“Perjanjian Berikat” Atau Sekadar “Terlibat Dalam Perbincangan” Semata-mata? – Skandal Multi-Billion 1MDB

CEO Arul Kanda bercakap di TV bulan ini untuk mengatakan bahawa perjanjian dengan IPIC itu merupakan “jaminan” “dimeterai” untuk membayar hutang 1MDB – kini perbincangan itu nampaknya masih diteruskan

CEO Arul Kanda bercakap di TV bulan ini untuk mengatakan bahawa perjanjian dengan IPIC itu merupakan “jaminan” “dimeterai” untuk membayar hutang 1MDB – kini perbincangan itu nampaknya masih diteruskan

Penebusan balik 1MDB membabitkan berbillion-billion dollar (dan nilai hutang itu semakin bertambah dengan kejatuhan nilai ringgit setiap hari masa kini) namun kini syarikat itu menunjukkan kekeliruan mengenai sama ada sesuatu itu telah dipersetujui.

Setelah cerita bersensasi itu timbul pagi ini bahawa IPIC dari Abu Dhabi digesak untuk menarik diri mereka dari urusniaga yang kabur yang telah dikendalikan oleh bekas CEOnya Al-Husseiny yang telah dipecat untuk menjelaskan hutang-hutang 1MDB, namun dana it uterus mengeluarkan penafian yang saling bercanggah dengan kenyataan dirinya.

Akhbar Business Times dari Singapura telah memetik sebuah sumber yang tidak dinamakan yang dikaitkan dengan IPIC, yang telah memeberitahu akhbar itu bahawa “urusniaga itu lebih baik dari dihentikan sama sekali”.

Kenyataan itu telah menjadikan ‘penafian’ dari CEO Arul Kanda dari 1MDB, yang selama beberapa minggu ini mengatakan bahawa penebusan itu adalah benar, penyelesaian yang ditandatangani untuk meringankan bebanan syarikat.

Namun, kenyataan dalam ‘penafian’ hari ini hanya mencetuskan lebih banyak rasa cemas rakyat Malaysia mengenai kekurangan keupayaan 1MDB membiayai liabilitinya, yang kini menceecah US$11 billion.

Mengapakah perlu 1MDB, yang mempunyai rekod berbohong dan rekod salah urustadbir, mengharapkan rakyat akan menerima penafian yang dikeluarkan oleh “sumber yang bereputasi” ini, sejak kenyataan Arul Kanda itu bercanggah dengan kenyataannya yang terdahulu.

Afakah 1MDB kini dalam “perjanjian berikat” dengan IPIC atau kedua-duanya sedang “terlibat dalam perbincangan” – bagaimana mungkin ianya kedua-duanya sekali.

Pemeriksaan ke atas bukti jelas menunjukkan keadaan yang sebenarnya berlaku.

Dalam bulan Jun yang lalu Bursa London telah menerbitkan sebuah pengumuman bahawa dua buah syarikat telah memeterai “helaian terma berikat” berhubung penebusan yang dicadangkan bagi IPIC menebus 1MDB.

“Helaian terma berikut” itu bukannya perjanjian berikat.

“Helaian terma berikut” itu bukannya perjanjian berikat.

“Helaian terma berikat” itu bukannya “perjanjian berikat” sebagai didakwa oleh Arul Kanda dan sebagai peniaga senior yang terbabit dalam rundingan-rundingan ini dia harus faham akan pengertian-pengertian teknikal itu dengan baik.

Kajian pihak menjelaskan bahawa apa yang diumumkan pada bulan June lalu hanya merupakan pra-syarat sesebuah perjanjian, yang harus diumumkan untuk syarikat-syarikat awam yang disenaraikan.

Sehelai kertas terma mengandungi butir-butir perikatan mengenai perjanjian yang dicapai mendahului rundingan-rundingan sama ada untuk atau tidak meneruskan urusniaga di bawah terma-terma itu. Terma-terma itu tidak mewajibkan kedua-dua belah pihak untuk menyetujui dan memeterai sebarang perjanjian, yang akan dikendalikan kemudian.

Penerbitan sesebuah kertas terma hanya merupakan peringkat penyediaan perjanjian yang sebenarnya

Penerbitan sesebuah kertas terma hanya merupakan peringkat penyediaan perjanjian yang sebenarnya

Ini bermakna dalam masa dua bula yang lalu Arul Kanda telah dilihat mundar-mandir meyakinkan rakyat Malaysia bahawa rundingan untuk menebus 1MDB telah dicapai, walhal ini bukanlah kes penyelesaian yang sebenarnya.

Dalam wawancara TV pada 12hb Ogos lalu Arul telah memberitahu penontonnya bahawa urusniaga dengan IPIC telah terjamin untuk menanggung beban hutan 1MDB.

Sebenarnya urusan itu BELUM dimeterai seperti dinyatakan dan dicadangkan oleh 1MDB.

Ini juga bermakna bahawa keragu-keraguan yang dikemukakan oleh Singapore Times itu ada kemungkinannya dan boleh dipercayai selain perkara lain yang diumumkan oleh 1MDB.

Lagipun, dalam tempoh masa campurtangan itu IPIC telah memecat CEO mereka, yang kemudiannya menjadikan sukar diterima sebagai isyarat yang menyelesakan.

DIPECAT – CEO Aabar yang baru dipecat, yang telah merundingkan urusniaga IPIC dengan 1MDB minggu lalu

DIPECAT – CEO Aabar yang baru dipecat, yang telah merundingkan urusniaga IPIC dengan 1MDB minggu lalu

Minggu lalu Sarawak Report telah memperincikan kenapa Al-Husseiny yang mempunyai hubungan dengan 1MDB telah mencetuskan rasa risau di Abu Dhabi dan justeru itu telah mengakibatkannya dipecat dengan serta merta.

Sebagai contoh, Al-Husseiny merupakan orang yang menandatangani semua urusniaga antara Aabar Investments dengan 1MDB antara tahun-tahun 2012/2014 yang kini di bawah penilaian antarabangsa.

Dia juga merupakan Pengerusi dalam Lembaga IPIC/bank Falcon milik Aabar ketika pindahan wang berjumlah US$681 juta dilakukan pada akaun peribadi Najib Razak.

Dan dia juga telah akhirnya mengakui bahawa dialah merupakan pembiaya filem Hollywood, Wolf Of Wall Street, bernilai US$100 juta keluaran anak tiri Najib, Riza Aziz.

Juga DIPECAT – Al-Qubaisi, pengerusi berkontroversi dalam Aabar Investments

Juga DIPECAT – Al-Qubaisi, pengerusi berkontroversi dalam Aabar Investments

Bekas bos Al-Husseiny dan selaku pembantu pemain peranan utama dalam urusniaga awal Aabar dengan 1MDB, yang telah mengakibatkan Malaysia menanggung hutang yang terlampau besar, adalah Al-Qubaisi, telah dipecat dari IPIC pada bulan Mac tahun ini berikutan laporan Sarawak Report berhubung kegiatan-kegiatan sosial dan perniagaannya yang luar biasa melibatkan proksi Najib Razak, Taek Jho Low.

Dengan pemecatan kedua-dua pegawai ini, siapakah yang akan meneruskan urusniaga yang kurang jelas ini untuk disempurnakan di IPIC/Aabar, rakyat Malaysia tetap berhak untuk bertanya.

Adakah Abu Dhabi akan terus terbabit dalam senarai siasatan ke atas skandal 1MDB yang semakin berkembang, yang melibatkan pihak-pihak penguatkuasa antarabangsa atau mungkinkah mereka akan menarik diri dari mengadakan rundingan bersandarkan terma-terma perjanjian ini?

Pengertian-pengertian yang jelas berkenaan kertas-kertas terma bukanlah perjanjian berikat

Pengertian-pengertian yang jelas berkenaan kertas-kertas terma bukanlah perjanjian berikat

Apa yang difahami oleh masyarakat kewangan antarabangsa kini adalah penebusan 1MDB itu belum lagi diakui sebagai penebusan dan ianya mungkin akan gagal.

Kami juga mendapati bahawa penafian Arul Kanda itu sebenarnya berupa pengakuan dan bahawa sekali lagi pegawai awam paling kanan itu telah berbohong mengenai perkara-perkara yang terlampau penting.

Tiada siapa yang akan terkejut dengan pembohongan ini. Pada bulan Mac lau Arul Kanda telah dilihat sebagai terpaksa menarik balik kenyataannya bahawa 1MDB mempunyai simpanan US$1.13 billion di bank BSI di Singapura, namun setelah Sarawak Report membuat pendedahan seperti dinyatakan oleh pihak-pihak berkuasa Singapura, ianya didapati tidak benar.

Maka, tidak hairanlah jika ratusan ribu rakyat akan berarak dan berkumpul di jalanan di pada hujung minggu ini Malaysia untuk menuntut dijelmakan ketelusan.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments