Keliling Dunia Bersama Najib & Rosmah!

Gambar foto Roslan Sohari dalam laman Facebooknya – dia mendakwa dirinya sebagai Pengurus di Pejabat PM, sehingga dia memadamkan berikut laporan kami

Gambar foto Roslan Sohari dalam laman Facebooknya – dia mendakwa dirinya sebagai Pengurus di Pejabat PM, sehingga dia memadamkan berikut laporan kami

Roslan Sohari adalah seorang lelaki yang dinyatakan dalam dokumen-dokumen yang didedahkan oleh Sarawak Report semalam, berhubung siasatan ke dalam skandal 1MDB.
Para penyiasat mengenalpastinya sebagai penyimpan wang tunai ke dalam akaun Affin Bank milik Rosmah Mansor awal tahun ini berjumlah RM2 juta.

Namun apabila para wartawan (dari Malaysiakini) menelefonya ke nombor yang telah direkodkan oleh bank itu, dia telah menafikan bahawa dia tidak tahu apa-apa tentang perkara itu.

Dia juga telah menafikan bahawa dia bekerja dengan Perdana Menteri dan isterinya.

Namun siasatan kami menunjukkan bahawa data Roslan di media sosial mendedahkan cerita yang berbeza dan ianya mengaitkannya dengan Perdana Menteri dan butir-butir pada akaun bank itu seperti berikut.

Butir-butir dari rekod bank termasuk nama dan nombor telefon untuk Roslan

Butir-butir dari rekod bank termasuk nama dan nombor telefon untuk Roslan

Alamat yang tepat

Alamat yang tepat

Setelah cerita kami diterbitkan Roslan telah dengan cepat-cepat memadamkan akaun Facebooknya.

Namun, siasatan awal kami telah sempat menyimpan butir-butir bukti atas talian, yang menunjukkan bahawa nombor telefon dan nama pada akaun di Affin Bank menepati butir-butir “pembantu peribadi kepada Perdana Menteri” ini.

Roslan turut memuatnaikkan gambar fotonya ke profail Whatsappnya

Roslan turut memuatnaikkan gambar fotonya ke profail Whatsappnya

Nombor telefon bimbitnya 019 yang didaftarkan dengan bank itu merujuk pada Roslan Sohari, sebagai orang yang telah mendepositkan wang tunai di bank itu.

Dan apabila kami menghubungkan nombor itu dengan aplikasi Whatsapp maka jelaslah profail itu milik si Roslan Bin Sohari.

Apabila disemak-semula dengan laman Facebooknya, maka jelaslah gambar itu, yang berkait dengan nombor telefon bimbitnya yang disimpan di bank itu.

Gambar lebih dekat pada profil di Whatsapp Roslan

Gambar lebih dekat pada profil di Whatsapp Roslan

Lelaki pemegang akaun Facebook ini (sebelum akaun itu ditutup dengan tergesa-gesa petang ini) telah memperkenalkan dirinya sebagai Pengurus di Jabatan Perdana Menteri – seperti dinyatakan dalam dokumen-dokumen bank.

Pendek kata nombor yang diberikan oleh bank itu sebagai dimiliki oleh Roslan adalah sepadan dengan nombor Whatsapp dan gambar profil nama tersebut.

Dan gambar itu pula sepadan dengan lelaki yang mempunyai akaun Facebook di bawah nama Roslan Sohari, yang mendakwa dirinya bekerja untuk Perdana Menteri!

Selepas beberapa minit cerita kami diterbitkan atas talian, akaun Facebook ini yang milik Roslan Sohari telah dipadamkan.

Namun, para penyiasat kami dan juga para pembaca setia Sarawak report telah berjaya menyalin kebanyakan bahan dari laman itu.

Seorang dari pembaca kami telah menjilidkan bahan Facebook itu dan membuka akaun Facebook baru untuk tatapan umum.

Mengembara sambil bergaya ke seluruh dunia dalam jet-jet peribadi

Mengembara sambil bergaya ke seluruh dunia dalam jet-jet peribadi

Kebanyakan gambar foto yang dimuatnaikkan oleh Roslan ke laman sosial Facebooknya menunjukkan bahawa anak Malaysia ini menjalani hidup mengembara secara mewah dan penuh gaya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bergerak dari satu ibukota ke ibukota yang lain dan hanya menginap di hotel-hotel yang terbaik sahaja.

Hampir kesemua gambar foto yang diambilnya dari pelbagai tempat di dunia pada tarikh-tarikh berbeza adalah sepadan dengan kunjungan-kunjungan rasmi untuk seorang lelaki yang dinyatakan sebagai bosnya dalam laman Facebook sebelum ianya dipadamkan.

Lelaki yang dimaksudkan itu adalah Perdana Menteri Najib Tun Razak
Ke mana Roslan telah pergi, begitu juga Perdana Menteri Malaysia, yang seringkal ditemani oleh isterinya, Rosmah Mansor. Di beberapa kaeada, hanya isterinya sahaja yang ditonjolkan oleh Roslan.

Dikongsikan secara meluas dengan umu – gambar foto sekeping kad milik Nooryana Najwa Najib

Dikongsikan secara meluas dengan umu – gambar foto sekeping kad milik Nooryana Najwa Najib

Terdapat satu lagi pautan media sosial luarbiasa, yang Roslan kaitkan dengan NAJIB Razak dan keluarganya.

Pada akaun Google+ Roslan sendiri, dia telah memuatnaik sekeping gambar Whatsapp berupa gambar kad pengenalan anak pasangan pertama itu, Nooryana, yang telah mengkagumkan dunia dengan perkahwinan mewahnya.

Tidakkah Roslan menyedari bahawa dia telah memuatnaikkan gambar ini ke laman web umum?

Adakah dia menghantar sebuah maklumat kepada pihak ketiga untuk menyokong salah satu dari komitmen perjalanan yang diperincikan dalam laman facebooknya?

Jika benar, maklumat atas talian yang selanjutnya dapat mengesahkan hubungan antara Rosslan dengan “Keluarga Pertama” Malaysia ini bagi membatalkan penafiannya.

Marilah kita lihat perjalanan keliling dunia Roslan, seperti yang dinyatakan menerusi Facebooknya sejak beberapa tahun dan bulan yang lalu, sebeum kita mencapai kata putus.

London, United Kingdom – Oktober 2013

Roslan ketika di London dalam bulan Oktober 2013

Roslan ketika di London dalam bulan Oktober 2013

Bersama Najib dan Rosmah ketika berkunjung ke London sempena Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ke-9.

Dubai, Emiriyah Arab Bersatu – November 2013

Mengemaskini pos dalam Facebooknya dari hotel-hotel mewah di Dubai dalam bulan November 2013

Mengemaskini pos dalam Facebooknya dari hotel-hotel mewah di Dubai dalam bulan November 2013

Rosmah Menasor secara kontroversi menaiki jet VIP ke Dubai pada hari yang sama. Pada 13/11/2013 dia telah mengadap isteri Perdana Menteri UAE, Puteri Haya Binti Al Hussein.

Perth, Australia – April 2014

Roslan memuatnaikkan gambar fotonya pada 3hb April 2014 di sebuah hotel mewah Crown Hotel di Perth, Australia

Roslan memuatnaikkan gambar fotonya pada 3hb April 2014 di sebuah hotel mewah Crown Hotel di Perth, Australia

Pos dala Twitter Najib pada hari yang sama

Pos dala Twitter Najib pada hari yang sama

Pada hari yang sama, Perdana Menteri Najib Razak berada di Perth Australia bersama Perdana Menteri Australia Tony Abbott dan Ketua Marshal Udara Australia Angus Houston ketika mencari pesawat MAS MH370 yang hilang.

Nay Pyi Taw, Myanmar – Mei 2014

Roslan mendaftarkan diri menginap di Hotel Sky Palace di bandaraya Nay Pyi Taw on 10 Mei 2014

Roslan mendaftarkan diri menginap di Hotel Sky Palace di bandaraya Nay Pyi Taw on 10 Mei 2014

Najib menuliskan tweet semasa tiba di Nay Pyi Taw

Najib menuliskan tweet semasa tiba di Nay Pyi Taw

Najib dan Rosmah tiba di Nay Pyi Taw pada hari yang sama untuk menghadiri Sidang ASEAN ke-24 di Myanmar.

Almaty, Kazakhstan – Mei 2014

Roslan di Radisson Almaty, Kazakhstan

Roslan di Radisson Almaty, Kazakhstan

Pada hari yang sama Najib disertai oleh Rosmah, Menteri Pelajaran Ke-2 Idris Juson dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz, sama lawatan kerja tiga hari ke Kazakhstan untuk mengukuhkan persahabatan dua hala.

Gambar foto Roslan ketika menyertai lawatan rasmi ke Venice, Italy

Gambar foto Roslan ketika menyertai lawatan rasmi ke Venice, Italy

Rosmah mansor telah berada di Venice, Italy pada hari yang sama untuk bertemu dengan pelari solo wanita Malaysia, Suwaibah Muhd Nasir sempena Larian Merentas Laluan Sutera Balikan Marco Polo (AROMA).

Paris, Perancis – Jun 2014

Roslan ketika bergambar di hotel Four Season George V di Paris

Roslan ketika bergambar di hotel Four Season George V di Paris

Pada hari yang sama (04/06/2014) Rosmah menghadiri acara “Women: Redesigning Economies, Societies” sempena Persidangan Wanita Sedunia di Paris, Perancis.

Amsterdam, Belanda – Julai 2014

Roslan mengambil gambar foto di hotel Intercontinental di Amsterdam

Roslan mengambil gambar foto di hotel Intercontinental di Amsterdam

Najib menuliskan tweet pada hari yang sama

Najib menuliskan tweet pada hari yang sama

Pada hari yang sama (31/07/2014), Najib telah berada di Amsterdam untuk siding akhbar bersama Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, mengenai k=tragedi yang menimpa pesawat Malaysia MH17.

New York, Amerika Syarikat – September 2014

Roslan berdiri di luar hotel Mandarin Oriental 5 bintang di New York

Roslan berdiri di luar hotel Mandarin Oriental 5 bintang di New York

Pada minggu yang sama Roslan digambar di New York, Najib dan Rosmah mengadakan lawatan kerja ke New York dan San Francisco. Najib dilihat berada di hotel yang sama (Mandarin Oriental) hanya dua hari selepas itu.

Beijing, China – November 2014 

Roslan bergambar di hotel Shangri La di Beijing, China pada 12 November 2014

Roslan bergambar di hotel Shangri La di Beijing, China pada 12 November 2014

Rosmah dan Najib telah tibas dua hari lebih awal untuk menghadiri persidangan APEC ke-22 untuk para pemimpin ekonomi di Beijing, China.

Zurich, Switzerland – Januari 2015 

22hb Janurai – Roslan berada di Zurich, Switzerland

22hb Janurai – Roslan berada di Zurich, Switzerland

Diumumkan dalam Tweeter bahawa Najib juga berada di Zurich pada hari yang sama

Diumumkan dalam Tweeter bahawa Najib juga berada di Zurich pada hari yang sama

Pada hari yang sama (22/01/2015), Najib dan Rosmah tiba ti Zurich, Switzerland untuk Forum Ekonomu Sedunia (WEF).

Almaty, Kazakhstan – April 2015 

Roslan berada di Almaty pda hari yang sama perkahwinan anak perempuan Najib. Adakah itu suatu kebetulan?

Roslan berada di Almaty pda hari yang sama perkahwinan anak perempuan Najib. Adakah itu suatu kebetulan?

Anak perempuan Rosmah dan Najib, Nooryana Najwa Binti Mohd Najib berkahwin dengan warga Kazakhstan, Danair Kesibeyev di Alamty, padaa hari yang sama Roslan diambil gambarnya di bandar yang sama.

Langkawi, Malaysia – April 2015 

Roslan bergambar di hotel St Regis di Langkawi pada bulan April 2015

Roslan bergambar di hotel St Regis di Langkawi pada bulan April 2015

Sehari kemudian (29/04/2015), Najib menghadiri Persidangan ASEAN ke-26 di Langkawi. Terdapat sebuah acara di mana para perwakilan disambut oleh Najib, di sebuah butik hotel St Regis di mana Roslan juga turut diambil gambarnya.

Singapore City, Singapura – Mei 2015 

Bergambar di Singapura pada 3hb Mei 2015

Bergambar di Singapura pada 3hb Mei 2015

Najib mengadaakan lawatan ke Singapura sehari kemudian selepas Roslan memuatnaikkan gambarnya. Najib mengadakan lawatan dua hari bagi menghadiri Sidang Para pemimpin Malaysia-Singapura Ke-6.

Tokyo, Jepun – Mei 2015

Roslan di Tokyo, Jepun pada 25hb Mei

Roslan di Tokyo, Jepun pada 25hb Mei

Menuliskan kandungan tweeter dari Tokyo pada hari yang sama

Menuliskan kandungan tweeter dari Tokyo pada hari yang sama

Sehari sebelum Roslan memuatniakkan gambarnya (24/05/2015), najib telah tiba di Tokyo sempena kunjungan rasminya ke Jepun. Lawatan itu bertujuan mengukuhka hubungan antara dua negara.

Jeddah, Arab Saudi – Jun 2015 

Roslan bergambar di hotel Hilton Jeddah dalam bulan Jun tahun ini

Roslan bergambar di hotel Hilton Jeddah dalam bulan Jun tahun ini

Najib juga mengumumkan lawatan kerjanya di Jeddah dalam laman sosial Twitternya

Najib juga mengumumkan lawatan kerjanya di Jeddah dalam laman sosial Twitternya

Sehari kemudian, iaitu pada 07/06/2015, Najib memulakan lawatan rasminya ke Jeddah, Arab Saudi bersama isterinnya Rosmah. Kedua-dua mereka dijemput Raja Salman Abdulaziz.

Saya bersama bos saya menunaikan haji bersama-sama rakan sekembara dari seluruh dunia

Saya bersama bos saya menunaikan haji bersama-sama rakan sekembara dari seluruh dunia

Dengan itu, adakah umum percaya bahawa Roslan Sohari tidak mengenali siapa Najib dan Rosmah, dan bahawa dia menafikan pernah menyimpan wang dua juta ringgit bagi pihak Rosmah pada awal tahun ini?

Atau, adakah kita akan menganggap dia hanya merasa cemas dan berbohong?

Dalam masa yang sama, para pembaca blog SR ini telah bermurah hati memainkan peranan si Roslan untuk mendepositkan sedikit wang ke dalam akaun milik Rosmah.

Pihak bank telah menerima pindahan wang ke dalam akaun ini, dengan mengesahkan bahawa butir-butir itu serasi dengan rekod di bank itu!

Pihak bank telah menerima pindahan wang ke dalam akaun ini, dengan mengesahkan bahawa butir-butir itu serasi dengan rekod di bank itu!

Sejumlah wang sebanyak RM2 dan RM1 itu telah diterima ke dalam akaun milik Rosmah Mansor, menggunakan butir-butir yang diberikan oleh siasatan kami.

Pihak bank telah menerima pindahan wang itu, maka mengesahkan bahawa butir-butir akaun yang diberikan itu serupa dengan rekod dalam bank itu.

Transaksi di atas telah meningkatkan deposit Rosmah Mansor dalam akaunnya sebanyak RM2 dari RM2 juta!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments