Menuntut Pendedahan – Langkah-Langkah Baru Untuk Memaksa Najib Menjawab Soalan-Soalan Dalam Mahkamah

Salah satu dari aspek mengejutkan yang terdedah dari skandal 1MDB sejak beberapa minggu yang lalu adalah pengakuan Perdana Menteri bahawa dia telah menggunakan wang yang diperolehinya daripada seorang penyumbang yang tidak dinamakan untuk tujuan membeli sokongan pengundi.

Pendedahan seperti ini telah telah mencetuskan sebuah kes perundangan daripada ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, yang telah dipenjarakan oleh Najib sebaik sahaja mendapat kemenangan berkontrovesi dahulu.

Dalam kes sivil itu, yang telah difailkan pada 12hb Ogos lalu, para peguam Anwar kini telah membuat tuntutan ekstensif dalam process penemuan, yang mengenai hak asasi mereka untuk mendapatkan maklumat.

Maklumat yang mereka cari itu termasuk banyak aspek penyiasatan terhadap kehilangan wang awam yang banyak yang telah dijalankan oleh pasukan-pasukan bertindak khas yang kini telah dilumpuhkan oleh tindakan-tindakan Perdana Menteri sendiri.

Anak perempuan ketua pembangkang kepada Anwar Ibrahim yang dipenjarakan, mengumumkan tuntutan mereka di sebuah sidang media awal hari ini

Anak perempuan ketua pembangkang kepada Anwar Ibrahim yang dipenjarakan, mengumumkan tuntutan mereka di sebuah sidang media awal hari ini

Ini termasuk siapakah yang telah mendepositkan RM2.6billion ke dalam akaun peribadi Najib dari luar negara dan apakah tujuan RM42 billion yang dibayar ke luar secara berasingan dari Kumpulan Wang Amanah Pesara (KWAP) ke dalam akaun peribadi Najib.

Setakat ini pihak kehakiman telah menolak permohonan pasukan guaman yang mewakili Najib, Setiausaha UMNO, 1MDB dan Suruhanjaya Pilihanraya untuk membatalkan kes sebelum mereka mengemukakan hujah pertahanan mereka.

Ini bermakna pihak defenden akan diharuskan menjawab cabaran-cabaran Anwar dan bahawa Najib kini akan menghadapi mahkamah untuk menjawab beberapa siri persoalan yang telah diketepikannya, berhubung kemasukan wang berjumlah luarbiasa banyaknya ke dalam akaunnya, yang didakwanya telah dibelanjakan bagi pihak UMNO/BN semasa pilihanraya yang lalu.

Pembantu peguam Anwar, termasuk anak perempuannya sendiri Nurul Izzah, telah mengumumkan tuntutan-tuntutan mereka di sidang media hari ini, dengan menonjolkan dapatan-dapatan dari sidang IACC di KL, di mana peserta-peserta dari kalangan komuniti penentang rasuah antarabangsa telah mencabar keengganan Najib menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Situasi itu telah dilaporkan secara meluas di peringkat antarabangsa.

Laporan-laporan media juga turut dimaklumkan mengenai perkembangan perpecahan dalam jabatan kerajaan di mana pegawai-pegawai kanan kerajaan yang telah membantah tindakan Najib menamatkan penyiasatan-penyiasatan terhadap dirinya.

Sarawak Report telah berjabat memperolehi dokumen-dokumen yang difailkan di mahkamah, yang terdiri dari empat permohonan berasingan menentang defenden berhubung ke situ dan tiga buah bank utama yang terbabit menguruskan wang yang dimasukkan ke dalam akaun-akaun Najib.

Dokumen-dokumen itu boleh dibaca di SINI, SINI, SINI dan SINI

Permohonan untuk pendedahan termasuk 4 permohonan untuk medapatkan maklumat secara berasingan

Permohonan untuk pendedahan termasuk 4 permohonan untuk medapatkan maklumat secara berasingan

Permohonan pertama untuk melihat pendedahan adalah untuk menentang Najib dan defenden bersamanya dari Barisan Nasional (BN), 1MDB dan Suruhanjaya Pilihanraya. Ia meminta kesemua penyata bank Perdana Menteri itu dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan akaun-akaun yang digunakan untuk menerima wang dari KWAP dan juga dari bank Falcon.

Permohonan itu juga meminta semua dokumen yang ada daripada BN berhubung wang yang diterima daripada Najib secara peribadi yang digunakan untuk membantu pembiayaan pilihanraya mereka.

Dan dari 1MDB pula pemohon menuntut ditunjukkan semua dokumen yang berkaitan pembayaran kepada dana Aabar Investments dari Abu Dhabi sebagai jaminannya menerbitkan pinjaman berbillion-billion dollar, yang sejumlah besar wang itu dipercayai tidak diakaunkan.

Tiga permohonan yang lainnya melatakkan tekanan pada AmBank dan bank Affin yang memegang dan berperanan memindahkan wang yang akhirnya dimasukkan ke dalam akaun-akaun bank milik Najib – dan juga bank dari US, Goldman Sachs.

Pihak-pihak litigant juga meminta ditunjukkan perincian penuh akaun-akaun yang mengendalikan dan menerima masuk RM2.6 billion dari luar negara dan wang RM42 juta dari dana KWAP.

Berkenaan dengan Goldman Sachs, mereka juga menuntut penjelasan terperinci perpindahan wang yang diterbitkan berjumah US$6.5 billion dalam bentuk bon untuk 1MDB, di mana sebahagian darinya seperti didakwa oleh mantan Perdana Menteri Dr Mahathir) telah diakaunkan sebagai berakhir dalam akaun peribadi Najib di bank AmBank.

Goldman Sachs merupakan pusat pada tuduhan jenayah pengubahan wang 1MDB dan gergasi perbankan itu mendapati diri mereka kini semakin dekat dengan skandal itu, yang kini turut dinilai oleh para penguatkuasa kewangan US sendiri.

Mahkamah kini dilihat sama ada ianya dapat memaksa Najib atau bank-bank yang terbabit menjawab segala persoalan yang telah mereka abaikan di tempat lain. Mahkamah-mahkamah di Malaysia kini dianggap sebagai sudah kehilangan kebebasannya dan bersifat akur pada sebuah regim yang telah berkuasa sejak enam dekad tanpa sebarang campurtangan.

Seorang pemimpin negara asing yang terpaksa meninggalkan jawatannya setelah didakwa melakukan jenayah rasuah sama seperti Najib

Seorang pemimpin negara asing yang terpaksa meninggalkan jawatannya setelah didakwa melakukan jenayah rasuah sama seperti Najib

Walau bagaimanapun pihak hakim sedar akan hak-hak asasi para litigant berhubung sebuah kes yang relevan dengan hak dan isu pilihanraya bebas dan adil dan melaporkan jenayah rasuah yang sangat besar.

Persidangan Transparency International di KL telah juga memasuki hari ketiga dan hari terakhir sambil mendapat berita mengenai persaraan awal Presiden Guatemala pilihannya sendiri kerana menghadapi tekanan seperti yang dialami oleh Najib Razak, berikutan dakwaan rasuah menentangnya.

Presiden Otto Perez Molina telah bersetuju bersara berikut tunjuk perasaan di jalan-jalan raya utama negara itu dan menghadapi tuduhan jenayah rasuah terhadap dirinya, tanpa berpaut lagi pada pejabatnya.

Perbezaan itu tidak akan dilupakan oleh para pen.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments