Awas – Lebih Ketelusan Diperlukan Mengenai US$3 Billion Yang Diterbitkan Oleh 1MDB!

Satu tekaan untuk pemberi derma bermisteri yang datang dari Timur Tengah ini – seorang lelaki yang pernah mendakwa dirinya sebagai pembiaya pembikinan filem Wolf Of Wall Street hasil Riza Aziz – Al-Husseiny adalah pengerusi bank Falcon dalam 2013 dan kini masih selaku CEO dalam Aabar Investment

Satu tekaan untuk pemberi derma bermisteri yang datang dari Timur Tengah ini – seorang lelaki yang pernah mendakwa dirinya sebagai pembiaya pembikinan filem Wolf Of Wall Street hasil Riza Aziz – Al-Husseiny adalah pengerusi bank Falcon dalam 2013 dan kini masih selaku CEO dalam Aabar Investment

Khabar angin mengatakan bahawa Perdana Menteri tidak lama lagi akan mendedahkan ‘penderma dari Timur Tengah’ rahsia US$680 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya sebaik sebelum pilihanraya umum yang lalu.

Timbalan PM yang juga Timbalan Presiden dalam UMNO tidak tahu mengenai kemasukan wang ini, tetapi Najib mengatakan ianya dikhususkan untuk kempen pilihanraya umum – bahawa ianya “bukan untuk kegunaan persendirian”.

Jika UMNO diuruskan dengan betul, segala derma kepada parti itu akan direkodkan dan semua perbelanjaan diperincikan.

Ketelusan merupakan gandingan bagi kebenaran dan jika Najib sememangnya tidak bersalah dalam tuduhan-tuduhan dan dakwaan-dakwaan ini, maka dia dan si penderma berhati murah itu harus berterus terang – kita harus dipersembahkan dengan segala pindahan-pindahan wang pada ‘derma’ ini dan orang ramai mungkin akan percaya pada seorang pemimpin yang kini sudah terkenal sebagai pencerita bagi cerita yang senantiasa berubah-ubah.

Siapa yang memiliki Tanore Finance Corporation BVI dengan akaun di Aabar yang dimiliki oleh bank Falcon, cawangan Singapura?

Siapa yang memiliki Tanore Finance Corporation BVI dengan akaun di Aabar yang dimiliki oleh bank Falcon, cawangan Singapura?

‘Penderma’, pada asalnya, harus mengesahkan bahawa dia sebenarnya pemegang akaun untuk Tanore Finace Corporation (BVI) di bank Falcon di Singapura dalam bulan Mac 2013.

Inilah yang boleh disemak atau diperiksa oleh badan-badan penguatkuasa undang-undang perbankan, maka tindakan terbaik adalah jangan berbohong.

‘Si penderma’ pula dan sememangnya pihak-pihak bank seperti Wells Fargo juga harus menjelaskan mengapakah maklumat penting mengenai identiti penderma dan penerima derma ditinggalkan pada dokumen-dokumen pindahan wang itu, yang pada hakikatnya dinamakan sebagai “bayaran”.

Butir-butir pindahan wang yang tidak lengkap ... iaitu, nama-nama tidak dimasukkan

Butir-butir pindahan wang yang tidak lengkap … iaitu, nama-nama tidak dimasukkan

Jika pihak-pihak bank berkaitan, termasuk Wells Fargo, gagal memperolehi dan mendaftarkan maklumat ini, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat dalam jenayah pengubahan wang – bagi jumlah wang yang serius.

Paling penting, perlu ada ketelusan pada kekaburan kegiatan menerbitkan wang oleh 1MDB dan dana Aabar dari Abu Dhabi, dilihat secara terancang dan kebetulan dengan ‘derma’ 2013 yang luarbiasa dan tidak bersokong ini.

‘Usahasama berstrategi’ 1MDB yang dimeterai dengan Aabar pada 12hb Mac telah menyebabkan bon US$3 billion diterbitkan hanya dua hari sebelum US$680 juta mula memasuki akaun peribadi Najib Razak.

Jika kedua-dua pindahan terlampau besar ini adalah berasingan, maka kenapa butir-butirnya tidak diumumkan dan selesaikan perkara itu?

Bos kepada Al-Husseiny pada ketika itu adalah rakan pesta-pesta keramaian Jho Low dan juga Pengerusi Aabar Investments, Khadem Al-Qubaisi

Bos kepada Al-Husseiny pada ketika itu adalah rakan pesta-pesta keramaian Jho Low dan juga Pengerusi Aabar Investments, Khadem Al-Qubaisi

Al-Husseiny (atas) mengumumkan bahawa dia telah secara peribadi membiayai filem yang dibuat oleh anak tiri Najib, Riza Aziz. Ini merupakan pengakuan luar biasa bagi seorang penjawat awam dan kenyataan itu tidak pula disokong oleh apa-apa bukti.

Ini menunjukkan percanggahan kepentingan yang nyata, melihat kepada perkaitan antara kegiatan pinjaman 1MDB dan Aabar – hubungan yang telah ditunjukkan adalah lumayan buat Aabar walaupun peranan mereka amat pasif dalam pelaburan dalam 1MDB.

Inilah isu-isu yang harus diselesaikan menggunakan ketelusan.

Kimora, isteri Tim Leissner dari Goldman Sachs, menunjukkan rakan istimewanya

Kimora, isteri Tim Leissner dari Goldman Sachs, menunjukkan rakan istimewanya

Akaun-akaun urusniaga 1MDB yang dikendalikan dalam jangkamasa itu adalah untuk tahun berakhir Mac 2014.

Menurut laporan Delloite, akaun-akaun ini kurang di segi butir-butir, namun mereka dapat mengesahkan sejumlah US$3 billion yang telah diterbitkan oleh anak syarikat 1MDB, Global Investments Limited (IMGIL) sebagai ‘benih modal’ untuk projek usahasama dengan Aabar yang dinamakan Abu Dhabi Malaysia Investments Company  (ADMIC).

Inilah sumbangan pihak Malaysia pada ‘usahasama berstrategi’ yang dimeterai pada 12hb Mac 2013 antara 1MDB dan Aabar untuk membangunkan cadangan projek ‘Tun Razak Exchange’.

Akhirnya pihak Aabar tidak menyumbangkan apa-apa.

Wang itu telah diterbitkan secara peribadi hanya dalam masaa satu minggu oleh bank Goldman Sachs International (GSI) menurut kandungan akaun-akaun ini, yang menunjukkan bahawa wang itu telah diterbitkan pada 19hb Mac.

GSI pada mulanya telah menerbitkan dua bon pembelian tenaga untuk 1MDB, yang alasannya tidak dapat dijelaskan dijamin bersama oleh Aabar (suatu perkara hanya diketahui menerusi salinan-salinan rahsia bon yang telah dibocorkan).

Kesemuanya bank itu telah menerbitkan US$6.5 billion dalam bentuk pinjaman untuk Najib, dengan mengenakan yuran perkhidmatan sebanyak US$590 juta.

GSI memindahkan wang itu dalam masa seminggu dan menuntut yuran perkhidmatan yang terlampau besar! [Laporan Tahunan 1MDB 2014]

GSI memindahkan wang itu dalam masa seminggu dan menuntut yuran perkhidmatan yang terlampau besar! [Laporan Tahunan 1MDB 2014]

Pertama, ia memberitahu kita bahawa separuh dari keseluruhan US$3 billion yang telah diterbitkan pada 19hb Mac 2014, yang seharusnya digunakan untuk projek Tun Razak Exchange telah dibelanjakan pada penghujung tempoh perakaunan!

Aduan telah semakin kedengaran mengenai kelewatan projek TRX

Aduan telah semakin kedengaran mengenai kelewatan projek TRX

Ianya tidak digunakan ke atas projek (semua orang tahu bahawa kawasan itu masih lapang lagi) namun, menurut akaun-akaun US$1.58 billion telah disimpan dalam bank, namun keuntungan kasar [US$1.42 billion]” itu telah “digunakan oleh syarikat berkenaan sebagai modal kerja dan bayaran balik hutang” i.e. dihabiskan begitu sahaja!

 ‘Surat jaminan’ daripada Menteri Kewangan (Najib) yang juga selaku pemegang saham tunggal secara rahsia dalam 1MDB

‘Surat jaminan’ daripada Menteri Kewangan (Najib) yang juga selaku pemegang saham tunggal secara rahsia dalam 1MDB

Najib harus terdesak meredakan rasa risau orang ramai mengenai kebocoran wang yang terlampau banyak itu yang mungkin telah digunakannya membiayai ‘penderma rahsianya’ dari Timur Tengah, sebagai contoh.

Laporan Tahunan 2014 seterusnya memberikan petunjuk yang luarbiasa mengenai pengurusan bon yang dikendalikan oleh GSI.

Ini kerana hanya wang yang telah diterbitkan untuk projek itu sahaja datang dari pihak 1MDB Malaysia, namun pihak Aabar yang dalam usahasama itu tidak mengeluarkan apa-apa sekali pun.

Hal ini telah diketahui apabila pengumuman dibuat semasa pemeteraian perjanjian pada 12hb Mac. Namun dengan kurangnya peranan Aabar dalam pelaburan sebenar itu, persoalannya mengapa?

Kini kami tahu bahawa Aabar telah mengaut untung setelah berperanan selaku penjamin bersama dalam perjanjian pembelian tenaga (berjumlah US$3.5 billion).

CEO bank Falcon Eduardo Leeman adalah bekas pegawai dalam Goldman Sachs

CEO bank Falcon Eduardo Leeman adalah bekas pegawai dalam Goldman Sachs

The Edge tela membuat perkiraan bahawa Aabar mungkin telah mengambil sekurang-kurangnya satu billion dollar dari usahasama itu, terima kasih pada pilihan yang diperolehinya dalam kapasitinya yang tidak dapat dijelaskan selaku penjamin bersama.

Goldman Sachs yang bertindak selaku broker dalam urusniaga yang pelik itu telah mendapat komisyen yang sungguh luarbiasa besarnya, dengan alasan yang tidak dapat dijelaskan.

Bos GSI Asia Tim Leissner, telah mendapat keuntungan berekod sebanyak $550 juta dari bon 1MDB – kemudian GSI meninggalkan pasaran KL setelah persoalan mula disuarakan – di sini bersama isterinya seorang model, Kimora

Bos GSI Asia Tim Leissner, telah mendapat keuntungan berekod sebanyak $550 juta dari bon 1MDB – kemudian GSI meninggalkan pasaran KL setelah persoalan mula disuarakan – di sini bersama isterinya seorang model, Kimora

Penderma yang sangat pemurah hati dari bank Falcon yang telah memasukkan wang US$680 juta setelah dua hari Goldman memindahkan duit bon itu diterbitkan.

Najib tidak dapat mengadu mengenai spekulasi setelah berbulan-bulan lamanya skandal berkenaan kehilang berbillion-billion, dalam masa bayaran masuk secara rahsia pada dirinya kini ditimbulkan, dia masih gagal menjelaskan dengan meyakinkan.

Rakan perbankan utama Najib dalam semua kegiatan ini telah merasakan bahang. Pejabat Goldman Sachs di KL telah digeledah oleh para penyiasat dari SPRM yang telah dijinakkan pada hari yang sama, 8hb Julai, mereka menggeledah pejabat-pejabat 1MDB.
Jelaslah para penyiasat ini juga telah merumuskan bahawa terdapat perkaitan antara bon-bon yang mereka terbitkan dengan skandal dalam 1MDB.

Tindak-tindak balas Najib – kombinasi penggeledahan, tangkapan, arahan pemindahan dan penafian telah dilaksanakan bagi menutup penyiasatan SPRM serta merta – sukar meyakinkan semua pihak. Pihak media and penguatkuasa undang-undang antarabangsa kini telah mula menyiasat urusniaga antarabangsa yang membabitkan salah sebuah bank terbesar di Amerika.

Singapura pula telah membekukan dua akaun di Aabar milik bank Falcon (termasuk akaun milik Tanore Finance Corporation, yang memindahkan wang kepada Najib) dan lima akaun juga telah dibekukan oleh penguatkuasa pusat di KL.

Para penguatkuasa di US kini telah mendapat semua butir berkenaan transaksi dollar untuk mengetahui siapa menghantar wang kepada siapa dan di mana, menurut Reuters.
Ketelusan sememangnya telah hilang dan Najib seharusnya membuktikan bahawa dia dan 1MDB tidak bersalah.

Pada tahun 2012, inilah ahli politik yang telah mengumumkan bahawa semua parti politik di Malaysia harus telus mengenai pembiayaan kegiatan politik mereka, namun kini mengarahkan supaya pihak pembangkang berbuat sesuatu dan menunjukkan tauladan. Bilakah agaknya ahli politik ini berhenti mengubah ceritanya dan mendedahkan kebenaran?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments