Menteri Luar Arab Saudi Mengubah (Sedikit) Kedudukannya

Dalam bulan Februari tahun ini Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir, telah mengesahkan bahawa wand diterima oleh Najib Razak ke dalam akaunnya bukannya derma politik, tetapi dia difahamkan bahawa terdapat sebuah “pelaburan” oleh beberapa buah entiti di Arab Saudi.

Ini telah menambahkan masalah pada Najib Razak berkenaan sebuah cerita yang tidak berkesudahan mengenai kerabat di-Raja yang memberinya hadiah berjumlah berbillion-billion dollar.

Untuk apa wang pelaburan itu, tanya umum? Sebenarnya, pengkritik tegar, Dr Mahathir merujuk pada penafian rasmi yang terkini semalam.

Maka, kejutan adalah kejutan. Malaysia, pada hari ini telah disajikan dengan video berita yang direka, di mana pihak ketiga telah berperanan untuk ‘melepaskan’ Najib.

Pada kali ini Menteri Luar Arab Saudi yang sama telah kelihatan mengeluarkan kenyataan yang kabur di hadapan para wartawan Bernama, yang secara kebetulannya diikuti oleh kru kamera New Straits Time. Menteri Luar Malaysia, Anifah Aman, secara kebetulan juga dilihat berdiri di belakang Al-Jubier pada ketika itu.

Apabila ditanya sekali lagi mengenai ‘derma’ oleh wartawan-wartawan akhbar UMNO dia mengatakan bahawa dia ‘menyedari tentang hakikat itu’.

Maka dia telah mengeluarkan pengumuman klasik berdiplomatik, dengan tujuan untuk menutup rasa malu pada kesilapan kenyataannya bahawa sejumlah wang satu billion dollar mungkin telah didermakan.

Sebuah kerajaan luar negara yang mesra telah memberitahunya, jelasnya, dengan mengandaikan bahawa maklumatnya yang sebelum ini mungkin tidak betul.

Pihak-pihak berkuasa Malaysia kini telah membuatkannya sedar bahawa Najib telah menerima wang derma ini dan bahawa keseluruhan insiden ini telah disiasat oleh Peguam Negara yang baru, bahawa dia tidak menemui sebarang salahlaku!

Maka, dia berasa gembira bahawa tiada apa-apa yang pelik pada dirinya.

Apa yang tidak disebut oleh menteri Arab Saudi itu

Pihak kami difahamkan itulah campurtangan asing mengenai perkara itu. Menteri dari Arab Saudi tidak menyentuh tentang apa-apa lagi, kerana tidak banyak yang dia ketahui.

‘Kesedarannya’ dan kefahamannya datangnya dari saluran-saluran berdiplomasi Malaysia sendiri, maka perincian selanjutnya adalah pada mereka.

Maka, dia tidak menyebut siapakah penderma sebenarnya, sama ada dari pihak Arab Saudi atau sebaliknya.

Apa yang harus disebut oleh Adel Al-Jubier adalah mungkin penderma itu adalah 1MDB atau Donald Trump – satu billion dollar, itu sahaja. Dia jelas tidak tahu dan sebelum dia ‘disedarkan’ dia sememangnya menganggap perkara itu sebagai bukan urusannya,
Namun, sandiwara ini sama seperti mengheret orang-orang seperti Sirul, Lester dan Selvi ke dalam insiden ini. Mungkin Menteri Luar Arab Saudi itu akan berasa kecewa apabila keseluruhan jaringan wang itu akan didedahkan dan campurtangan asingnya akan dibuktikan sebagai telah mengelirukan umum.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments