Merompak FELDA Global Ventures – Lagi Banyak Kisah Mengenai Rompakan Dana Awam Di Malaysia

Ahli politik DAP, Tony Pua telah menekankan sebuah isu yang berkembang di kalangan umum, yang membuktikan bahawa banyak wang sedang dialirkan keluar dari pelbagai dana awam utama, sama seperti apa yang berlaku pada 1MDB.

Sama seperti corak kehilangan wang dari 1MDB, yang telah melabur dalam pelbagai kepentingan perniagaan yang kurang jelas yang telah gagal mengemukakan pengauditan yang sempurna dan kemudiannya mengalami kerugian yang besar, dana seperti FELDA telah kehilangan berbillion-billion ringgit sejak beberapa tahun ini – kesemuanya itu di bawah seliaan Menteri Kewangan Mohd Najib Bin Abdul Razak.

Apakah, soal Pua, yang sedang berlaku?

Nilai saham para pekebun kecil selaku pemegang saham telah hilang begitu sahaja berikutan kecuaian berjenayah yang disengajakan

Nilai saham para pekebun kecil selaku pemegang saham telah hilang begitu sahaja berikutan kecuaian berjenayah yang disengajakan

Para penyiasat telah memberitahu Sarawak Report bahawa jentera pelaburan FELDA iaitu FELDA Global Ventures kini sudah jatuh miskin setelah berbillion-billion ringgit digunakan untuk pembelian asset yang terlebih nilaian, disyaki untuk memperkayakan pihak-pihak ketiga menggunakan wang simpanan para pekebun kecil, termasuk puluhan ribu orang pekebun kecil yang dipaksa melabur oleh kerajaan.

Perbelanjaan boros oleh FGV dapat dikesan menerusi rekod-rekod awam, sebagaimana dianalisa oleh Tony Pua dalam sidang medianya hari ini.

Ini bermakna para pelebun kecil FELDA yang bergantung penuh pada nilai simpanan mereka telah sebenarnya dirompak sehingga 66% dari pendapatan persaraan mereka, dengan banyak lagi pelaburan yang merugikan yang boleh menyebabkan kejatuhan nilai pelaburan.

Pua menunjukkan bahawa semua wang yang dilaburkan itu kini telah hilang begitu sahaja. Aspek yang merisaukan adalah kepentingan yang bersifat kurang jelas yang diceburi oleh pihak pengurusan FGV untuk melaburkan berbillion-billion ringgit yang diuruskan bagi pihak pelabur yang kecil-kecil.

CEO Emir Mavani adalah bekas pegawai dalam Jabatan Perdana Menteri dan merupakan orang-orang Najib

CEO Emir Mavani adalah bekas pegawai dalam Jabatan Perdana Menteri dan merupakan orang-orang Najib

Dengan kurangnya kawalselia ke atas usahasama yang diceburi itu maka banyak wang telaj dicurahkan ke dalam syarikat-syarikat yang tidak berpotensi menguntungkan, kerana tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan wang sogokan yang banyak.

Keputusan untuk melaburkan US$680 juta merupakan suatu tindakan yang mengejutkan di mana ianya membabitkan sebuah kepentingan perladang milik Eagle Plantation dari Indonesia milik Peter Sondakh, seorang kroni kepada PM Najib, dibeli sehingga tiga kali ganda nilai pasarannya.

Nilai saham FELDA telah jatuh menjunama dalam beberapa tahun yang lalu, tetapi para pengurus yang menerima pendapatan yang terlampau tinggi telah melarikan ratusan juta ringgit dalam saku mereka!

Pengerusi Mohd Isa Samad – ahli politik UMNO yang digantung dalam tahun 2003 kerana ‘politik wang’ – pilihan yang tepat bagi Najib untuk menyelia dana dalam FELDA!

Pengerusi Mohd Isa Samad – ahli politik UMNO yang digantung dalam tahun 2003 kerana ‘politik wang’ – pilihan yang tepat bagi Najib untuk menyelia dana dalam FELDA!

Dan siapa lagi yang akan mendapat faedah dari keputusan-keputusan itu – secara kebetulannya bahawa para pengurus utama dalam FELDA adalah para kroni UMNO dan mempunyai hubungan rapat dengan Najib dan isterinya.

Selain dikendalikan orang-orang perniagaan, FELDA dikendalikan oleh ahli-ahli politik dan pegawai-pegawai kerajaan yang pernah bertugas dalam jabatan Perdana Menteri.

Sama seperti dengan 1MDB, keputusan ke atas FELDA dan anak-anak syarikatnya dikawal sepenuhnya oleh PM/Menteri Kewangan, yang telah sekian lama mempunyai nafsu untuk memerah hasil orang lain dan menyimpan untuk dirinya di luar negara.

Pembelian perladangan Eagle High dari Indonesia telah sebenarnya terhenti, terima kasih pada bantahan orang ramai, di mana FGV kini bersetuju untuk membayar untuk syarikat itu.

Tanpa diragui para pengurus FGV sangat gembira untuk meminjam wang – lagipun yang membayar balik pinjaman diletakkan di bahu para pekebun kecil, di samping mereka yang terbabit dengan Eagle High Plantations akan menyaksikan aliran masuk wang ke dalam akaun-akaun bank mereka.

Namun, walaupun urusniaga dengan Eagle High Plantations sudah dibekukan, Pua menunjukkan bahawa FGV telah terikat untuk menjelaskan wang muka urusniaga itu sebanyak US$170 juta yang tidak boleh ditarik balik.

Dengan sifat dan sikap para pengurus sebuah syarikat awam yang sanggup membazirkan wang para pekebun kecil, apakah harapan mereka untuk mengambil balik wang mereka, yang mereka perolehi dari kerja keras mereka itu?

Jawapannya, tidak.

Sememangnya di negara-negara yang ditadbirurus dengan sempurna, kegagalan para pengurus untuk melaksanakan tanggungjawab mereka akan didakwa kerana dituduh cuai.
Pua telah menunjukkan rancangan FGV yang terkini, untuk melabur dalam sebuah kepentingan perladangan kacang tanah yang didaftarkan di Cayman Islands.

Namun syarikat itu, menurut Pua, belum lagi menerbit laporan-laporan kewangan mereka sejak 2013 lagi!

Lembaga pengarah yang penuh dengan orang-orang pilihan Najib – mudah bagi Najib untuk memberikan arahannya

Lembaga pengarah yang penuh dengan orang-orang pilihan Najib – mudah bagi Najib untuk memberikan arahannya

Dalam kes 1MDB, adalah jelas bagai mana wang awam yang dipinjam disalurkan ke akaun-akaun para kroni dan syarikat-syarikat pilihan, dan akaun-akaun bank, yang dikaitkan dengan Najib.

Apakah bezanya dengan situasi yang dialami oleh para peneroka dan pekebun kecil FELDA?

Corak dan polanya sudah ditetapkan sedemikian dan hanya seorang lelaki (dan isterinya) yang mengawal semua yang dikendalikan di Malaysia, terima kasih pada system parti berklien dan pemusatan kuasa ke tangan seorang pemimpin.

Jenayah rompakan yang terurus? Lelaki yang menguasai segalanya adalah Najib Razak

Jenayah rompakan yang terurus? Lelaki yang menguasai segalanya adalah Najib Razak

Jika Najib tidak menghendakkan pelaburan yang merugikan itu, ianya tidak akan berlaku.

Apa yang menghantui perasaan orang-orang Malaysia kini adalah bagai mana rompakan ke atas dana awam dilakukan oleh golongan orang yang memerintah yang dipertanggungjawabkan mengawal selia dana-dana itu.

Ini bermakna wang simpanan dan wang pencen rakyat Malaysia yang telah bekerja keras menghadapi risiko yang tinggi, atau sebenarnya telah hilang dicuri menerusi taktik-taktik terurus.

Apa yang menjadi lebih jelas kini bahawa 1MDB digunakan untuk membiayai kempen-kempen pilihanraya berada pada kedudukan yang membimbangkan, yang telah dikendalikan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Najib Razak.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments