MELETUP - PEGUAM NEGARA SWISS BERKATA “US$4 BILLION TELAH DIUBAH DARI 1MDB”

Jangan main-main – Peguam Negara Switzerland, Michael Laubersaid, enggan menerima kenyataan Apandi yang cuba menutup skandal 1MDB

Jangan main-main – Peguam Negara Switzerland, Michael Laubersaid, enggan menerima kenyataan Apandi yang cuba menutup skandal 1MDB

Pejabat Peguam Negara Switzerland pada hari Jumaat lepas telah membuat suatu kejutan dengan mendedahkan skandal 1MDB yang cuba ditutup oleh Najib dan Peguam Negara Malaysia, Apandi.

Dengan memberikan respon pada kenyataan mengejut dari Apandi di awal minggu ini bahawa Najib telah “bersih” dari sebarang salahlaku yang dituduh oleh pihak SPRM, Peguam Negara Swiss, Michael Laubersaid, telah mengeluarkan kenyataan media bagi pihak Switzerland.

Dokumen satu mukasurat itu yang dikirimkan dalam bentuk permintaan pada Malaysia Switzerland dalam siasatan mereka terhadap kes jenayah 1MDB, telah menjadi penggera keseluruhan kes di pihak Switzerland.

Dengan berbuat demikian, Peguam Negara Switzerland itu telah mengukuhkan lagi tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Sarawak Report dan penyiasat-penyiasat lain terhadap 1MDB sejak kebelakangan ini, sejak butir-butir asal dari kertas-kertas yang ada pada warga Swiss, Xavier Justo, didedahkan buat pertama kalinya oleh portal berita ini.

Klik di sini untuk kenyataan media yang sepenuhnya

Sebagai menjelaskan “permintaan bersetia-kawannya” Peguam Negara Swiss itu telah membuat lebih banyak pendedahan, mengesahkan kerisauan rasmi mereka pada rasuah berskala terlampau besar dalam 1MDB.

Dia telah memperkenalkan satu angka baru US$4 billion sebagai amaun yang disaspek yang mana para pegawainya percaya telah diubah dari dana pembangunan itu. Suatu jumlah, menurut Laubersaid, “dikhaskan untuk pelaburan dalam projek-projek ekonomi dan sosial di Malaysia”.

Dengan menerbitkan kenyataan seperti ini Laubersaid telah mendedahkan putarbelit yang dilakukan oleh 1MDB dan CEO baru mereka Arul Kanda dan bosnya, Menteri Kewangan Malaysia (Najib Razak) dalam cubaan mereka menjelaskan kehilangan berbillion-billion ringgit dari 1MDB.

Kandungan surat Peguam Negara Switzerland itu tidak menuding jari pada mereka yang dia percaya bertanggungjawab atau pada jenayah yang dia percaya mereka harus didakwa.

Pada senarai orang-orang yang dikenalpastinya sebagai bertanggungjawab adalah “pegawai-pegawai awam dari luar negara” dipercayainya sebagai telah disogok; “bekas pegawai awam Malaysia dan juga pegawai-pegawai dari Arab Emiriyah Bersatu”.

Dia seterusnya mendedahkan bahawa prosiding jenayah yang dibuka pada 14hb Ogos 2015 bagi menentang dua orang bekas pegawai 1MDB dan orang-orang yang tidak dikenali nama mereka di bawah undang-undang Switzerland, suatu prosiding yang belum pernah diterbitkan.

Sarawak Report mencadangkan bahawa individu-individu yang dimaksudkan oleh Peguam Negara Switerland di bawah kategori-kategori ini berkemungkinan merangkumi Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, Shahrol Halmi, Jho Low, Khadem al-Qubaisi dan Mohd al-Husseiny.

Orang-orang yang dinamakan di atas sering dinyatakan dalam pendedahan-pendedahan mengenai skandal 1MDB. Jenayah-jenayah yang digariskan oleh Peguam Negara Switzerland itu, sama ada mereka melakukannya bersama atau bersendirian adalah “menyogok pegawai awam luar negara; salahlaku dalam pejabat awam; mengubah wang dan salah tadbir jenayah”.

Tuduhan secara langsung daripada seorang penguatkuasa undang-undang yang berobjektif dari luar negara telah membiarkan dakwaan Perdana Menteri Malaysia terhadap tuduhan terhadap 1MDB sebagai “pengalih pandangan” menjadi kosong belaka.

Kenyataan Peguam Negara Switzerland itu jelas mengatakan bahawa pihaknya telah mengembangkan siasatan mereka ke semua aspek skandal kewangan dalam 1MDB seperti dilaporkan oleh Sarawak Report. Dia telah menyentuh empat bidang utama pengoperasiaan samar-samar, tetapi mengatakan mungkin terdapat banyak lagi, termasuk PetroSaudi, SRC International, Genting/Tanjong dan ADMIC.

Hakikat bahawa bank-bank Swiss yang dibabitkan dalam semua aspek kegiatan 1MDB oleh para pelaku itu kini menjadi sesalan bagi mdiri mereka.

Leissner (dengan isterinya seorang model) telah keluar dari GSI apabila banyak persoalan dikemukakan

Leissner (dengan isterinya seorang model) telah keluar dari GSI apabila banyak persoalan dikemukakan

Bank-bank Switzerland seperti RBS Coutts Zurich, JP Morgan Zurich, BSI, Falcon Bank dan Bank Privee Edmond de Rothschilde Europe masing-masing menghadapi persoalan-persoalan mengenai pemprosesan beratus juta dollar menerusi akaun-akaun peribadi pegawai-pegawai awam ini dan juga orang-orang politik yang didedahkan.

Dan besar kemungkinan juga menjadi kerisauan umum adalah gergasi kewangan Amerika, Goldman Sachs. Individu utama di sebalik urusniaga 1MDB, bos mereka di Singapura, Tim Leissner telah dikatakan mengambil cuti dari bank itu pada minggu lepas. Sarawak Report telah sekian lama melaporkan mengenai jumlah wang yang terlamau banyak dibayar kepada bank itu sebagai membalas budibaik mereka menguruskan bon-bon yang diterbitkan untuk 1MDB.

Laubersaid mendedahkan bahawa Peguam Negara Malaysia telah bertemu dengan pegawai-pegawainya di Zurich dalam bulan September tahun lepas dan menjanjikan kerjasama penuh. Kerjasama itu, menurut Laubersaid, belum ditunaikan oleh Apandi.
Pendek kata, bahawa apa yang dikatakan oleh Apandi kepada orang awam di Malaysia bukanlah apa yang dijanjikannya dan bahawa dakwaannya sudah ke sana untuk mendapatkan pendakwaan terhadap 1MDB adalah tidak berasas di mata Peguam Negara Switzerland itu.

Surat itu merujuk pada tindakan bersistematik dilakukan oleh enjenayah terhadap 11MDB dan Laubersaid jelas menunjukkan bahawa dia telah kehilangan sabar pada hakikat bahawa walaupun kehilangan berbillion-billion ringgit dari syarikat awam Malaysia, mereka tidak membuat sebarang komen mengenainya.

Pihak berkuasa Switzerland itu menamatkan kenyataannya dengan menjelaskan bahawa, kerana syarikat Malaysia itu tidak membangkit isu mengenai kerugian yang teramat besar itu, pihak perkuasa Switzerland itu menawarkan khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat yang malang itu dan juga Kerajaan Malaysia mengenai keputusan prosiding jenayahSwiss dengan tujuan untuk mengetahui sama ada kerugian pada skala itu telah dikekang.

Sebelum memulakan sidang media itu Peguam Negara Switzerland dan para pegawainya telah berbual-bual dengan wartawan Wall Street Journal mengatakan bahawa mereka merasa amat risau dan bahawa mereka telah menemui bukti pemindahan wang yang dikaitkan dengan 1MDB menerusi institusi-institusi kewangan Swiss dan mereka percaya bahawa adalah penting bagi mereka berkongsi maklumat dengan pihak-pihak berkuasa Malaysia.

Pada hujung minggu ini suara-suara sumbang dari SPRM, Bank Negara Malaysia dan orang-orang politik di Malaysia yang telah menentang penutupan skandal 1MDB telah menemui rakan baru penguatkuasa undang-undang kewangan mereka di peringkat antarabangsa.

Kenyataan penuh dari Peguam Negara Switzerland

Kenyataan penuh dari Peguam Negara Switzerland

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments