Penyelesai Mudah Pada Masalah 1MDB? PECAT NAJIB!

Tetap berharap pada sokongan orang-orang Sarawak!

Tetap berharap pada sokongan orang-orang Sarawak!

Najib telah memberitahu para penyokong upahannya bahawa berikutan ‘kemenangan’ BN di PRN Sarawak nanti bahawa dia akan meneyelesaikan isu 1MDB dengan pihak-pihak atasan di Abu Dhabi.

Dia akan bertemu dengan putera mahkota Mohammed sebaik sahaja mendapati kemenangan Sarawak, dalam bulan Mei, menurut sumber maklumat kami.

Kini, masyarakat dunia tahu bahawa penebusan hutang yang telah dirundingkan itu adalah dengan dua orang penyangak, dahulunya menjadi kepercayaan pihak Aabar/IPIC, yang kemudiannya terbabit dalam skandal 1MDB.

Hakikat itu telah diakui sendiri oleh CEO 1MDB sendiri pada hujung minggu ini.
Kedua-dua penyangak itu, Khadem Al-Qubaisi (bekas Pengerusi Aabar) dan Mohd Al-Husseiny (CEO Aabar) telah dipecat, dan pengurusan baru IPIC telah mengumumkan bahawa dana mereka juga telah menjadi mangsa penipuan, setelah ianya menyalurkan kira-kira US$3.5 billion menerusi anak syarikat palsu di BVI, setelah menyedut bayaran berjuta-juta dollar dari IPIC dan menandatangani jaminan Abu Dhabi bahawa ianya tidak terbabit.

Pewaris utama penipuan itu adalah Najib Razak sendiri dan tidak mungkin dia akan disambut dengan mesra di Emiriyah itu, kini dunia semakin mengetahui apa yang telah berlaku.

Secara kontranya, dalam usaha Abu Dhabi mula untuk menjauhkan dirinya dari cemaran ini – umum melihat Najib sebagai semakin tersepit.

Pada bulan lalu Sarawak Report telah mendedahkan bahawa Al-Husseiny telah ditahan di Abu Dhabi, menunggu permohonan ekstradisi dari US, di mana dia merupakan warganegara itu.

Seterusnya ami boleh mengesahkan bahawa bekas bosnya, Al-Qubaisi, juga telah ditahan di Abu Dhabi.

Pihak-pihak berkuasa Abu Dhabi telah menuntut bayaran balik berjuta-juta dollar pada Al-Husseiny, dan bank-bank di dunia telah membekukan aset-asetnya.

Dalam keadaan-keadaan itu seseorang akan faham kenapa Najib dan Rosmah kini sering mendapatkan suntikan supaya mudah tidur di waktu malam.

Syarikat-syarikat utama yang dibeli oleh Al-Qubaisi telah dimusnahkan dari portfolio Aabar Investment secara tiba-tiba.

Aabar Investments PJS seperti ditunjukkan dalam laman web IPIC pada 12hb Mac

Aabar Investments PJS seperti ditunjukkan dalam laman web IPIC pada 12hb Mac

Dalam masa yang singkat pada bulan lepas, sejarah syarikat itu telah ditulis semula. Semua pelaburan utama yang ditubuhkan oleh Al-Qubaisi, termasuk RHB Capital dan Falcon Bank tidak lagi dipaparkan dalam laman web anak syarikat IPIC.

Laman web yang telah dikemaskini pada 27hb Mac yang lalu setelah memadamkan semua rujukan pada pelaburan utama Al-Qubaisi

Laman web yang telah dikemaskini pada 27hb Mac yang lalu setelah memadamkan semua rujukan pada pelaburan utama Al-Qubaisi

Menurut siasatan dan perkiraan kami, sejumlah kira-kira US$5 billion sebagai pelaburan. Maka adakah ini bermakna pelaburan-pelaburan yang ditemui itu bukan milik dana IPIC tetapi dikaitkan terus kepada Al-Qubaisi sendiri, sama seperti pelaburannya dalam bangunan Santander atau adanya alasan lain?

Terdapat banyak persoalan berhubung status pemilikan pembangunan-pembangunan utama seperti Lamar Residences, dahulunya di bawah Aabar – sebuah pelaburan yang mewakili setengah billion dollar, menurut siasatan kami.

Pelaburan setengah billion di bawah Aabar, tidak lagi dinyatakan oleh laman web IPIC

Pelaburan setengah billion di bawah Aabar, tidak lagi dinyatakan oleh laman web IPIC

Tambahan pula, Al-Qubaisi telah dipecat dari baki peranannya, suatu petanda jelas bahawa kuasa-kuasanya telah dilucutkan sebagaimana dilaporkan.

Ini termasuk kelab malam Hakkasan yang dipercayai oleh para pemerhati telah terbabit dalam syarat-syarat pelaburan sebanyak $2 billion.

Pada 4hb April CEO yang dilantik sendiri oleh Al-Quabisi telah mengumumkan bahawa bosnya telah bersara dari jawatan Pengerusi.

Al-Qubaisi juga bersara dari First Energy Bank, di mana dia merupakan pemegang utama saham di situ dan saudaranya Darwish Al-Qubaisi juga berundur pada bulan Februari sebagai Pengarah dalam pasaraya Oracledan juga beberapa syarikat di wilayah Reading di UK.

Dalam pada ity, adalah disahkan bahawa syarikat-syarikat milik Al-Qubaisi di Perancis, termasuk beberapa pelaburan hartanah juga turut disiasat oleh pihak Luxembourgh, yang telah memeriksa akaun-akaun banknya dalam Edmond de Rothschild yang menjadi sumber jaringan pemerolehan ini.

Maka adillah dengan mengandaikan bahawa permainan Khadem sudah selesai dan diharap dia akan memberikan kerjasama.

Dalam pada itu, semasa penutupan pasaran pada hari Isnin lalu, pembohongan 1MDB telah terbongkar.

Bermula dengan pengumuman IPIC kepada Tukaran Asing London pada 11hb April yang telah ditipu oleh anak syarikat palsu.

Dalam pengumuman yang dibuat oleh CEO 1MDB Arul Kanda berkenaan rancangan rasionalisasi untuk dana malang itu semakin menampakkan kejayaan yang hanya meninggalkan RM2.3 billion lagi untuk ditebus.

IPIC mengikuti kenyataan dengan membuat pengumuman seterusnya pada 18hb April, dengan mengatakan kerana dana.

Maklumat dari sumber dalaman mengatakan bahawa pembohongan dari Arul Kanda bahawa tiada wang tunai yang boleh digunakan untuk menejlaskan hutang 1MDB (yang selama ini sering menyalahkan CEO sebelumnya).

Maka kegagalan 1MDB untuk membayar bayar hutang $50 juta yang tertunggak, walaupun ‘dibantah’, adalah kerana ianya tak dapat bayar, suatu hakikat yang telah didedahkan oleh IPIC.

Pada pagi ini 1MDB mengakui bahawa hutangnya telah melonjak kepada US$1.75 billion, yang diambilpinjam daripada Bank Mellon, yang telah membeli bon daripada Goldman Sachs.

Tertdapat rentetan akibat dari gejala keberhutangan sesama peminjam-peminjam untuk menggunakan hak mereka untuk menagih hutang mereka. Sehingga ahkir hari ini jumlah hutang yang telah berjaya dikira adalah lebih US$6.5 billion, kebanyakannya dijamin oleh Kerajaan Malaysia secara mutlak.

Suatu malapetaka ekonomi untuk rakyat Malaysia sendiri dan juga pada sistem ekonomi, yang turut ditambah dengan kejatuhan terus nilai matawang ringgit.

Terdapat satu penyelesaian yang mudah untuk emnghuraika kekusutan 1MDB yang semakin terhumban itu, iaitu dengan mendapatkan balik semua wang yang telah hilang dicuri itu dari 1MDB, utntuk menutupi hutang negara.

Berita yang menggalakkan adalah para penyiasat di Eropah, Singapura dan US telah dan sedang membekukan akaun-akaun bank dan aset-aset orang-orang yang disaspek dalam usaha mereka menjejaki rangkaian wang yang dicuri itu.

Akaun-akaun bank milik Jho Low, Najib Razak dan ahli-ahli keluarga mereka, termasuk milik Khadem Al-Qubaisi, Mohd Badawy Al-Husseiny dan Red Granite Pictures dipercayai mengandungi baki wang tunai curian yang amat banyak yang belum dibelanjakan untuk pembelian dan sewaan kapal-kapal layar, minum champagne, intan berlian, beg tangan, kerja-kerja membeli undid an sebagainya.

Adalah dipercayai bahawa sekitar US$4 billion telah berjaya dibekukan oleh para penguatkuasa undang-undang antarabangsa.

Apa yang diperlukan oleh Malaysia adalah sebuah kerajaan yang lebih boleh dipercayai, yang sanggup menyiasat; menangkap pesalah-pesalah dan seterusnya menggunakan aset-aset yang telah ditemu semula itu untuk membayar balik hutang-hutang yang kian melarat itu, dan jika dibiarkan akan lebih membebankan para pembayar cukai.

Apa lagi yang ditunggu-tunggu oleh orang-orang Malaysia, bisikan masyarakat dunia?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments