Yuran RM218,000 Sebulan Biayaan 1MDB Kepada Tony Blair!

Tajuk utama Sunday Times berkenaan urusniaga Petro Saudi

Tajuk utama Sunday Times berkenaan urusniaga Petro Saudi

Akhbar London Sunday Times telah menerbitkan sebuah cerita di muka depannya dengan mendedahkan bekas Perdana Menteri UK Tony Blair telah diupah oleh PetroSaudi International sebanyak RM218,000 ($65,000) sebulan, termasuk ‘yuran kejayaan’ sebanyak 2% berkenaan transaksi yang dibuatnya.

Syarikat yang penuh kontroversi itu sendiri dibiayai hutang berbilion-bilion dollar dari dana pembangunan Malaysia, 1MDB dan belum lagi mengeluarkan sebarang bukti menunjukkan pendapatan yang ketara dalam jangka masa itu.

Ianya menunjukkan perkiraan ‘gaji’ tahunan sebanyak RM2.6 juta untuk bekas Perdana Menteri Britain, semuanya dibiayai oleh dana 1MDB.

Banyak kritikan timbul bahawa Blair telah menggabungkan peranannyha sebagai jururunding Timur Tengah dan penglibatannya dalam urusniaga minyak secara persendirian.

Laporan Sunday Times yang baru ini mendedahkan sebuah bukti yang baru apa yang dinamakan sebagai perniagaan “wang untuk perhubungan”.

Tajuk utama dalam akhbar ternama UK Sunday Times – namun wang pembiayaannya datang dari Malaysia

Tajuk utama dalam akhbar ternama UK Sunday Times – namun wang pembiayaannya datang dari Malaysia

Sarawak Report boleh mengesahkan bahawa kontrak di antara Tony Blair Associates dan PetroSaudi International (kedua-duanya berpejabat di kota London) telah dirundingkan dalam tahun 2010, tidak lama selepas syarikat carigali minyak yang meragukan itu menerima sejumlah wang pembiayaan berjumlah US$1.7 billion sebuah dana yang seharusnya dipanggil ‘dana pembangunan’ 1MDB.

Namun, syarikat itu telah memberitahu Sunday Times bahawa urusniaga itu telah sebenarnya berakhir beberapa bulan kemudian.

Sebuah salinan penuh terma-terma kontrak dengan PetroSaudi itu telah dibocorkan kepada Sunday Times daripada sebuah sumber yang terdekat dengan perniagaan Tony Balir dan dokumen itu memberikan wawasan secara terperinci ke dalam perniagaan bekas Perdana Menteri itu, yang dikendalikan oleh Tony Blair Associates, termasuk dua buah syarikat yang terlibat, Firerush dan Windrush.

Berpotensi untuk mendapatkan jumlah wang yang banyak termasuk gaji bulanan sebanyak $65k SEBULAN!

Berpotensi untuk mendapatkan jumlah wang yang banyak termasuk gaji bulanan sebanyak $65k SEBULAN!

Kontrak itu, seperti yang telah diumumkan secara atas talian mengenai apa yang seharusnya dibuat oleh Tony Blair untuk syarikat yang meragukan itu.

Dia telah menggunakan pengaruhnya dan kontraknya untuk mencari perniagaan baharu untuk melabur dalam PetroSaudi, khasnya di negara China dan rantau Asia.

Terma-terma perniagaan dengan Tony Blair Associates – membuat pengenalan untuk PetroSaudi

Terma-terma perniagaan dengan Tony Blair Associates – membuat pengenalan untuk PetroSaudi

Yang mengejutkan adalah pengambilan bekas PM Britain itu menuntut bahawa dia harus menerima sebuah “yuran kejayaan” sebanyak 2% dari ‘nilai transaksi’ bagi sebarang kejayaan urusniaga yang dibantunya untuk mana-mana syarikat, sama ada sebagai pemudahcara mahupun pengenal.

Bayaran yang amat lumayan untuk seorang lelaki yang pernah membawa Britain ke medan peperangan di Timur Tengah dahulu

Bayaran yang amat lumayan untuk seorang lelaki yang pernah membawa Britain ke medan peperangan di Timur Tengah dahulu

Dengan jumlah transaksi yang amat lumayan dalam perniagaan minyak, keuntungan dari perjanjian itu amatlah besar untuk ahli politik itu, yang dilantik sebagai perwakilan kedamaian di Timur Tengah.

Terdapat satu lagi peranan Tony Blair yang ketara dalam urusniaga ini. Adalah meragukan bahawa dia telah menggunakan syarikat minyaknya yang belum pernah diketahui, yang memerlukan penjelasan mengapa dana kekayaan luar negara Malaysia sepatutnya melaburkan keseluruhan bajet itu dalam satu portfolio sahaja.

Putera Turki merupakan anak lelaki ke-7 Raja Arab Saudi – kenapakah dia memilih untuk menyembunyikan pembabitannya dalam PSI?

Putera Turki merupakan anak lelaki ke-7 Raja Arab Saudi – kenapakah dia memilih untuk menyembunyikan pembabitannya dalam PSI?

 

Jaringan antara PertroSaudi dengan Arab Saudi telah memalukan bekas PM Britain, dengan Blair yang dilantik oleh US, Rusia, EU dan PBB untuk mewakili mereka di rantau itu.

Kedudukan itu mendedahkannya dituduh mempunyai konflik kepentingan dan melakukan perniagaan peribadi menggunakan peranan awamnya.

Sememangnya, dalam masa pihak berkuasa Malaysia cuba mempersembahkan PetroSaudi mempunyai status rasmi di Arab Saudi, hubungan syarikat itu dengan kuasa memerintah lebih bersifat peribadi.

PetroSaudi telah diubuhkan oleh putera Raja Arab Saudi, Putera Turki bin Abdullah bin Abdulaziz, menjadikan jaringan itu amat sensitif.

Sebenarnya, Sarawak Report telah dapat mengesahkan bahawa syarikat itu dilihat sebagai menyamar penglibatan Putera Turki sejak tahun 2009/10 lagi.

Ini berikutan pelaburan berbilion-bilion dollar oleh 1MDB dan pada masa itu Tony Blair telah diupah untuk mempromosikan syarikat itu.

Cubaan untuk memisahkan hubungan dengan Putera Turki dapat dilihat menerusi pengubahan kenyataan pada laman web rasmi syarikat itu.

Walhal dalam bulan Oktober 2009, laman PSI telal secara umumnya mengikhtirafkan dalam bahagian About Us bahawa PSI telah ditubuhkan oleh Putera Turki dan rakan karibnya Tarek Obaid, frasa ini telah dipadamkan.

Apa yang mereka nyatakan dalam 2009

Apa yang mereka nyatakan dalam 2009

Pada bulan Disember 2009 syarikat itu emndakwa mereka ditubuhkan oleh hanya Tarek Obaid sahaja.

Perubahan seperti dipaparkan dalam bulan Disember 2009

Perubahan seperti dipaparkan dalam bulan Disember 2009

Dan dalam bulan Oktober 2010 kemudiannya, dengan termeterainya keputusan urusniaga dengan Tony Blair, syarikat itu telah sekali lagi mengubah dakwaannya bahawa ianya telah ditubuhkan lima tahun kemudian dalam 2005 oleh Tarek Obaid. Ini menjadi dakwaan mereka sehingga kini.

Kini syarikat itu menjadi 5 tahun lebih muda!

Kini syarikat itu menjadi 5 tahun lebih muda!

Dan dalam bulan Oktober 2010 kemudiannya, dengan termeterainya keputusan urusniaga dengan Tony Blair, syarikat itu telah sekali lagi mengubah dakwaannya bahawa ianya telah ditubuhkan lima tahun kemudian dalam 2005 oleh Tarek Obaid. Ini menjadi dakwaan mereka sehingga kini.

Kini syarikat itu menjadi 5 tahun lebih muda!

Namun, dengan terdedahnya penyamaran, syarikat-syarikat baru di Malaysia terus melaporkan mengenai hubungan perniagaan dengaan Puter Turki, dalam suatu usaha jelas untuk menarik orang-orang Melayu dengan hubungan dengan Kerajaan Arab Saudi.

Dalam masa wujudnya hubungan prniagaan dengan keluarga di-raja Arab Saudi yang kaya raya yang digemari di Malaysia, maklumat mengenainya telah dinafikan di tempat lain, dengan adanya Tony Blair yang tidak sesuai dalam hubungan itu.

Dari perspektif Malaysia terdapat rasa risau yang meluas pada bukti yang menunjukkan wang yang begitu banyak digunakan untuk membayar Tony Blair, yang sebenarnya dipinjam oleh kerajaan Malaysia untuk membiayai projek-projek pembangunan di Malaysia.

Para pemerhati telah melahirkan rasa risau mereka sebelum tahun 2010 dahulu bahawa PetroSaudi tidak mempunyai sebarang rekod sebelum suntikan dari 1MDB pada September 2009. ‘Usahasama Malaysia-Arab Saudi’ itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri sebagai 60% dibiayai oleh PetroSaudi International pada nilai $1.5bilion. Namun, tidak lama kemudian ianya diketahui sebagai menerima wang tunai dari 1MDB.

Sehingga akhir Januari 2010 PSI belum lagi mempunyai sebarang pejabat di London

Sehingga akhir Januari 2010 PSI belum lagi mempunyai sebarang pejabat di London

Ianya ‘dijelaskan’ kemudian bahawa PSI telah sebaliknya menyumbang usahasama perniagaan minyak di Tasik Kaspian sebagai sahamnya – namun konsesi ini belum lagi ditentukan.

Ketika 1MDB memberi maklum balas kepada kritikan pada tahun 2010 dengan keluar dari usaha sama itu dan ‘menjual bahagiannya’ untuk PSI, ternyata bahawa sebenarnya dana Malaysia telah meminjamkan wang untuk PSI untuk membelinya keluar.

Pada tahun 2011 wang lagi dipinjamkan ke PSI oleh 1MDB.

Jadi, kesimpulan yang jelas adalah pendapatan operasi PSI sedikit sebelum suntikan dana oleh 1MDB dan oleh itu gaji mewah Tony Blair adalah sebenarnya wang Malaysia, yang sedang dibelanjakan secara diam-diam untuk usaha niaga spekulatif asing, bukan pembangunan tempatan.

Sesungguhnya catatan untuk PSI di Switzerland bagi tahun 2009 menunjukkan syarikat ini hanya mempunyai 100,000 Fancs Switzerland dalam dana perniagaan antarabangsanya, kurang daripada gaji sebulan untuk ahli politik British.

Sementara itu, PetroSaudi International UK ternyata hanya telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat pada bulan Februari 2009.

Rekod syarikat bagi tahun itu menunjukkan suatu kunci kira-kira tidak menarik untuk apa yang seharusnya dilakukan, operasi multinasional berbilion-bilion dolar kerana melabur dalam pembangunan Malaysia hanya beberapa minggu kemudian.

Pendapatan sebanyak £548,120 – PSI dijelaskan secara rasmi sebagai “syarikat kecil” dalam bulan Februari 2009

Pendapatan sebanyak £548,120 – PSI dijelaskan secara rasmi sebagai “syarikat kecil” dalam bulan Februari 2009

Ia menimbulkan persoalan, mengapa 1MDB memilih untuk meletakkan semua pinjaman semula $ 1.7billion ke dalam syarikat itu hanya enam bulan kemudian?

Orang ramai mungkin tidak tahu banyak tentang syarikat itu, tetapi PM Najib Razak, yang akhirnya mengawal 1MDB sebagai Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat sudah tentu amat mengetahuinya.

Namun, pada masa pinjaman pada bulan September 2009, PM dan 1MDB Malaysia telah membuat tuntutan berulang mengenai syarikat, yang jelas mengelirukan, menggalakkan wartawan untuk menggambarkan PetroSaudi sebagai “syarikat milik negara” Arab atau sekurang-kurangnya satu yang telah rasmi mendapat sokongan daripada kerajaan Arab Saudi.

PetroSaudi – sebuah syarikat milik kerajaan Arab Saudi?

PetroSaudi – sebuah syarikat milik kerajaan Arab Saudi?

Ini tidak menghalang Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, yang mahu membayangkan di setiap kesempatan bahawa usahasama mewakili sesuatu perjanjian kerjasama antara negeri antara kedua-dua negara.

Satu siaran akhbar 1MDB rasmi pada 30 September 2009 mengakui PetroSaudi International (PSI) adalah sebuah syarikat swasta tetapi pergi untuk menuntut bahawa ia telah “diamanatkan” oleh negara Arab Saudi untuk “melaksanakan pelaburan yang boleh mengukuhkan hubungan antara Kerajaan Arab Saudi dan negara-negara utama di seluruh dunia “. PSI tidak mempunyai status rasmi apa pun untuk melaksanakan pelaburan untuk Arab Saudi.

Kenyataan media 1MDB telah mengelirukan wartawan untuk menganggap status rasmi untuk PSI di Arab Saudi

Kenyataan media 1MDB telah mengelirukan wartawan untuk menganggap status rasmi untuk PSI di Arab Saudi

Kenyataan Najib adalah lebih menyesatkan, dengan mendakwa bahawa PSI adalah pembiayaan tunai 60% dari usahasama dari $ 2.5billion.

Pada masa pelancaran usahasama itu beliau menyebut bahawa Malaysia telah melabur $ 1 bilion dan PetroSaudi $ 1.5billion dan tersirat bahawa perjanjian itu adalah satu usaha rasmi bersama antara kedua-dua negara.

Walaupun pada hakikatnya PSI tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan Arab Saudi, Najib tetap bersedia untuk menyatakan kebanggaannya secara mencarut.

Screen Shot 2014-11-08 at 09.36.54Screen Shot 2014-11-08 at 09.36.54 Najib kemudiannya melawat Arab Saudi dengan meriah dan banyak bercakap tentang hubungan pelaburan dua hala dan kononnya berjaya membajak wang Timur Tengah ke dalam pembangunan Malaysia.

Namun, satu-satunya wang yang dilaburkan dalam usahasama PetroSaudi adalah berbilion-bilion dollar yang dipinjam atas nama pembayar cukai dan selain digunakan untuk pelaburan dalam pembangunan daerah.
Sudah tentu terdapat satu penerima manfaat yang jelas dari usahasama bermisteri itu.

Walaupun Malaysia seolah-olah telah mendapat apa-apa dari perjanjian itu, PetroSaudi International nampaknya telah mengembangkan perusahaan tunai yang kaya dengan pelbagai pelaburan di Venezuela dan Afrika.
Ia juga mampu untuk mengupah orang-orang seperti Tony Blair untuk meningkatkan kredibiliti dan peluang perniagaannya, – semuanya berjumlah RM218,000 ringgit sebulan!

UNTUK PENDEDAHAN OLEH THYE SUNDAY TIME KLIK DI SINI

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments