NGO Alam Sekitar Membidas Kenyataan Media BLD – Mendakwa Pembersihan Tanah Paya “Dinilai Dengan Teliti”

Dalam sepucuk surat maklum balas kepada syarikat perladangan BLD milik syarikat KTS, kumpulan NGO alam sekitar Malaysia, Friends Of The Orangutans (FOTO), telah membidas tuduhan Pengarah Eksekutif BLD, bahawa pengkritik mereka ingin “mendapatkan sokongan dari penaja-penaja mereka” dengan memberikan hasil-hasil kajian dan testimoni-testimoni dari komuniti-komuniti tempatan yang terjejas oleh pembersihan hutan paya oleh BLD di Sarawak.

Surat itu menunjukkan bahawa FOTO telah turun padang dan mengesahkan dengan teliti sebelum membuat sebarang kenyataan media atau mengambil sebarang tindakan dan menyatakan bahawa semua laporan telah disahkan menggunakan imej-imej satalit, gambar-gambar foto dan temu-temubual dengan orang-orang kampong sama ada di dalam atau di luar kawasan konsesi Igan yang diberikan kepada BLD.

Salah sebuah artikel yang tercetak pada muka hadapan akhbar Borneo Post milik KTS dan ditulis oleh Pengarah Eksekutif BLD, Wan Abdillah Wan Hamid

Salah sebuah artikel yang tercetak pada muka hadapan akhbar Borneo Post milik KTS dan ditulis oleh Pengarah Eksekutif BLD, Wan Abdillah Wan Hamid

Lewat tahun lalu, sebuah NGO gabungan itu telah membangkinkan rasa risau berkenaan kesan ke atas alam sekitar dari perilaku BLD dalam suatu mesyuarat dengan Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem. Rasa risau ini berdasarkan kesan dari kehilangan habitat dan biodiversiti, hingga ke kehilangan biomas di atas tanah di samping pengeluaran gas karbon dioksida sehingga 37 juta tan ke udara.

Matek Geram, seorang pejuang alam sekitar dari Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), yang sentiasa memantau kegiatan-kegiatan di kawasan itu telah memberitahu Sarawak Report bahawa kemusnahan habitat dan kepupusan beberapa jenis haiwan adalah akibat dari perilaku BLD.

Pemusnahan alam sekitar terus dilakukan di konsesi Igan oleh BLD – gambar ehsan dari FOTO Malaysia

Pemusnahan alam sekitar terus dilakukan di konsesi Igan oleh BLD – gambar ehsan dari FOTO Malaysia

BLD Plantation adalah anak syarikat pada Kumpulan KTS yang ganas menebang hutan-hutan dan kemudian membuka ladang-ladang kelapa sawit di Sarawak. Menurut laporan alam sekitar KTS pernah ditangkap memusnahkan hutan di Amazon dan juga di Borneo.

Dengan rasa optimis berhubung pertemuan mereka dengan Adenan Satem, namun tiada sebarang maklum atau tindak balas sehingga kini.

FOTO mendakwa bahawa emel-emel mereka kepada BLD telah tidak dipedulikan dan semua persoalan mereka tidak dijawab.

Dalam sebuah artikel yang diterbitkan dalam Singapore Straits Times minggu lalu, pejuang alam sekitar Deborah Lepidus menekankan bahawa BLD di kalangan kes-kes lain, terus menceroboh hutan-hutan hujan di negeri Malaysia Timur itu.

Keluarga yang menduduki dangau di kawasan konsesi BLD

Keluarga yang menduduki dangau di kawasan konsesi BLD

Namun kini NGO FOTO yang berpejabat di Kuala Lumpur itu telah menarik perhatian umum pada impak pemusnahan BLD ke atas hutan paya dan kesannya ke atas komuniti-komuniti kaum Iban.

Selaras dengan ketetapan-ketetapan dalam UNDRIP dan hak-hak komuniti-komuniti untuk mendapatkan maklumat dan kebenaran FOTO telah menggesa BLD untuk mengemukakan laporan EIA mereka berkenaan kawasan konsesi mereka di Igan itu.

Deborah Lepidus juga menekankan bahawa Ketua Menteri Adenan Satem belum lagi mengeluarkan peta “umum” kerajaan yang menunjukkan lokasi kawasan pembalakan dan kelapa sawit di samping laporan EIA. FOTO mencadangkan bahawa Sarawak tidak akan mengalami perubahan ketara sehinggalah perubahan-perubahan asasi dilaksanakan.

Pengarah FOTO, Upreshal Singh memberitahu Sarawak Report bahawa:

Selain dari mengelirukan umum dan melemahkan kami dan NGO-NGO lain, BLD harus menangani rasa risau kami dan menghentikan pembukaan kawasan-kawasan ladang di hutan paya seterusnya.

Untuk membaca kandungan penuh surat FOTO kepada BLD [KLIK DI SINI]

Kumpulan-kumpulan pejuang alam sekitar kini menggesa pembuat gergasi berantai Jerman STIHL untuk memutuskan hubungan mereka dengan KTS kerana mengamalkan pembalakan haram selama ini. Untuk membaca lebih lanjut [KLIK DI SINI]

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments