JVA Dimeterai Tanpa Pengetahuan Kami – Kemarahan Lembaga Pengarah 1MDB Dijelaskan!

Mesyuarat Lembaga 2 hari sebelum perjanjian dimeterai jelas menunjukkan bahawa para Pengarah 1MDB belum bersedia menandatanganinya

Mesyuarat Lembaga 2 hari sebelum perjanjian dimeterai jelas menunjukkan bahawa para Pengarah 1MDB belum bersedia menandatanganinya

Pihak pengurusan 1MDB hanya diberi kuasa “untuk meneruskan rundingan” dengan apa yang dinamakan sebagai “cadangan usahasama” oleh ahli-ahli lembaga pengarahnya, pada suatu mesyuarat hanya dua hari sebelum Perjanjian Usahasama (JVA) dengan PetroSaudi sebenar dimeterai!

Maklumat ini datang dari minit-minit mesyuarat seterusnya yang berjaya diperolehi oleh Sarawak Report, kali ini mengenai mesyuarat khas lembaga pengarah seperti yang diadakan pada 26hb September 2009 lalu.

Terdapat banyak rekod bagi mesyuarat lembaga pengarah bahawa banyak perkara yang perlu disemak berhubung usahasama ini, termasuk penilaian pada aset-aset PetroSaudi, sebelum ianya disiapkan.

Maka persetujuan dicapai bahawa pihak pengurusan boleh meneruskan rundingan, tetapi harus patut pada peraturan-peraturan yang dibuat oleh lembaga, termasuk mentauliahkan sebuah penilaian 1MDB.

Rumusan yang boleh dicapai adalah bahawa urusniaga itu telah dimeterai dua hari kemudian iaitu pada 28hb September tanpa pengetahuan para pengarah 1MDB sendiri, selaku pemberi arahan mengenai bagaimana rundingan harus diteruskan, telah diabaikan!

Pihak pengurusan 1MDB hanya diberi kuasa meneruskan rundingan dan hanya diarahkan untuk patuh pada peraturan-peraturan dan pindaan-pindaan yang dicadangkan oleh lembaga, termasuk mentauliahkan penilaian ke atas PetroSaudi – namun dua hari kemudian perjanjian itu dimeterai tanpa sebarang penilaian!

Pihak pengurusan 1MDB hanya diberi kuasa meneruskan rundingan dan hanya diarahkan untuk patuh pada peraturan-peraturan dan pindaan-pindaan yang dicadangkan oleh lembaga, termasuk mentauliahkan penilaian ke atas PetroSaudi – namun dua hari kemudian perjanjian itu dimeterai tanpa sebarang penilaian!

Bahawa mereka tidak memberikan kuasa kepada JVA itu menjelaskan kemarahan yang ditunjukkan pada mesyuarat lembaga tergempar 3hb Oktober, yang dilangsungkan seminggu kemudian, apabila para Pengarah tidak menjangkakan bertemu semula sebelum 9hb Okbober.

Pada 26hb September lembaga tidak menjangkakan untuk bertemu semula seawall 3hb Oktober

Pada 26hb September lembaga tidak menjangkakan untuk bertemu semula seawall 3hb Oktober

Rasa risau dinyatakan pada mesyuarat 3hb Oktober kerana US$700 juta dari wang berbilion-bilion dollar yang dilaburkan telah dipesongkan ke dalam sebuah akaun yang tidak diberi kuasa di luar JV, yang dikawal oleh agen kepada Perdana Menteri, Jho Low.

Para ahli lembaga pengarah telah menuntut untuk dijelaskan tentang pemesongan wang itu sama ada ianya boleh diambil balik, memandangkan mereka tidak pernah menyetujui urusniaga itu sebelumnya!

Pembabitan Jabatan Perdana Menteri dalam usahasama ini tetap direkodkan. Najib mungkin sekadar pengerusi penasihat kepada 1MDB, namun pada hakikatnya dia merupakan pemegang saham tunggal dan juga merupakan seorang individu yang berkuasa membuat keputusan muktamad ke atas pelaburan.

Sebenarnya Perdana Menteri itu telah bersedia untuk membuat pengumuman mengenai urusniaga yang telah selesai, selain mengenai kemajuannya, telah tidak meyakinkan para pengarah pada 26hb September.

Usahasama itu telah mengabaikan banyak prosidur rasminya, dengan alasan bahawa ianya usahasama antara negara dan perkara itu akan dikendalikan secara berpolitik

Usahasama itu telah mengabaikan banyak prosidur rasminya, dengan alasan bahawa ianya usahasama antara negara dan perkara itu akan dikendalikan secara berpolitik

Terdahulu dari itu pada 18hb September Pengarah Eksekutif 1MDB, Casey Tan, memberitahu lembaga pengarah bahawa PetroSaudi itu milik penuh Raja Abdullah dari Arab Saudi. Kini Tan telah melarikan diri dari Malaysia dan dikehendaki oleh Bank Negara Malaysia.

Namun sebenarnya PetroSaudi merupakan sebuah syarikat kecil dengan modal yang terhad dan mempunyai beberapa kepentingan yang aktif, dimiliki bersama oleh Tarek Obaid dan Putera Turki/Terky bin Abdullah.

Para pemegang sahamnya hanya terdiri dari dua orang individu sahaja

Para pemegang sahamnya hanya terdiri dari dua orang individu sahaja

Namun minit mesyuarat 28hb September jelas menunjukkan bahawa usahasama itu tetap dibohongi bahawa PetroSaudi itu mewakili Kerajaan Arab Saudi.

Kekeliruan ini telah menyebabkan pihak lembaga telah mengurangkan peruntukan peraturan untuk menjaga syarikat kerana kononnya ianya dikendalikan antara dua buah kerajaan selain melalui saluran undang-undang yang biasa.

Hanya Kerajaan Malaysia sahaja yang mempunyai kepentingan, yang tidak diketahui oleh lembaga pengarah!

Hanya Kerajaan Malaysia sahaja yang mempunyai kepentingan, yang tidak diketahui oleh lembaga pengarah!

Minit-minit itu turut merakamkan bahawa para pengarahnya telah diberikan maklumat palsu bahawa PetroSaudi turut mempelawa lebih 20 buah syarikat bernaung di bawa JVA itu.

Sebenarnya PetroSaudi hanya mempunyai sebuah pelaburan yang kecil di Argentina, menggunakan wang tunai yang dipinjam dan telah membuka beberapa buah syarikat cangkerang di luar negara dalam beberapa hari itu.

Jaringan syarikat-syarikat kecil dengan beberapa buah aset yang asli

Jaringan syarikat-syarikat kecil dengan beberapa buah aset yang asli

Dalam kekeliruan ini 20 buah syarikat yang bernaung di bawah usahasama itu, lembaga pengarah mencapai resolusi yang wajar pada 26hb September bahawa ianya memerlukan laporan yang berkesan tentang pencapaian syarikat-syarikat ini sebelum keputusan dibuat.
Para pengarah tidak berhasrat untuk memeterai usahasama itu dan seterusnya meluluskan pelaburan berjumlah US$1 bilion dua hari kemudian. Mereka mahukan penilaian yang menyeluruh ke atas syarikat itu.

Para pengarah menuntut, pada mesyuarat 26hb September itu bahawa penilaian bebas dan berkecuali ke atas PetroSaudi harus dijalankan oleh sebuah badan pakar yang dilantik oleh 1MDB (seperti dinyatakan dalam minit-minit itu sebagai Syarikat).

Keperluan yang spesifik bahawa 1MDB mentauliahkan penilaiannya SENDIRI – selain CEO Shahrol Halmi membenarkan PetroSaudi untuk mereka-reka laporan selama dua hari itu menerusi rakan mereka Ed Morse

Keperluan yang spesifik bahawa 1MDB mentauliahkan penilaiannya SENDIRI – selain CEO Shahrol Halmi membenarkan PetroSaudi untuk mereka-reka laporan selama dua hari itu menerusi rakan mereka Ed Morse

Sebaliknya PetroSaudi sendiri telah mengupah seorang penilai, Ed Morse, yang merupakan kenalan kepada pengarah-pengarah mereka sendiri, Tarek Obaik dan Patrick Mahony, untuk mengeluarkan laporan dalam masa dua hari menurut maklumat PetroSaudi sendiri.

Orang-orang yang di sebalik urusniaga PetroSaudi – (dari kiri) Jho Low, Putera Turki, Najib, Rosmah dan Tarek Obaid – ketika mereka berlayar dalam bulan Ogos 2009 di Selatan Perancis

Orang-orang yang di sebalik urusniaga PetroSaudi – (dari kiri) Jho Low, Putera Turki, Najib, Rosmah dan Tarek Obaid – ketika mereka berlayar dalam bulan Ogos 2009 di Selatan Perancis

Usul-usul dan keperluan-keperluan para pengarah yang dibuat pada 26hb September telah diabaikan oleh orang-orang yang inginkan US$700 juta itu dibayar masuk ke dalam akaun syarikat Good Star di Switzerland milik Jho Low.

Kerana jika adanya semakan yang diperlukan oleh lembaga pengarah itu dilaksanakan, maka usahasama itu tidak akan diteruskan.

Sarawak Report amat berpuas hati bahawa rancangan ini adalah suatu penyelewengan yang dilakukan oleh lembaga pengarah 1MDB tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan terus dari Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Malaysia sendiri, yang sanggup mempromosikan usahasama dengan sebuah syarikat dari negara Arab yang kononnya bersifat ‘antara dua kerajaan’.

Adakah orang-orang seperti Shahrol Halmi dan Casey Tang berani belot pada bos-bos mereka dalam lembaga tanpa akur pada ‘Penasihat’ mereka, Jho Low yang mengendalikan urusniaga ini secara aktif?

Sarawak Report berpuas hati bahawa longgokan bukti dan maklumat berhubung usahasama itu menjurus pada satu rumusan, bahawa tujuan utamanya adalah untuk memesongkan wang awam yang dipinjam bagi pihak dana pembangunan Malaysia, ke dalam akaun peribadi Jho Low dan dari itu dipindahkan lagi ke tempat-tempat lain yang hanya boleh dijelaskan oleh Bank-Bank Pusat Switzerland, Singapura dan sebagainya.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments