Laman Last Minute (Speech).com – Najib Tiba-Tiha Muncul dalam Forum Jeddah!

Apabila diumumkan pada hari Isnin 29hb Februari lalu Najib telah pergi selama 4 hari ke Arab Saudi untuk lawatan kerja dan dijangka akan “menyampaikan ucaptamanya” di Forum Ekonomi Jeddah hari ini 1hb Mac, tercetus suatu kejutan di kalangan umum.

Lagipun, inilah kali pertama setiap orang mengetahui tentang rancangan ini.

Banyak pihak telah mencari maklumat tentang forum itu, sebuah acara komersil untuk menambah dana dari para penyumbang dan penonton yang hadir, tetapi nama Najib tidak disebut langsung.

Kunjungan ini telah dibangkitkan dalam beberapa komen di Malaysia. Selama ini jika PM diminta untuk bercakap di khalayak rama, mengapakah dia tidak disebut sebagai merasmikan acara itu?

Tiba-tiba Najib muncul pada 1hb Mac

Tiba-tiba Najib muncul pada 1hb Mac

Dengan tiba-tiba pada hari ini 1hb Mac ucapan yang dijangkakan dari Najib telah digesa untuk mendapat giliran ke-dua dalam senarai yang diiklankan itu!

Pada 29hb Februari … tiada Najib …

Pada 29hb Februari … tiada Najib …

Tiba-tiba pada hari berikutnya, Selasa, Najib muncul sebagai pengucap ke-dua!

Adakah Najib bukan seorang yang dikenali sehingga forum Arab gagal menyelitkan namanya dalam forum itu dan bahwa mereka perlu diingatkan?

Atau adakah dia, setelah menghadapi beberapa siri persoalan yang mengaitkan Wall Street Journal yang kini mengesahkan laporan-laporan terkini dalam Sarawak Report bahawa terdapat lebih US$1 billion yang kononnya sebagai derma pernah berada dalam akaun bank Najib (selain US$681 juta yang diakuinya sebelum ini) maka PM yang telah hilang arah itu memerlukan pengalih pandangan di luar negara?

Lagi pun Najib enggan memberikan responsnya pada beberapa siti tuduhan WSJ berhubung 1MDB, yang mereka terbitkan pada hari Selasa lalu.

Ini termasuk maklumat bahawa US$2.4 billion telah dibayar dari 1MDB, yang seharusnya dibayar kepada ‘rakaniaga’ mereka Aabar dari Abu Dhabi, tetapi telah diselewengkan kepada syarikat palsu BVI yang mempunyai nama yang hampir serupa, yang kemudiannya diketahui telah memasukkan wang itu ke dalam akaun Najib di KL.

WSJ, menurut konvensyen, seharusnya mengemukakan persoalan mereka kepada Najib berhubung maklumat yang memalukan ini dua tiga hari sebelum ini – mungkin sebelum minggu lepas.

Raja Arab Saudi nampaknya begitu sibuk untuk bertemu dengan Najib … dia bertemu Duta Itali pada hari Selasa

Raja Arab Saudi nampaknya begitu sibuk untuk bertemu dengan Najib … dia bertemu Duta Itali pada hari Selasa

Adakah itu yang menyebabkan Najib bergegas balik ke Arab Saudi dengan alasan bahawa dia mempunyai ucapan penting untuk disampaikan?

Pada hari ini para wartawan yang ingin bertanyakan soalan-soalan diberitahu bhawa Najib masih terlalu sibuk untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Terdapat beberapa andaian bahawa agen-agen Najib percaya bahawa mereka sedang semakin berjaya memujuk pegawai-pegawai kananArab Saudi untuk mereka-reka kenyataan bahawa “derma” untuk Najib itu datangnya dari sumber-sumber Arab Saudi.

Mungkin Najib berharap bahawa dengan turun sendiri ke padang akan membolehkan dirinya mengukuhkan cerita rekaannya, sebagai balasannya untuk hadir menyembah ke bawah duli di Arab?

Adakah tentera Malaysia sudah mendarat di bumi Yaman?

Dalam pada itu, pasangan pertama Malaysia telah menggunakan peluang kunjungan kerja itu untuk memberitahu umum bahawa mereka menghadiri sesi haji dan amal ibadat.

Dua kali dalam 6 minggu? Adakah Najib dan Rosmah telah menjadi tetamu yang menggangu di Arab Saudi?

Dua kali dalam 6 minggu? Adakah Najib dan Rosmah telah menjadi tetamu yang menggangu di Arab Saudi?

Sebaliknya, jika ada orang Arab telah bersedia untuk membuat pengumuman berdiplomasi untuk membantu Najib membersihkan imejnya, maka pendedahan oleh WSJ berhubung “derma” akan membuat mereka terhenti seketika.

Mereka mungkin akan mengakui menyumbang wang derma US$1 billion dan bukan US$681 juta.

Adakah angka ini mungkin dinaikkan dengan terdedahnya fakta-fakta yang kurang menyenangkan berhubung akaun-akaun Najib yang sukar dijelaskan.

Dalam pada itu, Sarawak Report mendapati bahawa walaupun gambar Najib diletakkan ke dalam senarai para pengucap, tiada sebarang perubahan pada program forum, yang telah gagal menyebutnya sekali dalam acara dua hari itu.

Maka, di manakah dan mengenai tajuk apakah ucaptama Najib? Akhirnya berita yang telah ditapis mengenai penampilannya di acara perasmian petang itu dikeluarkan sebelum acara utama – fuhh!

Najib berjaya mendapat slotnya untuk berucap pada malam sebelum persidangan utama dirasmikan

Najib berjaya mendapat slotnya untuk berucap pada malam sebelum persidangan utama dirasmikan

Namun, lagipun, forum ini, seperti forum-forum lain, merupakan sebuah perusahaan komersil di mana para pembiaya dikehendaki membayar penampilan diri mereka. Apa yang Najib harus lakukan pada forum itu adalah untuk mendepositkan wang tunai Malaysia untuk mendapatkan penampilan saat-saat akhir, menurut laman web itu.

Membayar untuk menjadi pembiaya dan “peluang berucap berprofil tinggi selama 5 minit” boleh anda dapatkan sebaga sebahagian dari pakej itu

Membayar untuk menjadi pembiaya dan “peluang berucap berprofil tinggi selama 5 minit” boleh anda dapatkan sebaga sebahagian dari pakej itu

Mka, sekali lagi, Najib telah mendabik dada kerana meningkatkan hubungan baik dengan pihak Arab untuk menutupi persiapan berbayar itu.

Najib sudah semestinya bekerja keras untuk mendapatkan peluang untuk mengadap Raja Arab untuk meningkatkan “hubungan baik” dengan Kerajaan Arab, namun sasarannya tidak semudah diharapkannya untuk ditemuinya seperti di Forum Ekonomi Jedah.

Dengan tahap sensitivity yang berkembang dan dengan hakikat bahawa Najib dan isterinya yang dilihat gian dengan lawatan mereka ke negara Arab itu – kali terakhir kunjungan mereka adalah enam minggu lalu.

Namun, bagi kebanyakan orang Malaysia, kunjungan selaku penghias ini mungkin harus dijadikan intipati biografi tergesa-gesa yang boleh ditemui pada entry Najib Razak dalam senarai Pengucap di Forum Jedah. Seorang pemimpin yang telah mengejutkan pandangan dunia dan telah dicemuh oleh kumpulan-kumpulan sivil dan guaman pada cubaannya menguasai tuntutan pada hak-hak asasi sivil.

Biar betul?

Biar betul?

Orang Malaysia kini mendapati sukar sama ada untuk ketawa geli hati atau menangis kesedihan.

Adakah Perdana Menteri dan para pegawai kananya gagal mengetahui impak dari tindak-tanduknya selama beberapa tahun ini, digunaka khusus untuk menjaga kedudukan politiknya?

Adakah mereka tetap akan menganggap masyarakat dunia tidak menyedari ini juga?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments