Apakah Tujuan Najib Memberikan Satu Juta Ringgit Kepada Bustari Yusof?

Najib mengupah rakan sepermainan golfnya satu juta ringgit, menurut kertas siasatan

Najib mengupah rakan sepermainan golfnya satu juta ringgit, menurut kertas siasatan

Salah seorang lagi penerima wang tunai daripada Najib yang tidak dilaporkan, menurut kertas-kertas siasatan yang dikeluarkan rancangan Four Corners keluaran stesen penyiaran ABC Australia, adalah warga Sarawak yang berperanan sebagai penggerak dan pemacu kerjaya politik, Bustari Yusof.

Bustari telah dikatakan menerima satu juta ringgit dari wang yang telah dimasukkan ke akaun peribadi Najib dari anak syarikat 1MDB, SRC.

Rakyat Sarawak sendiri yang diberikan tangki tadahan air hujan dan mungkin wang tunai sebanyak RM50 setiap isi keluarga sebagai sogokan untuk mengundi BN pada PRN akan datang mungkin menganggap jumlah wang itu adalah banyak.

Namun jumlah itu adalah kecil bagi jutawan-jutawan seperti Najib atau Bustari Yusof. Najib mungkin belum bersedia memberikan wang dari akaunnya sendiri, maka dia menggunakan wang dari KWAP, yang dikeluarkan menerusi SRC, ke dalam akaun peribadinya.

Apa yang lebih serius dari rasa marah ini, namun, adalah sebuah bukti baharu yang diperolehi oleh Sarawak Report bahawa syarikat milik Bustari Yusof telah dijadikan oleh Najib untuk menyedut wang awam berbillion-billion, bukan sahaja dari peruntukan RM27 billion untuk projek Lebuhraya Pan Borneo, tetapi dari peruntukan untuk membiayai perkhidmatan kesihatan awam, yang baru sahaja distrukturkan semula untuk Bustari.

Rapat – Adenan dan orang kanan Najib, Bustari Yusof, yang menjadi orang tengah Adenan meraih sokongan untuk Najib

Rapat – Adenan dan orang kanan Najib, Bustari Yusof, yang menjadi orang tengah Adenan meraih sokongan untuk Najib

Peniaga Bustari Yusof merupakan salah seorang rakan karib Najib yang juga merupakan rakan sepermainan golfnya dan dia juga sentiasa mengekalkan hubungannya dengan kalangan rakan-rakan Adenan.

Bekas bendahari parti PBB ini pada mulanya telah menjadi kaya raya di bawah Taib Mahmud, dengan memperolehi konsesi pembalakan yang amat luas menerusi syarikatnya Sarako dan kontrak-kontrak besar menerusi syarikat binaannya KACC, namun kini dia mempunyai rekabentuk yang lebih besar untuk negeri Sarawak.

Saudaranya Fadillah Yusof terbabit secara aktif dalam politik dan kini memegang jawatan lumayan sebagai Menteri Kerja Raya.

Menteri Kerja Raya – kedudukan lumayan untuk Fadillah Yusof (kanan) yang sedang meletakkan orang-orangnya untuk PRN akan datang

Menteri Kerja Raya – kedudukan lumayan untuk Fadillah Yusof (kanan) yang sedang meletakkan orang-orangnya untuk PRN akan datang

Dia juga mengetuai dan membiayai Sayap Pemuda PBB di Sarawak, yang telah menjadi kubu kuatnya. Fadillah telah berjaya mengumpulkan pengikut-pengikut utama yang dipilihnya untuk dicalonkan pada PRN, yang akan memberinya pengaruh jika mereka menang.

Rancangan permainan mereka telah dapat dibaca kini, di mana Fadillah diketahui mengatur langkahnya untuk menjadi Ketua Menteri apabila Adenan berhenti nanti.

Rancangan ini sudah tentunya mendapat sokongan Najib, yang ingin mengawal Sarawak menerusi proksi-proksinya.

Sarawak Report pernah mendedahkan skandal pemberian kontrak yang besar di Sarawak, di mana Fadillah Yusof, yang selaku Menteri Kerja Raya, telah memberikan peranan “turnkey” kepada sebuah syarikat yang diuruskan oleh saudaranya sendiri, Lebuhraya Pan Borneo.

Syarikat Lebuhraya Pan Borneo Sdn Bhd milik Bustari Yusof telah dianugerahkan pernan ‘Rakan Penyampai Projek’ oleh kementerian, tanpa sebarang proses tender.

Bustari dan Adenan di majlis perkahwinan anak lelaki Bustari – apakah yang telah dilakukan oleh Ketua Menteri itu untuk menghentikan rompakan dana awam di Sarawak

Bustari dan Adenan di majlis perkahwinan anak lelaki Bustari – apakah yang telah dilakukan oleh Ketua Menteri itu untuk menghentikan rompakan dana awam di Sarawak

Namun kini dengan rompakan wang dari dana awam yang telah diketahui umum, dengan penstrukturan semula yang telah dilakukan pada peruntukan perkhidmatan sokongan hospital awam di Sarawak. Di tengah-tengah skandal itu adalah sebuah syarikat yang bernama One Medicare Sdn Bhd, yang, selepas PRU lalu telah diberikan saham utama dari bajet untuk perkhidmatan sokongan hospital.

60% dari kontrak itu kini diletakkan pada tangan Metrocare Services Sdn Bhd

60% dari kontrak itu kini diletakkan pada tangan Metrocare Services Sdn Bhd

Selaku pemegang-pemegang saham dalam One Medicare adalah syarikat induk Metrocare Services, termasuk Azmir Merican dan tiga orang dari kalangan keluarga Bustari Yusof.

Barisan keluarga Bustari Yusof

Barisan keluarga Bustari Yusof

Pengerusi dalam One Medicare, Anthony Bujang yang merupakan CEO dalam Petra Energy Bhd milik Bustari Yusof.

Orang kanan Bustari Yusof, Anthony Bujang, berada di tengah pentas ketika pelancaran suatu urusan yang baru pada tahun lalu

Orang kanan Bustari Yusof, Anthony Bujang, berada di tengah pentas ketika pelancaran suatu urusan yang baru pada tahun lalu

Maka sia[akah yang memiliki MetroCare? Nampaknya terdapat dua buah syarikat iaitu Pop Media Sdn Bhd dan OBYU Resources Sdn Bhd!

Obyu Resources, yang memegang 4/5 dari semua saham (di atas), yang tidak asing lagi bagi para pengunjung Sarawak Report, yang telah menamakan syarikat induk mereka dalam pendedahan mengenai kontrak-kontrak awam para krooni. OBYU Holdings SDn Bhd adalah syarikat pelaburan utama yang beribu-pejabat di Sarawak, yang sering menikmati faedah-faedah dari kerajaan Sarawak.

Ianya telah dikorporatkan sebaik sahaja Taib Mahmud menjawat jawatannya sebagai Ketua Menteri dalam tahun 1983 dan Bustari Yusof (telah membantunya menentang bapa saudaranya, Tun Abdul Rahman Ya’akub dalam perebutan kuasa) telah berjawatan sebagai Pengerusi Eksekutif sejak itu.

Menakjubkan – Bustari adalah pemiliknya …

Menakjubkan – Bustari adalah pemiliknya …

Ini bermakna Bustari Yusof adalah pemegang sejumlah 48% saham dalam One Medicare Services dan kontrak besarnya, yang telah diberikan untuk sepuluh tahun lagi.

Di manakah si “pejuang reformis” Adenan Satem semasa semua ini berlaku?.

Sememangnya seperti yang kita ingat bahawa Adenan telah dipilih oleh abang iparnya Taib Mahmud dan juga berkawan rapat dengan Bustari.

Sementara itu Pop Media Sdn Bhd, yang sebahagiannya dimiliki oleh SEDC, diketuai oleh Soedirman bin Ali.

Anak lelaki Najib, Norishman dan anak lelaki Bustari, Subky bergembira pada suatu majlis

Anak lelaki Najib, Norishman dan anak lelaki Bustari, Subky bergembira pada suatu majlis

Soedirman Ali telah menambat para wartawan pada awal tahun ini apabila anak perempuannya Tidia Norain berkahwin dengan anak lelaki Bustari, iaitu Subky Bustari pada sebuah majlis perkahwinan yang serba-serbi mewah, standing dengan majlis perkahwinan raja-raja.

Majlis-majlis perkahwinan itu dilangsungkan di KL dan kemudiannya ke Kuching, di mana Adenan turut diundang sebagai tetamu khas.

Pegawai strategi komunikasi Najib yang berkontroversi, Paul Stadlen duduk bersama Nooryana, anak perempuan Najib, di mana majlis perkahwinannya kemudiannya lebih mewah dari ini

Pegawai strategi komunikasi Najib yang berkontroversi, Paul Stadlen duduk bersama Nooryana, anak perempuan Najib, di mana majlis perkahwinannya kemudiannya lebih mewah dari ini

Orang-orang di dalam kumpulan ini mengatakan strategi itu adalah jelas. Najib ingin mengawal Sarawak, dengan bantuan hubungan erat Bustari dengan Adenan, namun yang lebih penting adalah hasrat untuk menggantikan Adenan dengan Fadillah Yusof nanti.

Kedudukan penting Bustari dalam lingkungan rakan-rakan Najib – juga bekas rakan karib isterinya, Rosmah

Kedudukan penting Bustari dalam lingkungan rakan-rakan Najib – juga bekas rakan karib isterinya, Rosmah

Dengan cara ini, menurut suara-suara sumbang dalam PBB sendiri, Najib akan membawa kekuasaan UMNO ke Sabah, sama seperti yang dilakukan ke atas Sabah.

Peranan penting Fadillah dalam komuniti UMNO di semenanjung Malaysia telah menjadi keresahan sesetengah penyokong BN Sarawak, yang bimbang bahawa barisan mereka akan dijadikan sebagai jentera untuk UMNO menawan negeri itu menerusi pengaruh politik Fadillah dan kubu kuat ekonomi Bustari.

Pemegang saham paling banyak adalah sebuah syarikat persendirian

Pemegang saham paling banyak adalah sebuah syarikat persendirian

Sebuah syarikat yang berselindung di sebalik sebuah lagi syarikat, yang dinamakan Fieldmart Sdn Bhd, yang dimiliki oleh dua sahabat. Seorang dari mereka adalah “pengurus perkhidmatan perbankan” dan seorang lagi menjelaskan “jawatannya” sebagai “bekas” dalam syarikat Simfoni Dua Sdn Bhd, di mana kedua-dua mereka adalah Pengarah.

Salah seorang dari pengarah syarikat Simfony Dua Sdn Bhd adalah Abdul Karim Hamzah, bekas setiausaha politik kepada Taib Mahmud yang celupar mulutnya.

Sedikit habuan untuk Karim Hamzah?

Sedikit habuan untuk Karim Hamzah?

Karim pernah didengar memberikan sokongan kepada Taib berhubung sabjek menggunakan hubungan politik untuk “terlibat dalam perniagaan” secara sampingan. Bagi Karim, tiada masalah pada percanggahan kepentingan tugas rasmi.

Tidak lagi diambil bekerja, namun masih menjadi pemegang saham?

Tidak lagi diambil bekerja, namun masih menjadi pemegang saham?

Maka, mungkin si Karim Hamzah boleh menjelaskan kepada para pengundi di Sarawak kenapa dia boleh menjadi pengarah dalam Simfoni Dua dan apakah kepakarannya dalam lapangan industrindustryan?

Kerana para pengundi harus faham bahawa inilah cara BN merancang untuk memberikan perkhidmatan di hospital awam di Sarawak untuk satu dekad lagi, menerusi kontrak lumayan yang diberi kepada Bustari.

Para pembaca juga ingin tahu bagai mana bekas Menteri Kesihatan yang juga selaku Timbalan Ketua Menteri, George Chan Hong Nam, telah menerima kontrak untuk perkhidmatan hospital, sebelum Sarawak Report menuliskan laporan mengenainya dan kemudian para pengundi telah menyingkirkannya pada pilihanraya yang lepas – Baca Di Sini.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments