28 Mar 2011

BAGAIMANA TAIB MEMBALAS BUDI RAKAN-RAKAN POLITIKNYA!

This post is also available in: English, Iban

BAGAIMANA TAIB MEMBALAS BUDI RAKAN-RAKAN POLITIKNYA!

Ramai yang tertanya-tanya dalam komen-komen kami kenapakah rakan-rakan politik Taib membenarkan dan meredhai kegiatan rasuahnya berterusan?

Siasatan-siasatan yang kami jalankan di pejabat pendaftar tanah telah mula memberikan jawapan. Kebanyakan kroni-kroni politiknya, yang menjawat jawatan-jawatan menteri penuh, adalah penderma utama bagi kegiatan cabulan tanah-tanah negeri yang dilakukan oleh Ketua Menteri.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini mereka telah mula untuk menutup dan menyembunyi identiti-identiti diri mereka, namun kami juga telah berjaya untuk mengakses rekod-rekod lama! Bagi kebanyakan YB BN itu, berakhirnya Taib bermakna berakhirlah geran-geran ladang mereka, maka dengan itu mereka harus sentiasa bekerja keras untuk mempastikan agar orang tua itu berkuasa tanpa henti!

Naroden Majais

Contohnya Naroden Majais. Beliau telah membayar balik kepercayaan para pengundinya di Simunjan dengan mengambil sejumlah besar tanah-tanah adat mereka! Kami telah mengenalpasti sekurang-kurangnya 19 geran tanah telah diberikan kepadanya menerusi syarikat-syarikat Hydroflow dan Indranika Jaya di Simunjan dalam tempoh masa 2003 – 2007.

Di samping itu, menurut rekod yang kami temui, Naroden juga telah mendapat plot berjumlah 5,000 hektar di kawasan Baram.

Kesemua serahan-serahan ini sahaja menjadikan jumlahnya 15,500 hektar yang diserahkan dengan bayaran premium RM5.7 juta. Tetapi, jika Naroden tidak mampu membayar untuk membeli atau menjual tanah-tanah itu, maka beliau diberikan diskaun sebanyak RM500 untuk sehektar bagi sebahagian besar tanah-tanah itu, dan beliau juga boleh membayarnya dalam masa 5 hingga 10 tahun!

Penyamaran!

Sarawak Report juga telah berjaya mengesan beberapa cubaan oleh Naroden untuk menyembunyikan kawalannya ke atas geran-geran tanah ini, yang telah membuat beberapa orang blogger mengemukakan kritikan dalam tahun 2008 dahulu. Jika anda perhatikan rekod-rekod yang terkini, anda akan mendapati bahawa kedua-dua syarikat Hydroflow dan Indranika didaftarkan di bawah nama Kong Goon Siong, berpejabat di Lot 298, Tingkat 1, Lorong 9, Jalan Rubber, Kuching.

Namun, jika anda menjejak rekod-rekod pada pendaftar tanah tahun 2007, anda akan dengan mudah dapat mengesan identiti Encik Naroden. Anda pasti dapat melihat nama penuh beliau yang tercatat pada rekod-rekod tanah itu, bersebelahan dengan alamat yang sama yang digunakan oleh Encik Kong Goon Siong!

Apa lagi, Naroden sedang disenaraikan dengan begitu jelas selaku penerima geran bagi tanah seluas 5,000 hektar di Baram di bawah nama syarikat Harta Mastira Sdn Bhd! Tetapi kita harus ingat bahawa, adik Taib, Onn Mahmud juga sedang berusaha untuk menjual tanah ladang kelapa sawitnya dengan harga RM30,000 seekar, di mana jumlah harga bagi kesemua 15,500 hektar ladang itu pasti akan mendatangkan keuntungan lebih satu billion ringgit!

Apakah yang orang tempatan akan dapat?

Isu hak-hak tanah NCR di kawasan tersebut telah ‘dirundingkan’ oleh Naroden di mana para pemilik tanah-tanah adat itu dilibatkan dalam ‘usahasama’, di mana pemilik-pemilik itu menjadi pemegang-pemegang saham di dalam kedua-dua syarikat yang telah diberikan 30% saham dalam Hydroflow dan Indranika Jaya.

Pada penhujung tahun lalu, suatu majlis yang cukup meriah telah diadakan di kediaman mewah Ketua Menteri, di mana orang-orang tempatan itu diberikan dividen-dividen mereka bagi keuntungan tahun pertama. Akhbar The Sarawak Tribune (yang dikawal dan disunting oleh anak perempuan Ketua Menteri, Hanifah Taib) telah menjelaskan bagaimana 23,579 ton metrik kelapa sawit telah dikeluarkan, dan pada majlis yang sama, sekeping cek yang bernilai RM575,400 telah diserahkan kepada pemilik-pemilik tanah itu.

Dengan bilangan 2,877 orang pemegang saham yang diraikan itu, setiap orang dari mereka telah mendapat ‘dividen’ sebanyak RM200 untuk tahun itu! Bagaimana pula dengan keuntungan dari pokok-pokok yang telah ditebang, dan juga keuntungan dari jualan tanah mereka itu? Adakah selebihnya wang hasil itu telah dimasukkan ke dalam kocek Encik Naroden, di samping itu kediamannya sahaja boleh mengambarkan tahap kemewahan hidupnya dengan gaji bulanannya sebagai wakil rakyat bukanlah besar sangat?

WFM Plantations

Kajian-kajian dan siasatan-siasatan kami menunjukkan, ya, ke situlah selebihnya keuntungan yang diperolehinya. Sementara orang-orang tempatan mendapat 30% dari saham (yang tidak dapat mereka kawal sepenuhnya), 60% dari saham-saham itu dimasukkan ke dalam sebuah syarikat persendirian yang dikenali sebagai WFM Plantations, yang sebenarnya dimiliki sepenuhnya oleh WFM Enterprise Sdn Bhd. WFM beroperasi dari pejabat yang sama dengan syarikat-syarikat para pemegang saham dalam syarikat-syarikat yang dikenali sebagai Punggor Wibara Sdn Bhd dan Saddor Wibara Sdn Bhd.

Pemegang saham utama di WFM Enterprise adalah Kong Goon Siong dan saudaranya Kong Goon Khiing! Kedua-dua individu ini juga bertindak selaku pengarah kepada syarikat WFM Plantations. Kong Goon Siong juga merupakan pekerja di pejabat Naroden Majais, yang juga bertindak selaku orang yang sering berurusan dengan pejabat pendaftar tanah selepas mereka dilanda kritikan 2007 itu! Kong Goon Siong berkongsi alamat dengan Encik Naroden Majais.

Tanah di kawasan Gedong ini telah menjadikan keluasan ladang 12,000 hektar, juga dengan potensi nilai sekitar satu billion ringgit, berdasarkan jumlah harga yang diminta oleh Onn Mahmud bagi tanahnya sendiri. Bos kepada YB Naroden Majais hanya memintanya membayar premium tanah sebanyak RM6 juta kepada Negeri Sarawak!

Jika begitulah rupa pencuri atau perompak BN, maka, malang sungguhlah negeri ini nanti?!

Maka, sama ada Naroden telah memberikan berjuta-juta ringgit harga ladang kelapa sawit kepada Encik Kong Goon Siong dan keluarganya, atau beliau sendiri menggunakan mereka sebagai agen bagi menyembunyikan identitinya yang memiliki 60% dari saham-saham dalam perladangan di Simunjan dan kawalan penuhnya bagi keseluruhan syarikat itu. Sungguh baik hati Encik Naroden yang telah memberikan para pemilik tanah di Simunjan itu RM200 sebagai pampasan mereka hilang hutan dan tempat mereka bergantung hidup!

Naroden ada banyak lagi

Sarawak Report kini membuat kesimpulan bahawa Encik Naroden bin Majais adalah penyokong kuat Abdul Taib bin Mahmud dan kerajaan BN-nya. Atau adakah, dengan tanah yang amat luas itu, beliau bukannya bertindak selaku proksi kepada Taib Mahmud sendiri? Pastinya, orang seperti Naroden telah dibeli atau dibayar menggunakan tanah-tanah yang diserahkan kepadanya?

Kesangsian dan keraguan timbul dengan pendedahan rekod-rekod tanah, yang seterusnya mempelihatkan dengan jelas lebih banyak tanah yang telah diserahkan kepada menteri ini, yang dikenali sebagai orang kanan kepada Taib. Sekali lagi, seseorang perlu mengkaji rekod-rekod tahun 2007, yang telah kami paparkan pada laman ini (sila lihat entri bahasa Inggeris).

  • Dom

    SEDARLAH PENDUDUK LUBOK PUNGGUR,TEGELAM,TANJUNG SAB,SUNGAI PAKU,LUBUK BUNTIN DAN MENAT.47 TAHUN MERDEKA SEMUA TAKDA.

    NARODEN YANG KAYA RAYA.KAMU SEMUA PUTIH MATA.

    RM200 SETAHUN,BUKA HARGA KAMU

    JALAN SUDAH ELOKKAH?

  • Cucu Warisan

    MAJUKAN TANAH NCR KONON…. YANG DAPAT UNTUNG DAN FAEDAH NARODEN SENDIRI SERTA KRONI-KRONI YANG SETIA PADANYA.

    BANGKITLAH WAHAI ORANG KAMPUNG SEMUA….. JANGAN JADI SEPERTI LEMBU DITARIK HIDUNG…. KATAK DIBAWAH TEMPURUNG…. KALAU SETAKAT RM200.00 SETAHUN????? ENTAH BERAPA YANG MASUK DALAM POKET DIA DAN KRONI-KRONINYA……

  • Uchu Aki

    Tanah NCR di Sarawak seharusnya disewa oleh pengusaha ladang, bukan dibeli terus. Kalau tanah NCR sudah terlepas ke tangan pihak lain, maka, bye-bye sahaja. Terharu sungguh mendengar kisah-kisah dalam SR, yang menimpa rakyat BN sendiri.

    Dengar2, getah boleh mendatangkan kehidupan kepada orang tempatan, walaupun mereka takkan jadi sekaya Taib dan rerakannya. Ada pekebun kecil dapat meraih RM1000 dalam seminggu. Kaya itu tidaklah, tapi mereka tak lagi hidup "kais pagi, makan pagi …"

    Dengan sedikit perkembangan dalam perusahaan getah, maka BN kini rasa tergugat sikit. Sebab? Ya! Sebab RM50, RM200, RM600 yang BN hulurkan semasa berkempen ini, tak 'berbisa' lagi! Tengoklah … secara umumnya

  • jobor kawu pechah

    Maksud politik ialah

    1. Hari ini kita kawan, besok kita musuh

    2. Hari ini kita musuh, besok kita kawan.

    3. Semua cara adalah betul,semua cara adalah salah.

    4. Dahulukan diri sendiri, kemudiankan rakyat.

    5. Saya lebih baik, kamu orang jahat.

    6. Wawasan pemimpin tulen =Kuasa dan Harta

    7. Semuanya kami yang punya.

    8. Jangan diganggu kepunyaan kami.

    9. Halalkan kesemua cara kita, haramkan kesemua cara mereka.

    10.titisan peluh dan air mata rakyat adalah sumber kekuasaan dan kekayaan kita.

    11. Bajingan yang menentang akan ditentang habis-habisan.

    12. Saluran yang betul ialah RASUAH.

  • jobor kawu pechah

    sarawak report perlu fikirkan bagaimana nak mengubah pemikiran orang-orang tua dikalangan seluruh rakyat sarawak agar mereka menolak B end….rasa-rasanya 80% dikalangan mereka masih lagi nak memangkah dacing bila mengundi dan menganggap pemimpin2 B end adalah DEWA mereka….golongan belia dan muda mereka aktif mencari maklumat yang telus yang dapat mengubah persepsi mereka selama ini terhadap B end…..apa-apapun tq SR

    • brrr

      kamek setuju dgn Jobor! org2 tua di kpg mentaliti dah mcm ya…sik dpt diubah2…mesti DACING!!! tapi kita mesti pikir jln sebaik2nya dengan kabinet bayangan PR. cuma sidak dpt memantau & menegur menteri2 supaya laksanakan janji dgn rakyat!!! ne janji najib polah jeraya miri-marudi? sik ada nampak bunyi jentolak agik??? JKR diam ajak? apalagi jln sibu-btu??? tok link paling teruk di swk!!!!! menteri kabinet bayangan PR dlm pembangunan jln raya mesti begerak aktif kinek jgn diam ajak di DUN!!!! kamek semua mauk dengar TINDAKAN kitak semua!!!! selagi kitak semua sik berbunyi selagi ya…JKR/menteri nyaman tidok sidak berdengkur2 kamek semua mauk sidak sik cukup tido biar mata sidak merah!!! kamek rakyat sik ada tempat nak menyuarakan ketidakpuasan…wakil rakyat sik mauk PROMOSI DIRIK….mcm bertapok ajak…jap turun..jap hilang…berikan la alamat opis..hp no senang rakyat sms komplen!!! kita sudah bayar cukai ribu2 ne jnl2 sik polah lagik!!! JKR mesti dibubarkan

  • Marah

    Why so marah???? Any prove??pleaseeeee

    • MBIAK SARAWAK

      Halo sedara Marah dan juga ???

      Kalo nak prove boleh pegi cek la kat pejabat tanah.ni aku bagi sikit . Lot 159 blok 10, lot 1244, 1233 tanah jajahan(land District) berkod no 21. tanah yang dikeluarkan secara Provisional Lease apa ke entah aku pun tak reti. tempoh sampai tahun 2063.Untung anak2 dan cucu cicit.Terang-terang atas nama YB.Naroden.nama kompeni pulak ada nama Indranika Jaya ada nama Hydrowflow. kayo-kayo. apo maok jadi YB agik.hehehehehehe.kalo ko cayer pegi la cek sendiri kat pejabat tanah.

    • MBIAK LUBOK BUNTIN

      TUAN MARAH…

      Kitak MARAH ka mun kamek madah jalaan ke lubok ke buntin /punggor ya sebenarnya lebih kepada untuk kegunaan ladang sawit kroni2.hahahaha MARAH KER….

  • thanaif

    Saudara/Saudari Tuan /Puan,

    Saya tejathanaif@thanaif telah meletakkan laporan berita -berita ini ke beberapa laman peribadi tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan.

    Harap maklum dan terimakasih.

  • ???

    Cakap mesti tunjuk bukti. Ni mcm karangan budak tahun 6

    • aku

      ???,

      mun nak nunjuk bunti, aampey kiamat belum tentu dapat publish, selagi kuasa pejabat tanah,polis, dll BN yg pegang

  • Maludam Rangers

    RM 575400/2877=RM200/12 bulan = RM16.67 sebulan.Mun sefamily ada 5 orang,sorang dapat RM3.33 sebulan.Itu adalah pendapatan TETAP berbentuk pulangan daripada dividen sebagai pemegang saham.Sik kan lah daknya xda keja lain selain daripada nunggu saham ya nk?Atleast ada juak dtunggu ujung tahun.Ne ada org merik kita duit oleh kito canguk2 pio nyo2.Sekurang-kurangnya kerajaan BN telah menyediakn satu tabungan utk rkyatnya.Lu pikirlah sendiri penyokong PR!!!

    • pemerhati

      Maludam Rangers

      masuk tandas pun kene byr 2 rggt..

  • Logik

    1 paket tanah di pasar satok dijual RM2.Kalau si Meludam Rangers jual 1 lori Berapa harganya?

    Si Meludam Rangers, Kamu memang BODO

    Tanah adalah meruah sesuatu bangsa.

  • atas pagar ajak

    Mun dibincang sampai bila-bila pun sik akan habis atau selesai. Jadi, kita sebagai pengundi mempunyai KUASA MEMILIH….gunakan kuasa memilih 5 TAHUN SEKALI dengan bijaksana demi bangsa, agama dan negara. Pilih WAKIL RAKYAT mengikut pemikiran sendiri yang dianugerah oleh ALLAH dan jangan terpengaruh dengan "DUIT" yang sik seberapa atau "JANJI-JANJI MANIS" mana-mana pihak.

    TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB MENGUNDI DENGAN CARA YANG TERBAIK DEMI GENERASI KITA MASA AKAN DATANG. Selamat Mengundi kepada SELURUH RAKYAT SARAWAK KU SAYANGI.

  • brrr

    kamek setuju dgn ATAS PAGAR…sik lamak lagi election Parlimen…kita gunakan kuasa veto kita sebaik2nya…pak menteri2 jgn confident boleh pertahan kerusi empok Parlimen!!! mun DUN dah menang tipis atau PR empun jgn harap boleh menang Parlimen. Pengundi adalah org yg sama!!! kita nanga parlimen Miri….pujut/piasau dah jadi milik DAP dgn majoriti besar..senadin pun nyawa2 ikan…jadi peter chin kena bersiap awal lipat tikar….Baru Bian jadi CM kelak…hehehe…kamek mauk Baru polah jalan keretapi dari miri-kuching dan polah LRT ERL DI Kuching…swk manyak minyak..ne duit ya sik polah2…pake polah jeraya n keretapi elektrik berkembar ajak di malaya…huhuhu