Taktik Mencemuh Tidak Dapat Padamkan Bukti

Barisan watak-watak seperti digambarkan oleh Bloomberg

Barisan watak-watak seperti digambarkan oleh Bloomberg

Jika semuanya bersih putih bak salji berhubung usahasama PertroSaudi 1MDB, pastinya kini semua eksekutif yang telah naik marah telah tiba di KL bersama-sama bukti mereka?

Semua watak yang amat dikenali oleh orang-orang Malaysia berhubung kecurian berbillion-billion dollar itu, Tarek Obaid, Jho Low, Patrick Mahony, Khadem Al Qubaisi dan rakan-rakan merek yang lain, akan dapat mengemukakan akaun yang jelas berhubung keadaan yang sebenarnya.

Dan semua pembohongan yang kononnya telah dikemukakan oleh Sarawak Report dan pengkritik-pengkritik 1MDB yang lain (termasuk Dr Mahathir, akhbar The Edge, wartawan-wartawan asing, DAP dan PKR) mungkin dapat ke tunjukkan sebagai ‘rancangan tersusun’.

Namun sebaliknya mereka ini sedang bersembunyi di luar negara.

Jho Low telah hilang entah ke mana, dijangka berada di Taiwan, di mana rakannya Jerome Lee berada sehingga penangkapan dibuat oleh pihak emigresen negara itu.

Rakan Jho Low, Nik Faisal Ariff Kamil, pengurus utama dalam 1MDB dan juga pindahan wang dari SRC ke dalam akaun Perdana Menteri juga telah melarikan diri dari Penguatkuasa Undang-undang dan kini bersembunyi di luar negara.

Dan kini pasukan Penguatkuasa Undang-undang yang sama telah menerima waran untuk mencari dua orang individu yang dikenalpasti oleh Sarawak Report, Jasmin Loo (bekas pegawai dalam UBG) dan Casey Tang (1MDB) sebagai mereka yang ingin bercakap, tetapi telah menghilangkan diri.

Hilang ...

Hilang …

Walau bagaimana pun, para pelindung individu-individu ini, yang berkedudukan dalam kerajaan telah seringkali cuba menafikan perkara ini dan menganggapnya sebagai “rancangan terurus” antara orang-orang jahat untuk alasan yang bertentangan.

Mereka menuduh Sarawak Report sebagai telah “mengganggu” bahan bukti.

‘Bukti’ bahan-bahan yang telah ‘diganggu’ amat bergantung pada rengekan seorang lelaki kurang siuman dari Sarawal – Lester Melanyi yang telah merengek selama 15 minit menerusi video yang tidak terkenalnya.

Termasuk beberapa andaian yang belum disahkan oleh syarikat keselamatan yang diupah oleh PetroSaudi sendiri, syarikat Protection Group International (PGI).

Dan kini, sesuatu yang mungkin telah atau tidak mungkin akan disebut oleh sumber maklumat kami, bekas pegawai eksekutif PetroSaudi, yang telah ditemuramah secara rahsia (dan tidak sah) oleh New Straits Times di penjara Bangkok, supaya kata-katanya tidak boleh diperiksa atau disahkan.

Justo belum lagi didakwa atau diperiksa atas tuduhan memeras ugut sebagaimana dilakukan oleh PetroSaudi, yang telah memburu pemberi maklumat itu selain menjawab pertuduhan kegiatan salahlaku mereka.

Jho-Low-With-Paris-Hilton-Partying-21 Walau bagaimana pun, para pelindung individu-individu ini, yang berkedudukan dalam kerajaan telah seringkali cuba menafikan perkara ini dan menganggapnya sebagai “rancangan terurus” antara orang-orang jahat untuk alasan yang bertentangan.

Mereka menuduh Sarawak Report sebagai telah “mengganggu” bahan bukti.
‘Bukti’ bahan-bahan yang telah ‘diganggu’ amat bergantung pada rengekan seorang lelaki kurang siuman dari Sarawal – Lester Melanyi yang telah merengek selama 15 minit menerusi video yang tidak terkenalnya.

Termasuk beberapa andaian yang belum disahkan oleh syarikat keselamatan yang diupah oleh PetroSaudi sendiri, syarikat Protection Group International (PGI).

Dan kini, sesuatu yang mungkin telah atau tidak mungkin akan disebut oleh sumber maklumat kami, bekas pegawai eksekutif PetroSaudi, yang telah ditemuramah secara rahsia (dan tidak sah) oleh New Straits Times di penjara Bangkok, supaya kata-katanya tidak boleh diperiksa atau disahkan.

Justo belum lagi didakwa atau diperiksa atas tuduhan memeras ugut sebagaimana dilakukan oleh PetroSaudi, yang telah memburu pemberi maklumat itu selain menjawab pertuduhan kegiatan salahlaku mereka.

Mana-mana bank atau pihak penguatkuasa undang-undang akan dapat menunjukkan bahawa emel ini palsu atau telah diganggu, sama seperti bagaimana pihak bank BSI Singapura yang telah memberitahu pihak penguatkuasa kewangan Singaoura bahawa sebuah penyata bank yang dikemukakan oleh 1MDB kepada CEO Arul Kanda yang menuduh bahawa sejumlah 1.3 billion dalam akaun bank mereka telah dipalsukan.

Rakan Jho Low, Nik Faisal Ariff Kamil menghilang diri entah ke mana

Rakan Jho Low, Nik Faisal Ariff Kamil menghilang diri entah ke mana

Sarawak Report telah memperkenalkan Justo kepada para pengurus The Edge di Singapura dalam bulan Februari lal di sebuah pertemuan di Hotel Fullerton seperti diumumkan. Kami mendapati bahawa bahan-bahan pada Justo hampir lebih setahun telah digunakan untuk menjejakinya dan mendapat kepercayaannya.
Pihak akhbar The Edge telah ditemani oleh sepasukan pakar IT mana kala, Sarawak Report pula tidak disertai mana-mana pakar.

Pihak-pihak yang bertemu ketika itu bersetuju Justo menyerahkan bahan-bahan itu dan memberikannya kepada para pakar.

Pada hari berikutnya para pakar membuat tiga salinan bahan itu, sesalinan diserahkan kepada Sarawak Report, sesalinan lagi kepada The Edge dan sesalinan lagi mereka simpan untuk kegunaan masa hadapan.

Sarawak Report telah kembali ke London dengan segera. Jelaslah bahan itu sukar dibuka kerana ciri-ciri keselamatan program itu.

Sarawak Report kemudiannya menghubungi akhbar Sunday Times, yang menggunakan pakar komputer mereka untuk mengakses bahan itu.

Akhbar Sunday Times telah menerbitkan berita mereka sendiri mengenai 1MDB serentak dengan Sarawak Report, bersandarkan analisa mereka sendiri pada dokumen-dokumen daripada Justo

Akhbar Sunday Times telah menerbitkan berita mereka sendiri mengenai 1MDB serentak dengan Sarawak Report, bersandarkan analisa mereka sendiri pada dokumen-dokumen daripada Justo

Salinan bahan yang telah dinyahsulitkan dari Sunday Times itu akhirnya dikembalikan kepada Sarawak Report untuk dikendalikan. Sunday Times masih menyimpan salinan nyahsulit yang asalnya.

Dalam pada itu, The Edge telah menggunakan khidmat pakar mereka sendiri untuk memeriksa bahan yang sama di Singapura.

Mereka juga akhirnya berjaya membuka fail berasingan yang serupa dan telah mencapai rumusan yang sama mengenai urusniaga PetroSaudi.

Sarawak Report telah menerima salinan asal bahan yang diperolehi di Singapura (diambil dari Sunday Times, yang telah mengekalkan salinan nyahsulit) kepada sepasukan penyiasat rasmi dari US, yang datang ke London untuk mengambil keterangan daripada Sarawak Report.

Selain bahan yang telah dinyahsulit oleh Sunday Times, Sarawak Report juga telah menerima sekeping cakera yang mengandungi dokumen-dokumen utama dari fail-fail oleh Justo, yang menunjukkan apa yang berlaku dalam urusniaga itu.

Bahan-bahan ini telah diserahkan Justo kepada Sarawak Report secara berasingan dan semua bahan itu menyamai apa yang telah dinyahsulit Snday Times dan secara berasingan oleh Edge.

Justo seterusnya telah menghantar salinan kedua keseluruhan bahan yang terus pada sekeping cakera kepada Sarawak Report, yang berada dalam simpanan yang selamat. Jika Sarawak Report telah mengganggu salinan yang asal yang diterimanya, ini sudah tentu akan berbeza dengan versi yang kami gunakan.

Begitu juga the Edge telah menerima versi yang kedua secara berasingan daripada Justo pada tarikh yang kemudiannya. Sekali lagi, ini mungkin akan berbeza dari versi yang telah ‘diganggu’ oleh Sarawak Report kerana ianya dihantar berasingan kepada the Edge.

The Edge mengemukakan hujah mereka bahawa analisa mereka berdasarkan dokumen-dokumen yang mereka terima pada masa yang sama tetapi berasingan pada Sarawak Report. Bagaimana kami telah mengganggunya?

The Edge mengemukakan hujah mereka bahawa analisa mereka berdasarkan dokumen-dokumen yang mereka terima pada masa yang sama tetapi berasingan pada Sarawak Report. Bagaimana kami telah mengganggunya?

Namun media-media yang telah menerima bahan-bahan itu telah mencapai rumusan mengenai sifat semulajadi urusniaga 1MDB PetroSaudi, terutamanya US$700 juta yang telah disedut keluar oleh firma yang dikendalikan oleh Jho Low.

Sememangnya, menurut rekod bahawa Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB telah meletakkan jawatannya berhubung masalah itu sebaik sahaja urusniaga dicapai dalam tahun 2009.

Dan, setelah ditunjukkan oleh agensi-agensi berita dan para penganalisa politik dan kewangan, bukti dari pangkalan data PetroSaudi yang diberikan oleh Justo adalah selari dengan bukti berhubung urusniaga yang telah dibincangkan selama beberapa tahun ini – dan telah meletakkan dana itu menanggung hutang yang amat berat sehingga kini.

Maka cemuhan dan kutukan dari para pelindung dana 1MDB ini tidak akan membantu menjernihkan kemelut yang mencemarinya.

Jika kita telah menulis bahan berupa sampah, maka para penyiasat dalam badan penguatkuasa dan PAC sudah lama menggelar kami sebagai pembohong. Sebaliknya mereka telah mencungkil lebih banyak bukti dan mengeluarkan waran-waran tangkap ke atas para eksekutif 1MDB yang telah mula lari lintang pukang ke semua arah.

Terdapat juga soalan-soalan mengapa Sarawak Report dibabitkan dalam rancangan mengganggu dokumen-dokumen ini, yang begitu penting seadanya?

Kami telah digodam, dijangka dengan harapan menemui beberapa konspirasi perniagaan yang boleh ditunjukkan. Mungkin para penggodam cuba mengganggu bahan yang kami dedahkan.

Ingat permukaan ini? Adakah semua wang orang Arab akan dilaburkan di Malaysia? Namun tidak satu senpun yang datang masuk ...

Ingat permukaan ini? Adakah semua wang orang Arab akan dilaburkan di Malaysia? Namun tidak satu senpun yang datang masuk …

Namun Sarawak Report tergerak oleh sesuatu yang lebih mudah dan difahami oleh kebanyakan orang awam.

Ini lahir dari kehendak untuk mendedahkan skandal gergasi di Malaysia yang melambangkan jenayah rasuah dan eksploitasi, yang diakibatkan pemusnahan Hutan Borneo dan kecurian khazanah sumber alsi Malaysia dari rakyatnya.

Ini seterusnya melambangkan masalah global, yang dipacu oleh segelintir orang yang tamak dari beberapa negara. Para penguatkuasa perbankan, kerajaan-kerajaan dan institusi-institusi professional harus bekerja keras dan jujur untuk menghalangnya.

Jika tidak setiap orang akan menjadi mangsa kerana undang-undang telah dilemahkan.
Bersyukurlah kita pada masalah ini, pembangunan di Malaysia telah membuka ruang kepada mereka yang tamak, dalam masa projek Tun Razak Exchange yang menjadi lambang yang belum dijelmakan.

Inilah persoalan-persoalan yang harus dijawab oleh para pelaku jenayah ini – bahawa kami dan agensi berita yang lain yang telah mendedahkan masalah ini amat gembira kerana kami telah berusaha membuka lembaran cerita kami.

Pembangunan atau kecurian?

Pembangunan atau kecurian?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments