit oleh 1MDB (Lodin adalah ahli Lembaga Pengarah pada kedua-dua organisasi itu) – PM Najib Razak memerhatikan

Khadem, yang telah menerima masuk lebih setengah billion dollar ke dalam akaun bank Luxembourgh daripada dua buah syarikat milik Jho Low, menurut siasatan yang dijalankan oleh blog ini, telah dipecat dari jawatannya dalam IPIC dalam bulan April 2013, tepat pada masa 1MDB sedang berusaha membayar balik pinjaman-pinjaman pelbagai bank.

Al-Huseeiny masih kekal pada jawatannya beberapa minggu lebih lama dan salah satu peranannya terakhirnya adalah memeterai perjanjian usahasama dengan 1MDB untuk Aabar untuk memikul hutang-hutang (berjumlah sehingga US$1 billion) sehingga bulan Jun 2016.

Al-Husseiny membuat perjanjian yang menjadi suatu bebanan untuk Aabar, yang memaksa mereka membayar balik pinjaman untuk mengapungkannya.

Pihak di sebelah Abu Dhabi telah menjadi marah.

First Energy Bank merupakan pemain utama di Abu Dhabi. Pada tahun lalu Sarawak Report telah mendapati bahawa Khadem, menerusi syarikatnya Tasameem Real Estate Co LLC (sebuah usahasama antaranya dengan saudaranya, Saeed bin Butti Qubaisi) merupakan pemegang utama saham-saham, diikuti pihak Pelaburan Libya.

Saham-saham yang telah dibekukan?

Saham-saham yang telah dibekukan?

Jika, seperti dipercayai sebagai kesnya, ramai dari kalangan penjawat awam berkedudukan tinggi yang telah mengumpulkan banyak asset yang kini dibekukan, bank ini dan juga syarikat-syarikat lain, seperti Zaya Resort (juga dimiliki bersama dengan saudaranya) akan menghadapi kesukaran yang sama.

Usahasama antara 1MDB Malaysia dengan kenalan-kenalan mereka di Aabar telah menyebabkan pening kepala yang serius bagi negara Emiriyah itu sama seperti Kuala Lumpur juga.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments