Bekukan Aset-Aset “Berjenayah” Taib Untuk Dikembalikan Kepada Rakyat Sarawak Kata Para MP Switzerland!

“Seperti keluarga Abacha” – Para MP Switzerland mahu harta Taib dibekukan di bawah undang-undang jenayah.

Para Ahli Parlimen (MP) Kerajaan Persekutuan Switzerland telah bersepakat menyokong usul memohon pihak-pihak berkuasa mereka membekukan aset-aset milik Taib sekeluarga yang didepositkan di negara mereka, supaya harta itu dapat dikembalikan kepada rakyat Sarawak.

Usul itu, yang ditandatangani oleh seramai 22 orang MP, menyamakan Taib dengan Presiden Afrika, Sani Abacha, yang pernah merompak $5 billion dari Nigeria sebelum meninggal dunia akibat lebihan dos Viagra dalam tahun 2011.

Kenyataan mengenai Taib yang dibuat oleh para MP Switzerland itu merumuskan kebencian mereka pada salah-guna kuasa dan perompakan kekayaan milik negerinya sendiri.

“Taib telah menyalahgunakan kuasanya melonggokkan kekayaan untuk dirinya dan keluarganya dan para kroni politiknya menerusi rasuah dan menetapkan beberapa monopoli perniagaan yang dikendalikan oleh ahli-ahli keluarganya dan juga kroni-kroninya. Kajian oleh NGO menunjukkan bahawa keluarga Taib mempunyai pegangan lebih 400 buah syarikat di 25 buah negara dan institusi kewangan luar negara. Aset-aset keluarga Taib dianggarkan melebihi 20 billion Swiss Francs. Sebahagian besar aset haram Taib diperolehi dari pembalakan haram pada hutan Borneo dan kegiatan ekspot haram kayu balak ke luar negara”.[Usul 12.4251 Untuk Membekukan aset-aset Taib di Switzerland – 14/Jan/2013]

Kini terdapat beberapa orang pemimpin kerajaan negerinya yang telah diserang secara terbuka di hadapan umum dengan kritikan-kritikan dari pemimpin-pemimpin kerajaan luar negara dan dokumen ini merumuskan betapa malunya Taib buat negara Malaysia.

Carlo Sommaruga – Ahli Parlimen Switzerland.

Aduan berjenayah

Usul itu, yang difailkan hari ini (Isnin 14hb Januari) telah disertakan dengan aduan jenayah yang rasmi kepada pejabat Peguam Negara Switzerland, dihantar oleh MP Carlo Sommaruga, yang telah selama ini mengetuai kritikan terhadap Taib di Switzerland.

Dalam aduannya itu dia menjelaskan bahawa keluarga Taib sebagai “orang-orang kenamaan dari Malaysia yang bertindak sebagai sebahagian dari organisasi jenayah” dan memerlukan kerajaan untuk mengisytiharkan itu.

Dia menuntut supaya aset-aset mereka disita di bawah Artikel 72 kod yang sama sepertimana yang dilakukan ke atas aset-aset Abacha dibekukan.

Aduan jenayah terhadap Taib dikirimkan oleh MP Carlo Sommaruga kepada Peguam Negara Switzerland.

Bukti

Sebagai bukti terkini mengenai aset-aset Taib sekeluarga di Switzerland, Sommaruga merujuk pada kes perceraian di Kuala Lumpur di antara anak lelaki Ketua Menteri itu dan isteri pertamanya, Shahnaz.

Dalam usul mereka itu, para MP itu menegaskan bahawa “seorang dari keluarga Taib itu telah menyatakan pada bulan Oktober 2012 di bawah akuan bersumpah dalam mahkamah Malaysia bahawa aset-aset keluarga Taib melebihi 100 juta dollar US sedang ditahan di Switzerland atau dalam akaun-akaun luar negara naungan institusi kewangan Switzerland”.

Keterangan Shahnaz, yang turut disokong oleh para penyiasat dan dikemukakan kepada Sarawak Report, adalah:

“Dia memiliki akaun-akaun di Kanada, US, Caribbean, Peranchis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia, dan Hong Kong,”

“Tuntutan RM100 juta saya dalam bentuk mutaah (pemberian) ini adalah kecil berbanding nilainya yang melebihi RM1 billion. RM100 juta itu bagaikan 10 sen baginya.

“Sebagai contoh, Mahmud mempunyai dua akaun peribadi di Edmond de Rothschild di Luxembourg dengan nilai deposit sebanyak US$25 juta. Dia juga mempunyai dua akaun dalam bank yang sama di Switzerland dengan deposit berjumlah US$31 juta.

“Dua akaun HSBC di Jersey mempunyai nilai simpanan sebanyak US$34 juta, mana kala sebuah akaun HSBC di Hong Kong turut menyimpan US$9.6 juta pada nama Mahmud (Abu Bekir). Kesemua akaun ini mempunyai jumlah simpanan sebanyak US$100 juta.

Shahnaz mengatakan bahawa Mahmud ada lima akaun bank di Bank Pictet and Cie di Bahama, the Caribbean, dengan nilai simpanan sebanyak US$18 juta, dan sebuah lagi akaun di Bank Safra di Bahama dengan nilai simpanan sebanyak US$2 juta.

“Lapan buah akaun peribadi di bawah nama bekas suaminya itu di Bank Safra di Monaco dengan nilai simpanan mencecah US$38.3 juta.

“Di samping itu, Mahmud juga memiliki tujuh buah akaun bank di bawah Bank Union di Switzerland dengan nilai simpanan sebanyak US$27 juta, dan sebuah lagi akaun dalam bank HSBC di Jersey yang mungkin telah dia keluarkan,” katanya.

“Kesemua simpanan ini berjumlah hampir US$159 juta atau bersamaan RM588.67 juta”. [Shahnaz Abdul Majid]

Bapa mertua paling kaya di Asia Tenggara – Shahnaz juga menuntut RM121 juta untuk sokongan selama 2 tahun untuk anak lelakinya. Ini merangkumi dua buah kereta Aston Martin dan RM72,000 dalam bentuk wang saku budak itu yang sedang menuntut di UK.

Ketika memberikan keterangannya, menantu Ketua Menteri itu juga mengesahkan apa yang telah dirumuskan oleh umum, termasuk Sarawak Report. Dia mengatakan Taib sebagai seorang yang terkaya di Malaysia, jika tidak pun di Asia Tenggara, dengan kerakusannya mengeksploitasi sumber asli di Sarawak.

Tuduhan sedemikian tidak terlepas dari pandangan umum di Switzerland yang khuatir bahawa kebanyakan dari aset-aset haram hasil pemusnahan hutan Borneo itu tersimpan dalam sistem perbankan mereka sendiri.

Para MP Switzerland itu berharap jika mereka tidak dapat memperbaiki kemusnahan hutan Sarawak, sekurang-kurangnya keuntungan haram itu dikembalikan untuk membantu rakyat Sarawak memulihkan kesengaraan akibat kerakusan pemimpin mereka selama 30 tahun yang lalu.

Hanya kerana dia telah melarikan wang sebanyak itu tidak bererti Taib boleh melarikannya selama-lamanya.

Isu itu telah dilaporkan dalam akhbar utama di Switzerland, Sonntagszeitung.

Ceritanya terpapar dalam akhbar Sonntagszeitung semalam.

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments