Bagaimana Wang 1MDB Hilang Menerusi Urusniaga Pembelian Tenaga Aabar

Tony Pua Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara

Tony Pua Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara

Ketika orang yang bertanggungjawab membuat keputusan pelaburan 1MDB sedang berada di bandaraya New York, wakil DAP, Tony Pua telah mengemukakan persoalan berkenaan angka-angka yang menakjubkan.

Menurut Pua, dari US$3.5 billion yang diterbitkan oleh dana itu menerusi pembelian bon-bon, 1MDB dituduh telah melarikan difisit berjumlah US$649 juta!

Bon-bon itu telah diterbitkan menerusi jaminan bersama oleh anak syarikat Aabar dari Abu Dhabi, dana IPIC, yang menurut Pua dan yang lainnya, bahawa tindakan itu tidak perlu dan telah menjadikannya terlalu mahal.

Seperti yang Pua tunjukkan:

“Ini bermakna anak syarikat Kementerian Kewangan telah kehilangan wang lebih banyak dari yang dipinjamnya!”

Perkiraan-perkiraan Pua adalah bersandarkan pada maklumat yang kini boleh diperolehi mengenai apa yang dikatakan sebagai urusniaga rahsia untuk dana ‘pembangunan’, yang telah dikendalikan oleh Perdana Menteri.

Bon-bon pembelian tenaga pada tahun 2012 merupakan pembelian kedua dari tiga usahasama utama untuk menerbitkan wang oleh 1MDB, yang kesemuanya berakhir dengan kerugian selain memacu pelaburan seperti dijanjikan.

Bot pencarigali minyak PetroSaudi, namun apakah faedah yang dinikmati oleh 1MDB dari usahasama itu?

Bot pencarigali minyak PetroSaudi, namun apakah faedah yang dinikmati oleh 1MDB dari usahasama itu?

Yang pertama merupakan usahasama dengan PetroSaudi, di mana 1MDB telah memasukkan US$1.9 billion, kesemua itu telah ditunjukkan sebagai disedut keluar dari dana pembangunan itu.

Perdana Menteri yang juga selaku Menteri Kewangan itu telah secara berterusan mengatakan bahawa 1MDB telah menjualkan ‘kepentingannya’ dalam usahasama dengan PetroSaudi untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan kepada pihak ketiga (yang telah tidak dinamakan) dan bahawa keuntungan itu (yang dianggarkan mencecah US2.3 billion) disimpan dalam sebuah dana yang tidak dinamakan di Cayman Island.

Namun dakwaan-dakwaan itu terbukti kosong.

Setelah 1MDB terpaksa mengumumkan bahawa mereka telah ‘memindahkan wang tunai’ dari Cayman Islands ke dalam sebuah akaun BSI di Singapura, Sarawak Report telah menerbitkan sebuah penyata oleh para penguatkuasa kewangan Singapura bahawa sebenarnya tiada wang yang nyata dalam akaun itu, hanya aset-aset kertas sahaja.
1MDB telah dipaksa mengumumkan bahawa penyata itu sebagai benar.

Jelaslah dari rekod-rekod yang ada pada Sarawak Report yang diperolehi dari PetroSaudi bahawa semua wang itu telah dipindahkan ke dalam akaun syarikat Good Star, untuk menebus bank UBG dan juga untuk membayar PetroSaudi.

Wang yang digunakan dalam dua pembelian tenaga yang berasingan amatlah besar-besar belaka – dua buah bon US$1.75 billion untuk meneribitkan sejumlah US3.5 billion, diandaikan untuk membeli stesen-stesen tenaga.

Namun, Pua kini telah menganalisa rekod-rekod untuk mendedahkan kebanyakan dari wang yang diterbitkan itu telah digunakan untuk pembayaran-pembayaran, bahawa pada akhirnya 1MDB berhutang lebih dari US$3.5 billion menerusi penerbitan bon pada mulanya dahulu.

Pertama, katanya, 1MDB telah membayar sejumlah US$300 juta kepada Goldman Sachs sebagai “suatu komisyen, yuran dan perbelanjaan pelbagai” untuk urusan menerbitkan bon-bon itu.

Kedua, 1MDB dituduh telah meletakkan US$1.4 billion sebagai sandaran pada dana induk Aabar, IPIC, namun wang sejumlah itu tidak pernah didaftarkan sebagai diterima oleh IPIC, yang kini telah mempersoal Najib di manakah wang itu berada kini.

Pilihan tertentu yang ketiga yang ditawarkan kepada Aabar sebagai sebahagian dari perjanjian urusniaga, di mana 1MDB telah bersedia untuk menamatkannya. Rekod perakaunan, menurut Pua, bahawa 1MDB pada mulanya telah membayar sebanyak US$993 juta (yang seharusnya diperolehi dari akaun Cayman Islands).

Kemudian 1MDB telah membayar US$975 juta lagi yang dipinjam dari bank Deutsche yang mengetuai consortium untuk tujuan yang sama.

Mengatasi semua itu, kata Pua, 1MDB masih berhutang pada IPIC sebanyak US$481 juta seperti pada 31 Disember 2014.

Ini menambahkan pada sebuah defisit pada wang yang dipinjam itu kepada US$649 juta.
Tidak menghairankan, menurut pemerhatian Pua, bahawa dana yang teruk dibelengiu hutang itu sedang terkial-kial dalam hutang yang amat besar, jika ianya telah terbabit dengan “ah long gergasi” yang tidak wajar.

Sememangnya, contoh yang ketiga urusniaga bon 1MDB yang besar di mana ‘kebocoran’ wang berlaku pada tahun 2013 dalam rancangan ‘usahasama berstrategi’, sekali lagi dengan Aabar, apabila Najib telah tergesa-gesa terbitkanb US$3 billion lagi sebaik sahaja sebelum pilihanraya yang lepas.

Wang itu telah dibilkan sebagai diterbitkan untuk projek Tun Razak Exchange, namun pada akaun akhir tahun ianya telah mendaftarkan bahawa US$1.4 billion dari jumlah itu telah dibelanjakan sebagai ‘modal kerja dan pembayaran hutang’ yang tidak diperincikan.
Tidak lama kemudian, Sarawak Report telah menunjukkan bahawa, US$681 juta secara bermisterinya telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib untuk, menurut dakwaannya, membiayai perbelanjaan tambahan (dan secara haram) pilihanraya.

Najib mungkin telah memilih untuk berkunjung ke banyak temat di dunia dengan menaiki pesawat peribadinya selain menjelaskan mengenai perangkaan-perangkaan yang menakjubkan ini.

Sebenarnya dia telah menggunakan penyelesaian secara politik untuk mengatasi masalah ekonominya, termasuk memenjarakan para pengkritiknya yang dianggapnya sebagai ‘pensabotaj’ berbanding mengeluarkan jawapan-jawapan munasabah, yang telah menjadikan Tony Pua sebagai seorang ahli politik yang berani, walaupun dia berperisaikan bukti dan fakta yang kukuh.

Sila teliti kenyataan media Tony Pua berikut:

Minggu lalu, Wall Street Journal (WSJ) memberikan penerangan tentang US$ 993 juta yang didakwa telah dibayar kepada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) oleh 1MDB untuk membeli semula pilihan yang kedua itu. Pembayaran di atas tidak dinyatakan di dalam akaun teraudit IPIC. Sebaliknya, buku IPIC menunjukkan bahawa 1MDB masih berhutang sebanyak US$ 481 juta bagi penamatan pilihan pada Disember 2014.

Pilihan ini telah diberikan kepada anak syarikat IPIC itu, Aabar Investment PJS pada tahun 2012 untuk mengambil alih sehingga 49% daripada dua anak syarikat tenaga, Powertek Investment Holdings dan 1MDB Tenaga (Langat) Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada syarat bagi pemberian jaminan oleh IPIC untuk bon 1MDB berjumlah US$ 3.5 bilion.

Pendedahan di atas dibawa ke permukaan keadaan yang membingungkan di mana:

1. 1MDB meminjam US$ 3.5 bilion yang dijamin oleh IPIC.
2. 1MDB dibayar kira-kira US$ 300 juta untuk Goldman Sachs sebagai “komisyen tertentu, bayaran dan perbelanjaan” untuk mengatur bon di atas. [1] [2]
3. 1MDB meletakkan US$ 1.4 bilion “deposit dikembalikan” sebagai cagaran dengan IPIC. [3]
4. 1MDB ditamatkan opsyen yang diberi kepada IPIC atau anak syarikatnya, Aabar Pelaburan dan dibayar sebagai pampasan:
a. US$ 993 juta diperoleh daripada penebusan US$ 1220000000 pada November 2014, pelaburan 1MDB di Pulau Cayman. [4]
b. US$ 975 juta dipinjam dari Deutsche Bank mengetuai konsortium [5] [6]
c. 1MDB masih berhutang IPIC sebanyak US$ 481 juta pada 31 Dis 2014 [7]

Berdasarkan fakta di atas diketahui, selepas ditolak (1) AS$ 3.5 bilion dengan (2), (3) dan (4), 1MDB sebenarnya berakhir dengan defisit sebanyak AS$ 649,000,000! Ini bermakna, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan berakhir dengan kekurangan tunai walaupun selepas ia mengambil pinjaman!

Mengapa 1MDB akan meminjam begitu banyak wang, menyebabkan hutang RM15.4 bilion berdasarkan kadar pertukaran hari ini, apabila 1MDB dikesan tidak dapat menggunakan mana-mana daripada dana yang diperoleh?

Walaupun sekiranya 4 (a) dan 4 (b) adalah satu usaha yang bulat tersandung penipuan kerana saya telah dipersoalkan dalam kenyataan saya minggu lepas, mengeluarkan US$ 975 juta pinjaman Deutsche Bank dari persamaan dengan tidak menjadikan keadaan bertambah elok.

Ini bermakna bahawa walaupun 1MDB meminjam US$ 3.5 bilion, ia telah dikesan mempunyai akses kepada hanya US$ 326 juta atau kurang daripada 10% daripada dana yang diperoleh. Sesiapa yang boleh mengira akan dapat melihat bahawa terdapat beberapa penipuan jenayah yang serius yang berlaku dengan susunan ikatan di atas.

Persoalannya sekarang ialah sama ada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Dato ‘Seri Najib Tun Razak telah memberi kelulusan bertulis untuk transaksi pinjaman yang berjumlah keterlaluan di atas, sebagaimana yang dikehendaki di bawah Memorandum dan Artikel Persatuan (M & A) 1MDB. Fasal 117 M & A menyatakan bahawa Perdana Menteri mesti memberikan “kebenaran bertulis” untuk apa-apa tawaran 1MDB, termasuk pelaburan firma itu atau sebarang tawaran untuk penyusunan semula.

Ini termasuk “apa-apa komitmen kewangan (termasuk pelaburan), penyusunan semula atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan memberi kesan kepada jaminan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk manfaat syarikat, kepentingan negara, keselamatan negara atau mana-mana dasar Kerajaan Persekutuan Malaysia “.

Jika Dato ‘Seri Najib Razak tidak memberikan kelulusan bertulis bagi terbitan bon di atas, maka Lembaga Pengarah 1MDB perlu dikenakan tindakan kerana melanggar mandat yang diberikan kepada mereka.

Walau bagaimanapun, jika Perdana Menteri telah memberikan kebenaran bertulis, dia mesti dengan segera menjelaskan kepada negara mengapa beliau bersetuju kepada terma yang dianggap tidak masuk akal itu dan terus membingungkan berhubung pengeluaran bon US$ 3500000000 yang telah menyumbang kepada krisis kewangan dalam 1MDB hari ini.

Tony Pua

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments