Rahsia Pemecatan Dalam ANZ Berhubung 1MDB … Bagaimana Pihak Pengurusan Tetap Merasa Selesa?

Sehingga kini belum kedengaran apa-apa daripada pihak penguatkuasa perbankan Australia, mahupun para pendakwaraya atau ahli-ahli politik mereka mengenai akaun bank Najib yang berbillion dollar itu, yang dikendalikan oleh ANZ yang sebahagian besarnya dimiliki oleh AmBank di KL.

Di samping pihak penguatkuasa di seluruh dunia telah mendakwa bahawa mereka sedang mengkaji skandal yang amat menakjubkan ini dan ramai pegawai utama beberapa bank telah menghadapi penyoalan dan siasatan oleh pihak-pihak berkuasa Switzerland, US dan Singapura, pihak Australia masih berdiam diri.

Begitu juga Australia tidak berbuat apa-apa terhadap penemuan-penemuan skandal yang menakjubkan itu.

Kecuali, bahawa Sarawak Report kini telah mendapati bahawa secara rahsia, di sebalik senario-senario itu beberapa orang pegawai baharu dalam AmBank KL telah dipersalahkam dan dipecat tahun lalu, setelah Sarawak Report mendedahkan mengenai akaun-akaun berbillion-billion dollar dalam AmBank.

Ini termasuk dua orang Pengurus Hubungan Senior dari kumpulan ras minoriti dan beberapa orang lagi staf yang baharu.

Mike Smith (bekas seorang CEO) dan Pengerusi, David Gonsky

Mike Smith (bekas seorang CEO) dan Pengerusi, David Gonsky

Adakah itu yang seharusnya begitu?
Adakah semua pegawai yang malang, yang telah menyaksikan kerjaya mereka dimusnahkan, untuk terus sanggup dipersalahkan?

Kerana sebuah bank yang terkenal seperti ANZ dan para penguatkuasa di sebalik mereka, seharusnya tahu dan sedar bahawa keperluan kepatuhan global tidak akan melepaskan mana-mana bank, yang menyalahkan kakitangan yang tidak patuh, khususnya berhubung akaun-akaun berprofil tinggi, ahli-ahli politik dari kalangan orang politik yang didedahkan dan disaspek seperti seorang Perdana Menteri sesebuah negara?

Lambang-lambang bank harus memberikan inspirasi kepercayaan bahawa tindakan-tindakan tetap akan diambil apabila wujudnya salahlaku dalam pengurusan

Lambang-lambang bank harus memberikan inspirasi kepercayaan bahawa tindakan-tindakan tetap akan diambil apabila wujudnya salahlaku dalam pengurusan

Kepentingan perbankan Australia, ANZ, sememangnya, pemegang utama saham-saham dalam AmBank, di mana Najib menyimpan semua akaun luarbiasa sifatnya, mengendalikan ratusan juta dollar dan berbillion-billion ringgit.

Ada di antara wang itu dikesan terus dari dana pesaraan KWAP, dipinjam oleh SRC yang merupakan anak syarikat 1MDB. Wang tunai itu disalurkan, menurut para penyiasat dalam SPRM, keluar dari SRC dan masuk terus ke akaun-akaun Najib di AmBank – untuk membiayai bil-bil kad kredit dan juga dibayar kepada penyokong-penyokong politik, yang harus dpuaskan oleh Najib.

Jelas bagi kita, Najib kini, akhirnya mengakui semua tuduhan di atas.

Alasannya, seperti dijelaskan oleh Peguam Negara lantikannya pada bulan lepas, bahawa dia tidak menyedari bahawa semua wang yang masuk ke dalam akaunnya itu datang daripada SRC.

Namun Najib telah membelanjakan wang itu! Seseorang kana-kanak akan tahu bahawa kita tidak seharusnya membelanjakan wang yang tersalah masuk ke dalam tabungan kita, namun Peguam Negara yang bertindak sebagai pelindungnya, telah secara berskandal “memberihkan” nama Najib – dan kini telah mula dicabar oleh Kesatuan Peguam Malaysia dan pihak-pihak lain.

Para pemerhati di Malaysia dan juga di Australia telah mula bertanya apakah yang telah dilakukan oleh AmBank berhubung maklumat yang mengejutkan ini? Kerana, sebenarnya, pegawai-pegawai paling kanan dalam ANZ telah tahu akan akaun-akaun bank ini, yang hanya diketahui wujud sejak bulan Julai oleh rakyat Malaysia.

Pemerhatian kendiri ini menjelaskan bahawa jika Najib membelanjakan wang awam yang tidak disedarinya dimasukkan ke dalam akaun-akaunnya, maka mana-mana bank seharusnya memberinya amaran mengenai perkara itu … kerana para ketua dalam bank itu harus diberitahu mengenai jumlah wang yang banyak, menentukan asal-usul wang itu dan menyoal si pemegang akaun mengenai apa yang sedang berlaku?

Di manakah kesilapan AmBank/ANZ bahawa semua ini tidak berlaku?

AmBank dimiliki hamper keseluruhannya oleh ANZ, yang merupakan sebahagian dari perjanjian dengan anak-anak syarikatnya di KL, meminjamkan semua pegawai utama mereka kepada bank itu. Sarawak Report telah menunjukkan bahawa CEO kumpulan dan CFO AmBank adalah dari ANZ. CFO itu masih berada di kedudukannya, walaupun didapati telah bertanggungjawab mengendalikan pindahan meragukan berjumlah ratusan juta dollar dalam akaun-akaun Najib.

Bekas CEO AmBank telah meninggalkan bank itu – namun CFO mereka, Mandy Simpson masih pada kedudukannya

Bekas CEO AmBank telah meninggalkan bank itu – namun CFO mereka, Mandy Simpson masih pada kedudukannya

Walau bagaimanapun, CEO dalam AmBank Group itu telah kembali ke Australia pada bulan April tahun lalu, sebelum tempoh perkhidmatannya tamat dan sebaik sahaja selepas skandal 1MDB/PetroSaudi diterbitkan oleh Sarawak Report. Beberapa pihak pemerhati telah tertanya-tanya sama ada kepulangannya ke Australia itu merupakan respon terhadap kemelut 1MDB dan perbelanjaan meragukan di pihak Najib Razak – dan sama ada hukuman yang dikenakan oleh Bank Pusat di Malaysia itu mempunyai perkaitan?

Namun ANZ telah mengumumkan dengan manafikan bahawa keputusan Ashok Ramamurthy untuk kembali ke Australia mempunyai perkaitan dengan skandal ini, dengan sebaliknya, mengemukakan alasan-alasan peribadi. Dalam pada itu, tiada sebarang penjelasan telah diberikan oleh bank awam Australia berhubung hukuman yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia itu.

Dan mengapakah pegawai-pegawai kanan yang lain, yang mengetahui akaun-akaun ini, masih bekerja dengan bank itu, tetapi pegawai-pegawai yang muda-muda di bawah seliaan mereka pula yang telah dipecat.

Terdapat di kalangan mereka itu beberapa orang pegawai kanan, yang masih menerima gaji yang lumayan, mengendalikan akaun-akaun untuk Najib Razak dalam bank mereka. Mereka ini termasuk bekas CEO Mike Smith, yang telah bersara dalam bulan September tahun lalu.

Wangnya dapat dikesan – namun siapakah pemegang akaun-akaun lumayan yang dikendalikan oleh Mike Smith ini? Tidakkah dia menyedarinya?

Wangnya dapat dikesan – namun siapakah pemegang akaun-akaun lumayan yang dikendalikan oleh Mike Smith ini? Tidakkah dia menyedarinya?

Mike Smith bersara sebaik sahaja kemelut itu tercetus dari skandal yang membabitkan bank itu. Namun penggantinya, bekas CFO, Shayne Elliot, sememang tidak berbuat apa-apa mengenai pembabitan bank mereka itu.

Terdapat seorang lagi pegawai kanan yang tugasnya untuk menghalang dari berlakunya kesalahan yang membabitkan orang politik yang mempunyai akaun dengan bank mereka. Dia adalah seorang warga Britain, Nigel Denby, yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Risiko AmBank, yang berpejabat di Hong Kong – yang juga dipinjamkan dari ANZ.

Bagaimana Nigel tidak mengetahui apa-apa – sedangkan dia menyaksikan segala aktiviti perbankan berfenomena Najib?

Bagaimana Nigel tidak mengetahui apa-apa – sedangkan dia menyaksikan segala aktiviti perbankan berfenomena Najib?

Nigel seolah-olah tidak mempedulikan apa yang dilakukan pada angka-angka yang datang dari KL. Dia juga tidak melaporkan sebarang perangkaan meragukan kepada bosnya, Mike Smith?

Dalam keadaan yang sama, apakah yang dilakukan oleh Mike Smith sendiri sehingga tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh Ketua Pegawai Risiko dengan akaun-akaun yang luarbiasa besarnya itu?

Kini pihak penguatkuasa undang-undang perbankan berharap agar tindakan sewajarnya ke atas perkara-perkara ini yang mempunyai hubungkait dengan skandal politik luarbiasa Malaysia ini.

Adakah Australia hanya merancang untuk berdiam diri (selain menyembunyikan Sirul) di samping menunggu cerita-cerita yang memalukan ini berlalu dengan sendirinya?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments