Syarikat Penjualan Senjatapi Milik Ketua Polis Negara Khalid Di KL! EKSKLUSIF UTAMA

Wanita itu boleh mencadangkan kepada kami sepucuk Glock, kata seorang pembanyu jualan di kedai Nilai Arms & Ammunition (NAA) pada minggu ini.

Syarikat di KL itu memaparkan pelbagai jenis senjatapi terbaik, dan kami menjelaskan bahawa kami sedang mencari sesuatu senjatapi yang sesuai untuk ‘pengawal peribadi’ kami.

NAA mempamerkan pelbagai jenis senjatapi untuk dijual, sama ada untuk tujuan berburu dan senjatapi yang sama digunakan oleh samseng-samseng untuk membunuh.

Senjatapi merbahaya – pilihlah yang mana anda suka

Senjatapi merbahaya – pilihlah yang mana anda suka

Seperti dicadangkan namanya, Nilai Arms & Ammunitions sememangnya menjual pelbagai jenis peluru.

Peluru senapang patah!

Peluru senapang patah!

Di Malaysia, pemilikan senjatapi amatlah terhad. Laman web NAA menjelaskan bahawa untuk memohon untuk memiliki senjatapi, seseorang itu harus mendapat kebenaran dari Ketua Polis Daerah, Negeri dan Ketua Polis Negara sendiri.

Terjemahan Google Translate yang turut dihubungkan oleh laman web NAA

Terjemahan Google Translate yang turut dihubungkan oleh laman web NAA

Namun, beberapa orang yang merasa takut dan kecewa telah memberitahu Sarawak Report, kerana menurut mereka, bahawa jika seseorang ingin mendapatkan kebenaran tanpa banyak kerenah, maka mereka boleh membeli mana-mana senjatapi terus dari syarikat itu.

Bagaimana?

Sarawak Report telah menyiasat rekod-rekod NAA, yang didaftarkan di KL. Sejumlah besar saham-saham NAA dimiliki oleh seorang wanita muda yang lahir dalam tahun 1984.

Juwiza Binti Khalid adalah anak perempuan kedua Ketua Polis Negara (IGP), Khalid Abu Bakar.

Anak perempuan IGP Khalid merupakan pemilik saham-saham utama dalam NAA, yang ditubuhkan dalam tahun 2012 sebaik sebelum Khalid dilantik ke jawatan IGP

Anak perempuan IGP Khalid merupakan pemilik saham-saham utama dalam NAA, yang ditubuhkan dalam tahun 2012 sebaik sebelum Khalid dilantik ke jawatan IGP

Orang-orang kenamaan di Malaysia tidak asing lagi mengenai percanggahan kepentingan tugas, namun yang ini adalah menakjubkan!

Pada hakikatnya, seorang lelaki yang bertanggungjawab memelihara undang-undang di dalam negaranya, dan mengawal segala bentuk pengeluaran permit senjatapi, sebenarnya memiliki sebuah syarikat menjual senjatapi.

Pejabatnya di KL

Pejabatnya di KL

Nampaknya Khalid menjalankan kerjanya untuk memburu para penjenayah yang merbahaya, dan di sebelah petangnya akan meluluskan permit-permit pembelian senjatapi yang lumayan (yang dijual dari kedainya).

Khalid menjadi lebih kaya dengan adanya bandar-bandar menjadi semakin merbahaya, dan rakan-rakannya yang bersara akan merasa bersyukur kerana mereka boleh menyambung kerjaya mereka sebagai pengawal-pengawal peribadi.

Namun, bagaimana mereka yang tidak mampu mengupah pengawal-pengawal peribadi, namun siapakah yang membayar cukai untuk menggaji IGP dan orang-orangnya itu?

Itulah sebabnya orang-orang yang berjawatan awam diharuskan mengelakkan diri terbabit langsung dengan percanggahan kepentingan, sama ada mereka memegang apa-apa jawatan atau meletakkan anak-anak mereka dalam syarikat mereka.

Stelah kami memohon bantuan lanjut serta maklumat mengenai senjata jenis Glock (dan permitnya) pembantu jualan di kedai itu memberikan nombor telefon “bosnya”, yang dia namakan sebagai Haji Mohd Isa. Orang itulah yang seharusnya kami temui.

Pemegang lain saham-saham dalam NAA adalah seorang ketua kampung dari daerah kelahiran IGP Khalid, sebaya dengan Khalid sendiri!

Pemegang lain saham-saham dalam NAA adalah seorang ketua kampung dari daerah kelahiran IGP Khalid, sebaya dengan Khalid sendiri!

Haji Mohd Isa bin Husin merupakan pemegang saham di samping anak perempuan Khalid sendiri.

Haji Mod Isa adalah seorang ketua di Kampung Gebok, daerah Mantin di Negeri Sembilan, sama kawasan dengan Nilai.

Bolehkah kita mengambil kira ianya suatu kebetulan bahawa IGP Khalid Abu Bakar dilahirkan di Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan sama pada tahun 1957 dengan ketua kampung ini?

Sesiapa saja boleh meneka bahawa kedua-dua rakan karib sekampung ini telah menuntut di sekolah yang sama, dan pergi berburu bersama!

[Dikemaskini – SR kini telah difahamkan bahawa hubungan mereka berdua itu adalah lebih dekat, di mana Mohd Isa bin Husin adalah adik ipar kepada IGP Khalid Abu Bakar]

Namun kami tidak dapat menyemak sepenuhnya kerana Mohd Isa tidak menjawab panggilan telefon kami.

IGP Khalid bin Abu Bakar telah dilantik pada bulan Mei 2013, setahun selepas dia menubunhkan syarikatnya, dan terbukti amat berkontroversi, kerana dia juga memfokuskan pada kegiatannya membicarakan pejuang-pejuang kemanusiaan dan kebebasan bersuara, selaras dengan keutamaan kerajaan sekarang yang melindungi kedudukan Perdana Menteri Najib Razak berhubung banyak perkara.

Tidak ragu-ragu lagi

Tidak ragu-ragu lagi

IGP Khalid telah menubuhkan unit khas terdiri dari lima orang anggotanya untuk mengawasi Tweeter untuk memantau “kemungkinan wujudnya fitnah”, dan pada minggu lepas dia telah menahan seorang ahli parlimen di perkarangan parlimen kerana MP itu mengakui telah membaca dokumen rahsia berhubung rasuah dalam 1MDB.

IGP Khalid juga telah dicemuh kerana menyokong kes penembakan 21 das oleh seorang anggota polis ke atas seorang budak lelaki berunsia 15 tahun.

IGP Khalid kini digolongkan sebagai sekumpulan orang-orang kenamaan dalam kerajaan bersama-sama AG Apandi Ali kerana melindungi Perdana Menteri Najib, yang semakin lemas dalam longgokan bahan bukti rasuah berhubung 1MDB.

Apakah peluang untuk mengambil tindakan ke atas ‘perniagaan sampingan’ IGP Khalid bin Abu Bakar ini?

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments