Seorang Lagi Tokoh Perbankan Singapura Lucut Jawatan – Lagi Dikaitkan Dengan 1MDB!

Ketua Bank BSI bagi Swiss Asia di Singapura telah mengumumkan pada pagi ini telah mengumumkan bahawa dia telah membuat keputusan untuk bersara.

Pengumuman itu dibuat berikutan pendedahan penuh sebuah akhbar tempatan di Lugano berkenaan pembabitan bank itu dengan Jho Low, 1MDB dan wang yang dikaitkan dengan usahasama PetroSaudi dalam tahun 2009.

BSI telah dibeli oleh sebuah kepentingan perbankan Switzerland, EFG, bank yang sama yang telah menebus perniagaan Falcon Bank di Hong Kong pada tahun 2014, yang sekali lagi mengakibatkannya terjerumus ke dalam kancah skandal 1MDB yang berlarutan itu.

Kos di segi denda yang tinggi pada salahlaku BSI yang bersekongkol dengan akaun-akaun Jho Low, yang merupakan urusan sumbang dengan orang politik yang didedahkan, telah mengganggu penebusan semula itu pada minggu-minggu lalu.

Lagipun, sebuah kes mahkamah yang telah diliputi oleh Sarawak Report dan media lain, yang membabitkan pemecatan Yak Yew Chee, yang telah mengendalikan akaun-akaun Jho Low dan mereka yang lain dalam 1MDB, Aabar PJS Ltd dan juga SRC, telah menunjukkan dokumen-dokumen tentang bagaimana langsungnya HansPeter Brunner telah menggalakkan tindakan-tindakan Yak.

Tim Leissner, telah dipanggil ke mahkamah oleh Jabatan Peguam Negara

Tim Leissner, telah dipanggil ke mahkamah oleh Jabatan Peguam Negara

HansPeter Brunner telah menyertai para pengarah bank yang lain yang telah dikenakan tindakan kerana telah didedahkan bersekongkol dengan 1MDB.

Pada pagi ini telah didedahkan bahawa bekas ketua dalam Goldman Sachs ‘Dr’ Tim Leissner telah disabpina oleh Jabatan Peguam Negara US untuk memberi bukti berkenaan 1MDB. Dia juga telah meletak jawatannya pada bulan lepas.

Seorang CEO di AmBank KL yang dipinjamkan dari ANZ juga telah meletak jawatannya pada tahun lalu pada alasan-alasan yang tidak didedahkan. Bank utama Australia itu telah didenda oleh Bank Negara Malaysia, kerana alasan yang tidak didedahkan.

Ini telah menyebabkan CEO dan CFO AmBank, Mandy Simpson, juga dipinjamkan dari ANZ, menghadapi tekanan untuk menjelaskan bagaimana bank itu telah membenarkan pengaliran wang berbillion-billion dollar masuk dan keluar dari akaun milik Perdana Menteri Malaysia?

Mandi Simpson telah dipinjamkan dari ANZ pada bulan Mei 2012… tidakkah dia sedar perpindahan wang dalam bulan Ogos berjumlah US$620 juta dari akaun PM Najib ke Singapura? Dia telah menjadi tokoh paling kanan dalam bank itu semenjak 2012 apabila jumlah wang itu dimasukkan.

Mandi Simpson telah dipinjamkan dari ANZ pada bulan Mei 2012… tidakkah dia sedar perpindahan wang dalam bulan Ogos berjumlah US$620 juta dari akaun PM Najib ke Singapura? Dia telah menjadi tokoh paling kanan dalam bank itu semenjak 2012 apabila jumlah wang itu dimasukkan.

Dalam pada itu, di Luxembourgh, Marc Ambriosien, bekas CEO dalam Edmond de Rothschilde Banque Privee, juga telah meletak jawatan berikutan pendedahan yang dibuat Sarawak Report mengenai pembabitannya mengendalikan lebih setengah billion dollar ke dalam akaun seorang lagi yang ada kaitan dengan 1MDB, iaitu Khadem Al Qubaisi, bos Aabar dari Abu Dhabi.

Marc Ambroisien – bukan lagi Ketua Eksekutif dalam BPERE

Marc Ambroisien – bukan lagi Ketua Eksekutif dalam BPERE

Seperti yang telah diperincikan oleh Sarawak Report bagaimana HansPeter Brunner telah didedahkan kerana dwi pembabitannya, dengan jawatannya sebagai bekas pegawai dalam bank Coutts di Singapura.

Bagaimana Brunner berceritakan tentang dirinya dan banknya dalam Linked In

Bagaimana Brunner berceritakan tentang dirinya dan banknya dalam Linked In

Peguam PetroSaudi Tim Buckland dan pasukannya dari White and Case telah mendakwa bahawa syarikat Good Star Ltd itu dimiliki oleh PSI

Peguam PetroSaudi Tim Buckland dan pasukannya dari White and Case telah mendakwa bahawa syarikat Good Star Ltd itu dimiliki oleh PSI

Terdapat isu-isu kepatuhan yang jelas yang menyukarkan para pegawai dalam BSI pada masa itu dan akhirnya Good Star sebaliknya telah membuka akaun banknya di RBS Coutts di Zurich, walaupun jelas terdapat rasa risau pada kepatuhan di kalangan para staf di Coutts Zurich juga.

Para peguam yang mewakili PetroSaudi telah mengisytiharkan dalam surat-menyurat yang berkaitan ini bahawa Good Star adalah anak syarikat mereka dan bahawa bayaran US$700 juta itu adalah untuk memuaskan “pinjaman” yang diberipinjam kepada syarikat induk, yang telah dipersetujui tanpa kepercayaan yang dibayar sebagai sebahagian dari perjanjian usahasama itu.

Kemudian peguam yang mengetuai pasukan itu, seorang warga Britain Tim Buckland, seterusnya telah meninggalkan White & Case dan menjadi seorang pengarah dalam PetroSaudi.

Namun, dokumen-dokumen pengkorporatan yang telah dilihat oleh Sarawak Report menunjukkan bahawa semua itu adalah suatu penipuan. Nombor bank akaun 11116073 dalam Coutts milik Good Star Ltd dan bukan PetroSaudi, sebagaimana terdapat dalam emel-emel yang dihantar oleh Shahrol Halmi dari 1MDB di masa yang sama

Shahrol Halmi telah memberitahu para eksekutif bahawa pemilik akaun itu adalah Good Star dan Jho Low (yang telah diberikan salinan emel) kemudiannya menulis kepada PetroSaudi untuk meyakinkan pengarahnya Patrick Mahony bahawa semuanya akan ‘diselesaikan’

Dokumen-dokumen Good Star mendedahkan bahawa syarikat itu telah dikorporatkan hanya beberapa minggu terdahulu di Seychelles dengan Jho Low didaftarkan sebagai pemegang tunggal saham-saham dan pengarahnya.

Dokumen-dokumen yang sama juga menyatakan bahawa Coutts & Co Ltd (cawangan Singapura) sebagai klien utama kepada Good Star, dengan membayangkan bahawa pegawai-pegawai dalam bank itu terbabit dalam penubuhan syarikat itu dan mungkin menyedari bahawa Jho Low merupakan pemilik dan pewaris syarikat itu.

Pada masa itu HansPeter Brunner merupakan bos dalam Coutts Singapura.

Namun pada bulan berikutnya pegawai bank dari Switzerland ini telah meletak jawatannya. Dia telah berpindah bersama-sama 70 orang lagi kakitangan utama Coutts Singapura ke BSI Singapura, mengajak bersamanya seorang pegawa bank cemerlang, Yak Tew Chee, yang menjadi pengurus bagi akaun-akaun Jho Low.

Soalan untuk dijawab? Ketua Eksekutif di Falcon Bank, Eduardo Leeman

Soalan untuk dijawab? Ketua Eksekutif di Falcon Bank, Eduardo Leeman

Perpindahan itu masih menjadi sabjek tindakan undang-undang Antara Brunner dan bank-bank dan para penyiasat. Dalam pada itu BSI menyaksikan kebanyakan dari jumlah wang itu dimasukkan ke dalam akaun-akaun Good Star di Zurich dipindahkan ke akaun-akaun Jho Low di BSI – hanya di bawah US$530 juta.

Jho Low juga telah membuka beberapa akaun jutaan dollar untuk dirinya dan juga untuk akaun-akaun 1MDB, akaun-akaun SRC dan akaun-akaun Aabar PJS Ltd yang juga digesakan menerusi BSI, yang menjadikan Yak Yew Chee seorang pegawai bank cemerlang dan menerima pujian dari HansPeter Brunner.

Pada awal 2016 rakan sekongkol Brunner yang sama berkontroversi di Falcon Bank, Eduardo Lemann, mungkin tertanya-tanya ke manakah kemelut ini akan meninggalkannya dan urusniaganya dengan 1MDB dan perpindahan wang yang berjumlah besar dilakukan banknya ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Malaysia di KL.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments