Adakah Ianya Lebih Haram Mencuri US$7 Billion Atau Mencuri Pilihanraya Rakyat?

Najib Razak tidak pernah menunjukkan sedikitpun tanda-tanda bahawa di risau dan runsing mengenai kemerosotan maruah kerana melakukan kesalahan-kesalahan ini dan justeru itu dia kelihatan amat gembira dengan ‘kemenangannya’, di samping Adenan dan semua taiko pembalakan Taib

Dalam pada itu, calon pembangkang seperti Elia Bit tertanya-tanya bagaimana BN sentiasa mendahului penghitungan undi sepanjang petang semalam … sehingga ke peti undi yang terakhirpun berisi undi-undi BN?

Mungkin adakah tetap relevan kerisauan seperti yang disuarakan oleh NGO Bersih?

Pihak NGO itu ingin tahu mengapakah kehadiran rasmi pengundi yang direkodkan sebagai rendah sepanjang hari, telah secara tiba-tiba melonjak dari 52% semasa pengundian berakhir kepada 70% semasa pengumuman dibuat pada waktu tengah malam itu?

Teruskan Najib … dan jangan lupa pada bonus-bonus yang anda janjikan kepada orang-orang SPR. Dalam pada itu, dunia dan Malaysia tetap tidak akan mempercayai sepatahpun kata-kata anda itu.

Najib dan 1MDB tiada kena-mengena dengan Sarawak, dakwa Adenan – namun Najib tetap berada di sana semasa ‘kemenangan’ diumumkan

Najib dan 1MDB tiada kena-mengena dengan Sarawak, dakwa Adenan – namun Najib tetap berada di sana semasa ‘kemenangan’ diumumkan

Sememangnya, parti-parti pembangkang sering bertelagah untuk mendapatkan bahagian mereka dan harus dipersalahkan kerana gagal mengawal keadaan. Namun, pemimpin mereka telah disumbatkan ke dalam penjara dan itulah akibatnya kerana tiada kepimpinannya, kerana Najib telah menghumbankan Anwar sedemikian.

Begitu juga dengan media. Berita panas sepanjang kempen ini, adalah pembelian undi, pensempadanan semula untuk memenangi pilihraya dan sebagainya.

Namun dengan pilihan-pilihan akses pada media yang seharusnya, media di Malaysia bertindak menyiarkan berita seolah-olah pilihanraya ini adalah asli, bersih … dengan menyiarkan analisa keputusan pilihanraya seolah-olah rakyat telah benar-benar dan bijak memilih dasar dan personaliti-personaliti kegemaran mereka, bukan “politik wang”.

Diusir kerana bertanyakan soalan-soalan yang tidak popular

Diusir kerana bertanyakan soalan-soalan yang tidak popular

Di penghujung minggu pilihanraya, terdapat seorang kru berita luar negara yang telah mencuri persembahan.

Wartawa berita untuk Channel 4 dari UK telah berjaya membuat liputan dan hampir merumuskan apa yang sebenarnya telah berlaku dan apabila mereka hampir mendapatkan sidang media ‘kemenangan’ untuk bertanyakan mengenai pengendalian pilihanraya ini dan juga mengenai skandal rasuah 1MDB, yang dilihat sebagai sumber pembelian undi kamli ini, mereka telah diusir keluar ari tempat itu.

“Bagaimana anda boleh mengharapkan untuk meliputi pilihanraya ini jika anda tidak ada akreditasi?” adalah merupakan cabaran-cabaran berulang dari seorang wartawan wanita yang dibenarkan dalam rakaman video yang telah diviralkan. Wartawa wanita itu sedar bahawa wartawan asing itu sememangnya sedang membuat liputan pilihanraya, tetap wartawan wanita itu hanya mempunyai akreditasi.

Maka kapten Najib merancang untuk meneruskan, dengan menutup lubang-lubang pada bahtera di sepanjang rebut yang direkanya sendiri.

Di keadaan yang lain pula, hutang tertunggak 1MDB berjumlah berbillion-billion dollar akan menjadi matang pada hari Rabu 11hb Mei ini. 1MDB telah mengatakan mereka tidak akan menjelaskannya secara “berprinsip”, namun sebenarnya mereka sememangnya tidak mampu menjelaskannya.

Dalam pada itu pihak penguatkuasa Singapura sedang mengumpil keluar kaki-kakitangan BSI bagaimana mereka memindahkan berbillion-billion dollar wang Najib dari akaun mereka di Hong Kong berikutan PRU ke-13 lalu.

Kemudian Malaysia akan menghadapi dua buah lagi pilihanraya kecil berikutan kematiandua orang MP UMNO, akibat nahas helicopter sepanjang kempen PRK Sarawak baru-baru ini. Kedua-dua kerusi itu adalah kerusi kerajaan persekutuan – sudah pastinya Najib tidak dapat menghalang kehadiran pihak pembangkang di sana.

Atau adakah Najib akan melakukannya? Adakah dia akan menggantung pilihan-pilihanraya kecil menggunakan beberapa alasan atau mungkin akan mereka-reka cerita mengenai serangan pengganas. Tiada siapa akan tahu apakah rancangan Perdana Menteri yang telah tercemar ini dan gerombolan penyangaknya untuk mengelak dari berdepan dengan akibatnya?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments