Lebih Ramai Lagi Pembantu Luar Negara Jho Low Kini Merasa Tersepit – Bank Coutts Zurich Disoalsiasat

PetroSaudi, kami telah menegaskan sebuah anak bank Zurich di Britain sebagai bank yang mempunyai perkaitan, RBS Coutts, sebagai berada di tengah-tengah skandal 1MDB itu.

Bank RBS Coutts, yang telah membantu dalam usaha pemindahan wang berjumlah US$700 juta ke dalam akaun Good Star Limited ke dalam cawangannya di Zurich pada 29hb September 2009 dari 1MBD.

Ini berlaku walaupun setelah berkau pertukaran perbualan bersifat gelabah antara pegawai kepatuhan bank dan Deutsche Bank yang menaungi akaun 1MDB, kerana pihak RBS Coutts mengatakan mereka tidak dapat mengenalpasti siapakah pemilik pewaris akaun itu. Perhubungan itu telah diemelkan secara rahsia daripada CEO 1MDB ketika itu, Shahrol Halmi, kepada para pengarah PetroSaudi, dan disalinkan kepada Jho Low, yang mengirimkan kembali kepada rakan-rakan konspirasinya di PetroSaudi supaya tidak merasa bimbang, kerana menurutnya, keadaan akan pulih seperti sediakala.

Pemilik syarikat Good Star Limited, Jho Low, berpesta bersama-sama artis Paris Hilton selepas kecurian pada 1MDB

Pemilik syarikat Good Star Limited, Jho Low, berpesta bersama-sama artis Paris Hilton selepas kecurian pada 1MDB

Jho Low merupakan pemilik akaun itu, bermakna bahawa Coutts berurusan dengan orang dedahan politik yang utama, kerana peranannya sebagai penasihat rasmi kepada Perdana Menteri dan juga pemudahcara dalam usahasama itu.

Maka dengan penuh sangsi seperti mana pindahan wang di mana-mana bank yang melibatkan jumlah wang yang terlampau besar, urusan kerajaan dan orang-orang dedahan politik, telah dilakukan dengan begitu pantas.

Ibupejabat Coutts di UK tidak disiasat …

Ibupejabat Coutts di UK tidak disiasat …

Bank Coutts di UK merupakan sebuah bank yang terkenal (kerana mereka selaku penaung akaun Ratu England): bekas pengerusi mereka di Zurich adalah Earl Hume, anak lelaki kepada bekas Perdana Menteri dan (secara kebetulan?) selaku penaung kepada British Malaysia Society. Pada masa itu Coutts dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan UK yang mengawal RBS Bank (ianya telah ditebus oleh dana awam setelah mengalami kepincangan pengurusan dalam tahun 2008).

Namun apabila Sarawak Report mendedahkan tindakan yang mengejutkan ini pada 28hb Februari lalu, keadaan menjadi senyap. Ianya telah mengambil masa setahun berkempen dan mewujudkan kesedaran di peringkat antarabangsa sebelum kami sampai ke tahap di mana Financial Times telah berjaya memecah berita semalam bahawa Coutts telah mengumumkan bahawa mereka amat gembira untuk memberikan kerjasama dengan pihak-pihak penguatkuasa Switzerland dalam perkara ini.

Sarawak Report telah berjaya mengenalpasti segelintir orang asing yang telah membantu pemimpin-pemimpin dan peniaga-peniaga seperti Najib dan Jho Low. Golongan ‘profesional’ ini harus diberkas dan dihukum setimpal dengan jenayah yang telah mereka lakukan.

Apa yang telah berlaku dalam Coutts?

Pihak penguatkuasa Switzerland akan mengabaikan rentetan peristiwa-peristiwa itu.

Namun terdapat rasa risau bahawa ‘jenayah kolar putih’ akan diselesaikan secara tertutup, dengan sejumlah denda yang boleh dirundingkan (dibayar menggunakan wang para penyimpan), butir-butir salahlaku dirahsiakan, dan akhirnya para penyangak dibebaskan.

Mengapakah para pegawai bank yang khianat itu diberikan kekebalan dari dihukum, apabila pencuri biasa akan disumbatkan ke dalam penjara, soal kami? Adakah ini kerana mereka memilih untuk mengawal ahli-ahli politik dan institusi politik yang mereka pimpin? Jawapannya adalah ya dan ianya harus diberhentikan.

“Jangan risau – anda diberikan kekebalan”! – Pegawai bank Arriane de Rothschild yang menyelia akaun-akaun pencuri 1MDB Khadem Al-Qubaisi dibawa keluar oleh seorang rakannya setelah disoal oleh para wartawan. Dia telah menyatakan persetujuannya bahawa dia dan rakan-rakan pegawai bank yang lain adalah kebal dari sebarang tuduhan mengubah wang 1MDB!

“Jangan risau – anda diberikan kekebalan”! – Pegawai bank Arriane de Rothschild yang menyelia akaun-akaun pencuri 1MDB Khadem Al-Qubaisi dibawa keluar oleh seorang rakannya setelah disoal oleh para wartawan. Dia telah menyatakan persetujuannya bahawa dia dan rakan-rakan pegawai bank yang lain adalah kebal dari sebarang tuduhan mengubah wang 1MDB!

Hanya pada minggu lalu pegawai bank penyangak di Goldman Sachs telah didenda hanya $5 billion oleh pihak berkuasa US kerana turut sama menyebabkan krisis ekonomi dunia. Yang menanggung kesengsaraan adalah pelanggan biasa.

Bekas ‘pegawai bank cemerlang’ di Goldman Tim Leissner

Bekas ‘pegawai bank cemerlang’ di Goldman Tim Leissner

Dan sememangnya dua tiga tahun selepas krisis ekonomi global pada 2008, Goldman Sachs dan boss palsu mereka untuk rantau Asia Tenggara ‘Dr’ Tim Leissner telah menumpukan perhatian mereka kea rah Malaysia dalam suatu usaha menjana pendapatan baru, menodai 1MDB. Kini kita tahu apa yang telah berlaku di sana … namun kami masih menunggu apakah tindakan pihak penguatkuasa antarabangsa pada pegawai-pegawai bank seperti itu setelah siasatan mereka selesai.

Berbalik pada Coutts dan apa yang berlaku pada “penjelasan” bayaran Good Star milik Jho Low.
Sarawak Report percaya bahawa Coutts Singapura telah mengambil bahagian dalam pengkorporatan Good Star beberapa bulan sebelumnya di Seychelles. Cawangan mereka di Singapura telah dikatakan sebagai “klien utama” kepada pemilik akaun bernama Jho Low, dalam daftar syarikat di Seychelles.

Maka, apabila keadaan semakin menjadi rumit di pihak Zurich, adakah Jho Low memilih untuk proses yang lebih lancar dengan bantuan kenalan-kenalannya seperti HansPeter Brunner dan Yak Yew Chee?

Apa yang ketahu tahu bahawa pada bulan berikutnya HansPeter Brunner telah mengetahui penghijrahan beramai-rama dalam sejarah perbankan Singapura, ke cawangan baru bank BSI dan mengajak bersamanya Yak dan tidak kurang dari 70 pegawai bank yang lain.

Bekas ‘pegawai bank cemerlang’ BSI HansPeter Brunner

Bekas ‘pegawai bank cemerlang’ BSI HansPeter Brunner

Kami juga tahu bahawa HansPeter Brunner dan Yak telah membabitkan diri mereka dengan perniagaan Jho Low, termasuk pindahan kepada BSI Singapura tidak kurang dari US$530 juta dari US$700 juta pembayaran kepada Good Star, yang pada asalnya diletakkan pada bekas-bekas majikannya di RBS Coutts di Zurich.

Laporan penuh Financial Times boleh dibaca di sini, dengan petikan berikut:

Royal Bank of Scotland telah terbabit dalam siasatan global berhubung skandal rasuah dalam 1MDB, dengan melibatkan para penyiasat Switzerland terhadap pihak pemberi pinjam, menurut dua orang yang biasa dengan perkara itu.

Peguam Negara Switzerland berkata bahawa pada bula Januari lalu dia mendapati petanda yang serius di mana sekurang-kurangnya $4 billion telah digubah dari syarikat-syarikat milik Kerajaan Malaysia, berikutan siasatan jenayah berhubung 1MDB. Skandal itu telah menggugat golongan elitis pemerintah Malaysia, dan membabitkan Perdana Menteri Najib Razak yang selaku pengerusi lembaga penasihat dana itu.

Pihak-pihak penguatkuasa Switzerland mengatakan bahawa sebahagian dari $4 billion telah dipindahkan ke dalam akaun-akaun di Switzerland oleh bekas-bekas pejawat awam Malaysia, dan juga bekas pegawai-pegawai dari Emiriyah Arab Bersatu.

Bagi mereka yang biasa dengan keadaan telah memberitahu Financial Times bahawa dua pembayaran berjumlah $860 juta telah dilakukan antara bulan September 2009 dan September 2010 dari 1MDB ke dalam akaun Good Star di cawangan Coutts Zurich.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments