Jho Low Tidak Hadir – Tapi Lihatlah Siapa Lagi Yang Turut Membiayai Pesta Itu!

Wow! Alicia yang sudah bergelar ibu masih kelihatan cantik menggayakan pakaian yang menampakkan coli, yang menggiurkan umum

Wow! Alicia yang sudah bergelar ibu masih kelihatan cantik menggayakan pakaian yang menampakkan coli, yang menggiurkan umum

Maaf, menurut publisiti bersensasi yang berkisar pada sebuah pesta panas malam semalam di New York, Jho Low tidak hadir.

Jutaan dollar telah dicurahkan pada sebuah pesta, yang diharapkan dapat menambahkan kutipan wang untuk membasmi gejala AIDS di Afrika, di mana bintang pop Alicia Keys dan suaminya Swizz Beatz merupakan penghibur utama pada malam itu.

Jho Low mungkin merasa kecewa kerana tidak dapat hadir bersama-sama rerakan karibnya pada pesta ini, namun perniagaan adalah suatu perkara yang menjadi semakin mencabar di US … atau di mana-mana tempat termasuk di luar tempat persembunyiannya di Taiwan.

Namun Sarawak Report telah berjaya mengenalpasti siapa lagi penderma-penderma utama pada pesta itu.

Adakah penting untuk tahu siapa yang membiayai dan mengapa – dan adakah orang-orang miskin Afrika harus mendapat faedah dari ‘wang pembangunan’ orang-orang miskin Asia?

Adakah penting untuk tahu siapa yang membiayai dan mengapa – dan adakah orang-orang miskin Afrika harus mendapat faedah dari ‘wang pembangunan’ orang-orang miskin Asia?

Penderma tertinggi pada pesta ‘Black Ball, Black To The Future’ itu adalah Mohd Al-Husseiny, bekas CEO dalam dana pelaburan Aabar Investments dari Abu Dhabi.

Mohd Al-Husseiny telah dipecat dari jawatannya sebaik sahaja Sarawak Report mulai mendedahkan hubungannya dengan bekas bosnya, Pengerusi Aabar Khadem al-Qubaisy, yang turut dipecat, setelah 1MDB kehilangan berbillion-billion dollar

Mohd Al-Husseiny telah dipecat dari jawatannya sebaik sahaja Sarawak Report mulai mendedahkan hubungannya dengan bekas bosnya, Pengerusi Aabar Khadem al-Qubaisy, yang turut dipecat, setelah 1MDB kehilangan berbillion-billion dollar

Al-Husseiny dikatakan telah menyumbang US$100,000 – atau mungkin lebih, memandangkan dia menduduki tangga teratas dalam senarai para dermawan pada pesta itu.

Namun, lihat, siapa lagi yang turut serta menyumbang – bukan hanya ‘Dana’ Jynwel milik Jho Low, tetapi seorang eksekutif UBG/1MDB paling dikehendaki di Malaysia, Jasmine Loo.

Jasmine Loo telah menjadi orang dikehendaki oleh Bank Negara Malaysia sejak beberapa bulan lalu untuk disoalsiasat berhubung dengan wang yang dipindahkan ke PetroSaudi dan kemudiannya hilang. Namun, seperti bekas rakannya, Nik Faisal Ariff Kamil dan Casey Tan dari SRC, dia telah memilih untuk meninggalkan negara kelahirannya dan menetap di luar negara.

Kini kami mendapati dia memainkan peranan sebagai seorang Dermawati di New York dan turut serta memeriahkan pesta bersama bekas bos UBG dan Penasihat 1MDB, Jho Low dan ketua Aabar, Mohd Al-Husseiny.

Lihat, siapa yang turut disenaraikan ... Jasmine Loo!

Lihat, siapa yang turut disenaraikan … Jasmine Loo!

Jasmine Loo mungkin menyertai para dermawan yang menyumbangkan 10,000 – 25,000 ke dalam dana itu, seperti yang dikhususkan untuk pemain-pemain yang lebih kecil dari kalangan pengatur 1MDB yang telah menyedut keluar beberapa juta daripada dana pembangunan itu.

Bersembunyi di kota New York, Jasmine Loo dikehendaki di Malaysia, namun masih didapati mencurah-curahkan ribuan dollar ke terhadap pesta-pesta Jho Low ... terima kasih pada tanggungjawabnya dalam 1MDB dahulu?

Bersembunyi di kota New York, Jasmine Loo dikehendaki di Malaysia, namun masih didapati mencurah-curahkan ribuan dollar ke terhadap pesta-pesta Jho Low … terima kasih pada tanggungjawabnya dalam 1MDB dahulu?

Namun seseorang mungkin akan merasa kagum pada kekuatan secara kebetulan bahawa penyumbang dana untuk rakan Jho Low di Hollywood yang datang bukan sahaja daripada Mohd Al-Husseiny, namun juga daripada Jasmine Loo.

Lagi pun, Al-Husseiny, meletakkan diri sebagai penyumbang utama pada pengeluaran filem Wolf of Wall Street yang bernilai US$100 juta itu apabila orang ramai mulai bertanya sama ada Jho Low yang menjadi penyumbang utama ke dalam syarikat milik anak tiri Perdana Menteri Malaysia, Riza Aziz?

Dan Jasmin Loo merupakan bekas eksekutif bank UBG yang juga merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan Strategi dalam 1MDB yang telah dibawa keluar dari UBG menerusi PetroSaudi, di samping memasukkan ratusan juta dollar ke dalam akaun Jho Low.

Bank Negara Malaysia bercaya bahawa Jasmine Loo mempunyai maklumat penting bagaimana wang 1MDB dapat hilang dengan mudahnya, ketika dia menjawat kedudukan utama di UBG dan 1MDB pada masa yang sama, namun sehingga kini dia belum lagi memberikan maklumbalasnya.

Para wartawan bersiasat dari New York Times merupakan sekumpulan wartawan yang telah berjaya menjejaki Jasmine Loo sehingga ke tengah-tengah kota New York di mana dia didapati menetap di sebuah flat mewah yang diperolehinya dari dana awam Malaysia, di samping kemampuannya menyumbang yang amat banyak kepada pesta beramal itu.

Jelaslah kerjaya singkat Jasmine Loo dalam UBG/1MDB amatlah lumayan dan dia telah berjaya bersara pada usia yang muda lagi kaya.

Bukanlah suatu kebetulan yang begitu besar di mana Jasmine Loo dan Mohd Al-Husseiny sama-sama memberikan sokongan berupa sumbangan yang banyak terhadap pesta Jho Low, yang merupakan orang yang tetap mengekalkan, walaupun dengan adanya bukti menggunung, bahawa dia tidak ada sebarang hubungkait dengan 1MDB?

Alangkah baik jika orang-orang ini menyumbangkan wang untuk faedah orang-orang miskin di Afrika, namun jumlah itu amatlah terlalu kecil berbanding puluhan juta yang telah mereka rampas dari orang-orang miskin di Asia – di Malaysia khasnya?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments