Pegawai PR Najib Paul Stadlen Yang Terlalu Banyak Berpesta?

Stadler berposing dengan minuman dalam pakaian pesta Calvin Klein

Stadler berposing dengan minuman dalam pakaian pesta Calvin Klein

Bekas bos APCO Malaysia, Paul Stadlen, yang kini banyak mengendalikan operasi media Najib Razak Nampak semakin hilang kehebatannya.

Ramai yang tertanya-tanya sama ada gaya hidupnya yang suka berpesta dijana oleh apa yang diandaikan sebagai pendapatan ihsan menggunakan wang dari pembayar cukai mempunyai hubungan langsung dengan itu?

Semalam, dengan kenyataan rasmi daripada Najib (di mana Stadlen mengawal medianya) sedikit sebanyak telah mengakibatkan Anwar Ibrahim dipenjarakan secara berkontroversi kerana dituduh atas jenayah liwat.

Dalam kenyataan ringkas Stadlen yang menganggap perbicaraan itu sebagai sebuah “proses yang panjang dan meletihkan” terhadap kes membabitkan pendakwaan bermotif politik dan kemudian mengatakan bahawa plaintiff sebagai “mangsa keganasan seksual yang serius”.

Ooops! ……

Dengan adanya penulis komen yang sejauh New York Times menunjukkan, para hakim Malaysia telah hampir mengalah dalam usaha mereka menuduh Anwar kerana melakukan seks paksa dengan bekas pembantu khasnya, yang telah lama menukar pengakuannya kepada seks mesra antara dua lelaki itu.

Maka kenapakah Stadlen mengeluarkan tuduhan palsu terhadap ahli politik pembangkang pada saat genting ketika kenyataan Kerajaan berkaitan perlakuan rogol yang kasar?

image-3 Adakah ini kerana dia mencari simpati masyarakat dunia, yang kebanyakannya terkejut dengan keputusan primitif untuk memenjara seorang kerana kesalahan berkelakuan homoseks? Stadlen harus menyedari bahawa banyak yang diketahui umum berkenaan kes ini dan tuduhan palsu hanyalah untuk mendapatkan ganjaran kewangan?

Atau, mungkinkan Stadlen telah terlalu banyak minum dalam pesta pada malam sebelumnya dan tidak mengetahui sedalam-dalamnya perkembangan semasa?

Kerana, memutarbelitkan sesuatu keadaan dengan cara yang mengelirukan hanya akan memburukkan lagi nama baik bosnya, yang diandaikan telah membiayainya (dengan upahan yang lumayan) bagi khidmatnya di samping pengetahuannya mengenai kandungan berita-berita antarabangsa dan bagaimana menguruskannya.

Stadlen terkenal sebagai penggemar pesta dan sering mengunjungi tempat-tempat hiburan terpilih di sekitar KL

Stadlen terkenal sebagai penggemar pesta dan sering mengunjungi tempat-tempat hiburan terpilih di sekitar KL

Kini sudah wujud rasa tidak senang di Putrajaya ke atas kehadiran Stadlen dalam pejabat Najib.
Lagipun APCO sendiri telah dilucutkan dari peranan jururundingnya beberapa tahun lalu, kerana syarikat itu kononnya dipelopori oleh Yahudi dan Malaysia adalah anti-Yahudi.

Namun, Najib selaku bos Stadlen telah mengekalkan kedudukannya dan telah menguruskan jumlah wang yang begitu besar sebagai seorang konsultan kewangan, mengawasi secara berkesan kesemua komunikasi Perdana Menteri itu.

Sumber dalaman memberitahu kepada Sarawak Report bahawa syarikat Stadlen, yang terletak tidak jauh dari pejabat pasukan komunikasi PM itu dibayar upah khidmat sekurang-kurangnya RM3,000,000 setahun.

Di antara beberapa orang yang diupah bekerja dalam pasukan itu, adalah bekas sekutu Brunswick UK dan juga warga British, Arif Shah.

Arif Shah, diupah untuk mengendalikan PR 1MDB yang kini kian gagal

Arif Shah, diupah untuk mengendalikan PR 1MDB yang kini kian gagal

Arif Shah diupah untuk memberikan PR yang positif berkenaan 1MDB yang kian menuju kegagalan., menurut suatu sumber dalaman yang telah diteliti oleh Sarawak Report, dan untuk mengawal komunikasi yang berkisar pada usaha bagi melancarkan IPO untuk menyelamatkan dana itu, yang melibatkan kehilangan berjuta-juta dollar.

Komisyen untuk PR ini dikatakan melibatkan jumlah upah sebanyak RM1.5 juta atau lebih kepada syarikat Stadlen, menurut mereka yang mengenalinya.

Tempat-tempat hiduran terkenal di KL seperti Zouk sering menyediakan meja yang ditempah oleh Stadlen, yang jelas menikmati kekayaan mengejutnya dan mendapati dia mempunyai banyak masa membelanjakannya.

Stadlen bergambar bersama penyambut tetamu pejabatnya

Stadlen bergambar bersama penyambut tetamu pejabatnya

Menjelang musim Krismas tahun lepas, Stadlen telah terlibat dengan pergaduhan bergaduh dengan seterunya dalam sebuah lif di KL.

Mereka yang mengenalinya mengatakan batang besi digunakan dalam serang terhadapnya itu dan Stadlen mengalami kecederaan yang teruk dalam pergaduhan itu.
Memandangkan temoat kejadian adalah di bumi Malaysia, Stadlen telah berjaya menghalang kejadian itu dari diterbitkan dalam mana-mana akhbar utama, walaupun ramai wartawan mengetahui mengenai kejadian itu.

Inilah orang yang harus mengarahkan media untuk PM yang menghadapi keadaan PR yang paling sukar boleh dibayangkan di seluruh dunia.

Lagipun, tidak kurang dari dua kes mahkamah yang menghairankan, dilihat melantun balik pada Najib, seperti isu konspirasi Anwar dan kes bunuh Altantuya.

Kemudian timbul pula isu 1MDB yang turut menekan tanggungjawab Stadlen, di mana persembahan yang baik yang boleh meyakinkan para pelabur bahawa Najib boleh dipercayai mengendalikan wang pelaburan mereka.

Stadlen menikmati gajinya yang lumayan, namun adakah dia memfokuskan pada tugasnya?

Stadlen menikmati gajinya yang lumayan, namun adakah dia memfokuskan pada tugasnya?

Sebaliknya, Stadlen telah dipertanggungjawabkan pada kesilapan yang teruk beberapa hari sebelumnya, berkenaan reputasi bosnya yang menghadapi beberapa siri persoalan daripada New York Times.

Namun perkara itu telah disembunyikan dari media, namun ianya telah memudaratkan pertalian kekeluargaan Najib sendiri dan rakan-rakan karibnya.

Namun, dalam keadaan ini Stadlen telah bertindakbalas pada persoalan mengenai sikap berbelanja yang melampau Najib dan Rosmah, dengan mengatakan bahawa PM itu mewarisi kekayaan dari orang tuanya sendiri.

Dalam sebuah artikel yang diterbitkan pada hari Isnin lalu, berhubung Jho Low, 1MDB dan hartanah milik taiko pembalakan di US dan hubungannya dengan Najib dan Rosmah dan anak tiri Najib yang baru menceburkan diri dalam perfileman, Riza Aziz.

Dakwaan yang mengelirukan berkenaan kekayaan yang diwarisi PM itu telah menjemput komen dari kalangan orang-orang politik di Malaysia dan ianya telah mencetuskan kemarahan di kalangan saudara sedarah Najib sendiri, yang mendakwa bapa mereka Tun Abdul Razak, yang juga bekas PM, telah menjadi tokoh ternama bermula dari jawatannya dalam perkhidmatan awam.

Sikap kebudak-budakan pegawai PR di sebalik 1MDB?

Sikap kebudak-budakan pegawai PR di sebalik 1MDB?

Keluarga itu telah mengesahkan bahawa bapa mereka Abdul Razak merupakan seorang PM yang jujur, yang hidupnya sederhana dan tidak meninggalkan sebarang kekayaan pada generasi selepasnya.

Secara kontranya, Najib dan isterinya Rosmah merupakan pasangan yang boros berbelanja dan kini tekanan dirasakan oleh Stadlen untuk membaiki kerosakan pada reputasi keluarga itu.

Sebaliknya, ada yang mengatakan bahawa kekayaan Najib diwarisinya dari Yayasan Noor.

Namun para pemerhati mengatakan itu tidak benar (melainkan Tun Noor telah meninggalkan wangnya pada yayasan itu, bukan pada cucu cicitnya).

Tambahan pula, untuk mengaitkan wang dengan Noor akan menimbulkan penjelasan yang pelik-pelik, datuk Najib, Tun Noor, di sebelah ibunya itu memperolehi kekayaannya dengan memulakan empayar perjudian di Genting!

Pendek kata, Stadlen telah menyukarkan Najib dan orang-orang di sekeliling PM itu percaya bahawa PM itu memerlukan seorang pegawai PR yang kurang berfoya-foya dan lebihkan masa berada di pejabat atau di rumah untuk menyiapkan kerjanya.

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments