Sejumlah US$170 Juta Dikeluarkan Dari SRC Dan Masuk Ke Akaun Najib – Akhir Tahun 2011 EKSKLUSIF!

Ketika para penyiasat antarabangsa menjalankan tugas mereka pada 1MDB, Sarawak Report boleh mendedahkan perkembangan terbaharu yang menyakitkan buat Perdana Menteri Malaysia.

Ianya berhubung dengan sejumlah wang US$170 juta yang sukar dijelaskan, yang telah kami laporkan sebelum ini telah dibayar kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang peniaga kaya Jho Low ke dalam akaun AmBank Najib Razak pada akhir tahun 2011.

Kini ditimbulkan jumlah wang yang sama yang telah dibayar keluar dalam masa yang sama oleh syarikat SRC International, sebuah anak syarikat kepada 1MDB, yang menjadi tuduhan focus dibuat untuk menentang Najib Razak.

Nik Faisal Ariff kamil, CEO dalam SRC dan bekas Ketua Pegawai Pelaburan dalam 1MDB

Nik Faisal Ariff kamil, CEO dalam SRC dan bekas Ketua Pegawai Pelaburan dalam 1MDB

Ianya membangkitkan suatu persoalan sama ada kedua-dua pindahan itu mempunyai perkaitan?

Sarawak Report telah memperolehi maklumat bahawa dalam bulan November 2011 SRC International, yang diuruskan oleh Nik Faisal Ariff Kamil, seorang rakan karib Jho Low, yang kini sedang bersembunyi di luar negara, telah membayar sejumlah US$170 juta ke dalam sebuah akaun luar negara dalam bank Switzerland, Julius Baer.

Persoalan-persoalan yang harus dijawab kini adalah mengapakah wang ini dipindahkan dan ke manakah tujuannya seterusnya?

Jika jawapan-jawapan tidak memuaskan maka timbul syak wasangka bahawa asal-usul wang yang disalurkan dari syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners di BVI milik Jho Low ke dalam akaun Najib di KL adalah sememangnya wang awam dari SRC.

SRC, yang telah dilupuskan dari 1MDB dan dijadikan anak syarikat kepada Kementerian Kewangan dalam tahun 2012 di bawah Najib telah menjadi sabjek berkontroversi. Ianya telah, pada asalnya, ditubuhkan sebagai anak syarikat 11MDB dan mendapat pinjaman RM4 billion dari dana persaraan KWAP dalam tahun 2011.

Para ahli politik pembangkang telah bersungguh-sungguh menuntut untuk mengetahui bagaimana wang ini dilaburkan dan mengapakah akaun syarikat telah gagal mengamalkan ketelusan di samping lewat mengemukakan penyata-penyata mereka.

Apabila akhirnya Perdana Menteri/Menteri Kewangan mengeluarkan jawapannya pada tahun lepas berhubung SRC dia telah mengulangi dakwaannya bahawa kebanyakan wang itu telah dilaburkan di negara Mongolia. Namun Sarawak Report telah menjalankan siasatan dan mendapati nilai yang didakwa telah dilaburkan dalam pelaburan perusahaan arang batu merupakan sebahagian kecil dari RM4 billion yang dipinjam itu.

SRC, dalam pada itu telah menjadi focus siasatan pihak SPRM berhubung kehilangan berbillion-billion ringgit dari 1MDB, yang telah dikenalpasti dalam dua set bayaran berjumlah RM42 juta dan RM27 juta, dipindahkan dalam Malaysia dari SRC ke dalam akaun peribadi AmBank milik Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.

Perhatikan akaun-akaun AmBank dalam kertas yang ditunjukkan oleh Peguam Negara ini – 880, 898 & 906

Perhatikan akaun-akaun AmBank dalam kertas yang ditunjukkan oleh Peguam Negara ini – 880, 898 & 906

Bayaran-bayaran ini telah dipermudahkan oleh Nik Faisal, menurut bukti yang ada, dan Sarawak Report telah membekalkan dokumen-dokumen untuk menunjukkan bahawa Perdana Menteri telah memberi kuasa kepada Nik Faisal untuk menguruskan akaun-akaun AmBank bagi pihaknya.

Nik Faisal diberi kuasa untuk menguruskan ‘pendepositan segera wang tunai’ ke dalam akaun-akaun Najib

Nik Faisal diberi kuasa untuk menguruskan ‘pendepositan segera wang tunai’ ke dalam akaun-akaun Najib

Tampak dekat

Tampak dekat

Siasatan domestic ini telah dihentikan bulan lepas, oleh campurtangan Peguam Negara, yang telah dilantik Najib setelah dia melucutkan peguam negara yang terdahulu secara tidak berperlembagaan kerana didapati sedang menyiapkan kertas-kertas pertuduhan terhadapnya berhubung pindahan-pindahan itu.

Peguam Negara pilihan Najib itu kini telah dicabar secara berperundagan berhubung perkara itu oleh beberapa tokoh guaman dan bilangan laporan polis yang semakin bertambah telah dibuat terhadapnya kerana melampaui kekuasaannya campurtangan pada urusan SPRM yang menyediakan pertuduhan terhadapnya.

Menjejaki wang itu – PM dan juga Menteri Kewangan Najib Razak telah secara mutlak menguasai semua pindahan wang dalam 1MDB dan SRC

Menjejaki wang itu – PM dan juga Menteri Kewangan Najib Razak telah secara mutlak menguasai semua pindahan wang dalam 1MDB dan SRC

Pihak SPRM telah mempertahankan asas dakwaan mereka dan merayu keputusan Apandi Ali di samping pengumumannya bahawa Perdana Menteri itu telah “dibersihkan” dari semua pertuduhan kerana “tiada bukti” untuk menunjukkan wang telah diselewengkan dari 1MDB.

Pada hakikatnya bahawa sebuah laluan wang telah dikenalpasti di peringkat antarabangsa, juga dihubungkan balik ke SRC, yang seterusnya merungkai dimensi pada keadaan untuk Najib.

Najib mungkin berjaya menghentikan siasatan domestic, namun pindahan dalam matawang dollar menerusi sistem perbankan global boleh dikesan oleh para penyiasatan luar negara.

Para penyiasat US dan Switzerland telah diketahui sebagai bekerjasama rapat antara satu dengan lain dan mereka telah mengesan pergerakan wang itu dari sebuah cawangan bank Switzerland di Singapura (di mana pihak-pihak berkuasa di Singapura juga memberikan kerjasama mereka dalam siasatan itu).

Jika jumlah wang yang dipindahkan keluar dari SRC itu tidak sama dengan jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun bank AmBank bernombor 694 di KL milik Perdana Menteri dalam tahun 2011, maka inilah masanya dia menunjukkan buktinya.

Seet Li Lin, pembantu Jho Low yang dinamakan sebagai pengurus Blackstone Asia Real Estate Partners BVI

Seet Li Lin, pembantu Jho Low yang dinamakan sebagai pengurus Blackstone Asia Real Estate Partners BVI

Sarawak Report telah memperincikan peranan syarikat BVI ini dalam membuat pembayaran-pembayaran bukan hanya kepada Najib tetapi juga kepada pemain-pemain peranan utama dalam 1MDB dengan dana Aabar dari Abu Dhabi, pengerusinya Khadem Al Qubaisi.

Dalam tahun 2012 Khadem menerima setengah billion dollar ke dalam akaunnya di Luxembourg di sebuah lagi bank, Edmond de Rothschilde banque privee, dibayar oleh Blackstone Asia Real Estate Partners Ltd (BVI).

Apa yang menariknya syarikat itu dinamakan menyerupai dana Blackstone BAREPL dari US yang dikhususkan oleh Jho Low untuk mengubah wang.

Ianya telah dikorporatkan dalam bulan November 2010 dan telah dicairkan dalam bulan Mei 2013, sebaik selepas Pilihanraya Umum Malaysia.

Sebuah syarikat yang berusia singkat, dikorporatkan dalam bulan November 2010 yang telah memindahkan wang berjumlah besar kepada Khadem dan Najib

Sebuah syarikat yang berusia singkat, dikorporatkan dalam bulan November 2010 yang telah memindahkan wang berjumlah besar kepada Khadem dan Najib

Sarawak Report telah melaporkan bahawa US$170 juta telah dipindahkan dari syarikat ini ke dalam akaun AmBank yang sama milik Perdana Menteri bahawa kemudiannya menerima US$681 juta pada bulan Mac 2013.

Sumber-sumber yang rapat dengan siasatan ke dalam 1MDB juga pernah memberitahu Sarawak Report bahawa pengurus yang didaftarkan untuk syarikat Blackstone adalah Seet Li Lin yang sama, yang merupakan pegawai utama kepada Jho Low dan juga selaku pengurus sebuah lagi syarikat milik Low, Good Star Limited, yang telah menerima bayaran pertama sebanyak US$700 juta yang dilarikan dari usahasama 1MDB PetroSaudi.

Jika wang berjumla US$170 juta yang telah dibayar masuk ke dalam Julius Baer oleh SRC International pada bulan November 2011 telah tidak dipindahka, terus atau tidak terus, kepada Blackstone Asia Real Estate Partners Ltd, yang mempunyai akaun dengan Standard Chartered Bank di Singapura dan kemudiannya ke dalam akaun Perdana Menteri di KL, maka sudah tiba masanya Menteri Kewangan menjelaskan apa telah berlaku pada US$170 juta yang telah lesap itu?

Akhirnya perkembangan ini telah menarik dua bua institusi perbankan global terjerumus sama dalam skandal pengubahan wang 1MDB.

Julius Baer merupakan bank yang terkini dalam senarai bank-bank Switzerland yang membenarkan diri mereka terbabit dengan orang-orang politik yang telah didedahkan untuk memindahkan jumlah wang yang besar. Bank-bank yang lain adalah BSI, Coutts Zurich, JP Morgan Suisse dan Falcon Bank. Pada bulan Disember lalu bank itu telah didenda sebanyak setengah billion dollar oleh pihak berkuasa US kerana didapati bersalah membantu pengelakan cukai oleh klien-klien kaya mereka.

Peranan cawangan-cawangan bank asing di Singapura telah menjadi semakin jelas dalam skandal ini, dengan Standard Chartered di Singapura yang selaku pengeluar akaun pada Blackstone Asia Real Estate Partners Ltd (BVI) yang menyamar itu.

Ditambah ke dalam senarai itu adalah ANZ Bank dari Australia, selaku pemegang saham dan penaung kepada AmBank, dan bank Goldman Sachs.

Para pelobi Najib di luar negara sedang bekerja keras dan membelanja banyak wang awam dari Malaysia untuk cuba menutup penyiasatan antarabangsa ini, namun terdapat tanda-tanda bahawa penguatkuasa undang-undang dan media dunia telah mengetahui dengan lebuh mendalam mengenainya.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments